Followers

Tuesday, November 18, 2008

Mak Admit @ Hospital Putrajaya


Ada tak yang perasan... hari ni aku on9 sekejap je.Tak sampai 1/2 jam pun. Itu pun pagi2 tadi. Lepas tu aku lesap. Dah malam dekat-dekat pukul 8 barulah aku on9 balik. Ada ke yg tertanya-tanya aku pergi? emppp tak de pun... tapi aku nak gtau gak ni.

Mak aku masuk wad. Masuknya tengahari semalam tapi aku tak dapat nak g tgk sbb hb kerja. Jadi hari ni hb aku amik coti dan pg tadi +- kul 9 kami pergi hospital Putrajaya.

Ha... disebabkan luka kat atas nilah mak aku admit dlm hospital. Eiii takutkan?Kesian... Pada mulanya luka tu adalah luka lama yang dah baik beberapa tahun lalu. Tapi tiba-tiba saja luka tu berkepala dan mak kata rasa gatal. Mak gosok2 je tadi sampai jadi mcm ni. Mak aku ni diabetes (kencing manis).Luka walaupun kecil mmglah musuh utama untuk penghidap penyakit kencing manis. Pergi klinik dah banyak kali. Macam2 klinik dah pergi. Ubat dah macam2 ubat dimakan. Tapi bukan tambah baik melainkan semakin teruk.

Harap-harap luka kat kaki mak cepat sembuh. Dan harap2 apa yg kami gambarkan dalam kepala ni tak menjadi kenyataan...

Korangggg... tolong doakan mak aku ye... TERIMA KASIH!

16 comments:

|| syazwaniadnan || said...

syafaahallah.. semoga Allah sembuhkan mak akk =)

akk, wani don't mean to promote, tp, since this is islamic products, i think i should sebarkan kan..

if berminat, wani syorkan mak akk guna HPA
mak wani, arwah nenek wani(sblh mak), mmg ade kencing manis. alhamdulillah, bila amalkan product HPA, makin berkurang.

memang betul kata akk, if someone is a diabetic, luka yg kecil, sgtlah musuh. teringat sepupu wani yg sgt2 muda masa tu, dia eksiden n luka parah, lambat baek. bila dh lama, baru dpt traced yg dia is diabetic.

akk, ubat hospital mmg boleh membantu, tp in the same time, mungkin pesakit akan terdedah kepada penyakit laen pulak i.e gastric (puncanya-ubat hospital yg ade kandungan dadah-walaupun sedikit-boleh menghakis dinding2 usus). ini yg selalu terjadi pada pesakit yg selalu 'amal'kan ubat hospital.

lagi sekali kak, wani xbermaksud nk takut2kan akk dengan penyakit mak akk tu. tp, wani more to memberi kesedaran pada org islam semua.

well, prevention is better than cure.

akhir kata, moga Allah permudahkan urusan mak akk sekeluarga ye.. ^__^

CT Delima said...

Fiza..k.ct rasa sedih tgk mak fiza ni..hati sape x terguris bila org dikasihi duk terlantar dihospital..teringat arwah mak k.ct dulu.harap fiza bersabar..k.ct juga harap luka tu x melarat sgt..cepat semboh yer cik..doa saya cik cepat baik dan duk dirumah seperi biasa..AMIN

Mummy ILa said...

Sabo ye kak za..

abah ila pun mengidap kencing manis. Masa awal2 tu kurus gila badan dia. Sejak tahu dia kena kencing manis, kami selalu jaga pemakanan dia cuma bila di luar kami pesan jela sbb kami takde disisi dia. Kekadang tu terlanggar pantang gak abah ni. x tahan dugaan makanan kegemaran dia.

Setahun selepas tu, abah kembali normal. Badan pun dah naik balik & sekarang gemuk cam dulu ( dia suka gemuk..haha). Kiraan darah pun dah 5 (normal) cuma last week naik 6 sbb raya dok bantai makanan manis & nasi kanji.

Setakat ni, apa ila leh cadangkan. Jaga pemakanan dia cam pengambilan susu kena kurangkan & gula tu amik "equal". Beras pun guna yg x berkanji atau beras perang kalau larat nak telan la. Oat tu elok dijadikan makanan harian. Air kosong kena byk minum. Ubat hospital kena makan ikut sukatan 7 time.

Makanan suppliment lain tu, ila mmg x galakkan abah amik sbb takut berlawan effectnye. Cuma gamat tu elok utk sapu luka & makan. Abah ila dah 3 tahun amalkan minum teh herba misai kucing. Sejak tu dia leh control kencing manis ni.

Peringatan kepada mereka berdarah O.. seperti aku. Anda mudah dijangkiti penyakit kencing manis, darah tinggi & jantung serta obesiti. Ni info yg aku dpt dr doc dlm perbincangan kesihatan di MedicTV.

ila doakan mak kak za cepat sihat & lukanya cepat sembuh & kering.

saveme_zero said...

za...aku doakan moga mak ko cepat sembuh yer. usaha la mana2 yg patot selagi terdaya. insya allah...sama2 la kita berdoa akan kesihatan dia.

ZiE said...

semoga mak kak fiza cepat sembuh.. jaga pemakanan. insyallah dgn doa anak2 dan org sekeliling cepat le sumbuh. ikut ckp dr jugak.

nasz said...

kak za, semoga mak akak sihat kembali. sama2 la kita mendoakan kesihatan dia... harap2 akak terus tabah menghadapi ujian ni. sentiasa la doakan kesejahteraan mak akak...

Ummi said...

Salam fiza..ish nampak macam teruk jgk luka kat kaki mak fiza tu..bg orang menghidap diabetis mmg bahaya la kaan...apapun, kita berikhtiar dan berdoa la ya..moga mak fiza cepat sembuh dan boleh kembali ke rumah..sian nya diaa..!!

Rafizah Nordin said...

terima kasih pada semua...terharu sungguh...kite doa sama-sama ye...

ai said...

Alahai besen..siannye :( mmg sedey kalau tengok mak sakit kan? Aku doakan mudah mudahan cepat le mak ngko sembuh. Jaga makan dia tau.

Eda said...

kak fiza..aku singgah ni takde tujuan nak promote apa 2 produk..
just nak kongsi kesedihan n doakan supaya mak ko cepat sembuh yer...insya Allah...

Nur Syafawati said...

kak za..terharu aku tgk keadaan mak ko kak...aku daokan moga mak ko cepat sembut mcm biase yer..jaga makan minum dia...betul kate kawan2..ikhtiar ape yg patut.moga cepat sembuh!!

hana said...

moga mak cepat sembuh yer fiza.. patut la kejap ada kejap takde mu ni.. ppon moga fiza tabah n hana doakan yang terbaik utk mak n fiza sekeluarga.

CikMin said...

salam fiza...siannyer tgk keadaan mak fiza tu..terasa lak if mak sendiri yg terlantar mcm tu..sbb mak cikmin klu luka pun payah sikit nak baik..cikmin doakan yg terbaik untuk mak fiza...moga cepat sembuh...amin.

Bibu said...

smoga mak ko cepat sembuh ye..aku pon slalu riso kalo2 mak aku kene camni...ade betul aku setujuu komentar pertama tuh..ubat spital mmg kebanyakan short term healing tu sakit ni tapi akan memberi kesan kepada long term healing penyakit lain pula.
p/s: smlm aku nampak novel kau kat MPH..so proud dpt berkawan dgn kau Piza...tapi aku kurang layan novel..ish..tak per nanti ade mase aku akan cube layan ye!!aku sentiasa support kawan2 yg beridea kreatip cam kau nih!So untuk itu aku telah..jeng jeng jeng!!!!

ctm-cak'on said...
This comment has been removed by the author.
HomeKreation said...

Salam fiza. Sedih nya bila tengok org tua kita tak sihat kan. Kalau mak Along demam pun along dh susah hati. Sabo ye fiza. Along doakan mak fiza cepat sembuh dan sihat spt dulu.

AlongRoz

Perkahwinan Kami Bersama 3 Cahayamata

Daisypath Next Aniversary PicDaisypath Next Aniversary Ticker

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
email : sofie2_za@yahoo.com & call 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)