Followers

Thursday, November 27, 2008

Serawa Mangga


Pernah dengar 'Serawa Mangga'? Pernah rasa? Rasanya wallahhhh sedapnye. Bila makan serawa ni dok teringat la pulak kat arwah apak yang dah lama meninggal dunia. Sejak aku berusia 9 tahun lagi. Al-Fatihah untuk Allahyarham Nordin Bin Putih Che' Edah. Arwah apak memang suka sangat makan/minum serawa ni. Kalau ada mangga, jadi serawa manggalah. Kalau ada macang, serawa macanglah. Begitu jugalah kalau ada kuinin.

Pada yang nak rasa, cubalah buat. Dan pada yang terliur dan dah lame tak rasa, bleh juga buat. Jom kite kongsi resipi...

Bahan-bahan
2 biji mangga
1 cwn santan fresh
1 cwn air
*1/2 cwn gula
*1 s/k garam

*ikut tekak masing-masing ye...

Cara-cara
Jerang santan yang dicampur dengan air bersama gula dan garam. Gunakan api perlahan dan sentiasa dikacau untuk mengelakkan pecah lemak & santan meruap. Bila gula sudah sebati, tutup api dan ketepikan.
Buang kulit mangga dan dipotong kiub. Masukkan dalam cawan dan tuangkan kuah santan. Boleh juga ditambah ais ketul untuk hidangan dingin.

3 comments:

nasz said...

tgk pon dah terliur

elly said...

kak fiza... menu2 dsini sungguh menguji napsu ku ini...

saveme_zero said...

za..kenapa ko makin rajin ni. jeles aku weiiiiii!!

Perkahwinan Kami Bersama 3 Cahayamata

Daisypath Next Aniversary PicDaisypath Next Aniversary Ticker

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
email : sofie2_za@yahoo.com & call 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)