Followers

Monday, November 17, 2008

Pineapple Upside Down Cake


Ha...! Akhirnya terlaksana juga impian di hati nak buat kek ni. Hari tu tgk Cik Mat Gebu buat, alahaiiii rase tak sabar juga nak mencuba buat kek ni. Geram sungguh... Hari ni segala-galanya terlerai...

Sedapnyeeee... tp aku tak ikut resepi Cik Mat Gebu. Amik resepi ni kat sini. Tapi rasanya same je kot... Cumenya adunan tuk Cik Mat tu banyak sikit. Yang ni pakai loyang saiz 8" je...

Jom kite layan resepi ni. Mane la tau kalau-kalau korang pun tak cuba...

Bahan-bahan
Toping
6 keping nenas bulat dalam tin - toskan
6 biji ceri merah
4 s/b butter - di cairkan
4 s/b gula merah (tak letak sebab tak de stok)

Kek
3/4 cawan gula kastor
3/4 cawan butter
3 bj telur
2 1/4 cawan tepung gandum
1 1/2 s/k baking powder
garam
1 s/k esen vanila
1/4 cawan jus nenas (jus dalam tin)

Cara-cara
Topping - Butter yang dah dicairkan tuang dalam loyang. Tabur gula merah. Susun nenas dan ceri. Ketepikan.
Kek - Campurkan tepung, baking powder dan garam. Ketepikan.
Dalam mangkuk lain, pukul butter dan gula kastor hingga kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Pukul sebati dan masukkan esen vanilla.
Campurkan adunan tepung berselang seli dengan jus nenas sambil dipukul. Pukul betul-betul sebati. Tuang dalam loyang yang disusun dengan nenas tadi.
Bakar 45-55 minit atau sehingga kek masak. Biarkan kek sejuk +-15 mini baru keluarkan dari loyang.

5 comments:

nasz said...

rajin nye kak za buat kek. seronok buat kek kalo ade yg nak mkn...

Nur Syafawati said...

ko ni mmg la kak za!!lepas satu..satu ko wat..mencabar oven aku tul1!!!!!

Bibu said...

amoii...kek nanas plak..ko ni ade2 je kek yg pelik hehehe...adui lapa siot ptg2 nih..la x jadi koke ek??

saveme_zero said...

za...klu aku x nak buat leh,ko tlg buatkan..muahahaha

Anonymous said...

xanax cheap online pharmacy xanax - xanax high like

Perkahwinan Kami Bersama 3 Cahayamata

Daisypath Next Aniversary PicDaisypath Next Aniversary Ticker

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
email : sofie2_za@yahoo.com & call 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)