Permukaan yang cantik, kuning dan tekstur kek yg sedap wallahhh... tp seharusnya dia tak jadi begini... :-(
Gambar ni setelah hampir setengah jam dikeluarkan dari peti sejuk. Karamelnye meleleh keluar dari biskut.
Dah start melelehhhhh...
Hehehe... harap janganlah ada yg gelak sbb tgk tutup periuk daku tu... tutup periuk tu sememangnya banyak berjasa untuk aku selama ini.
Okey berbalik pada resipi kali ni. Huhuhu sedih la sbb tak menjadi seperti yang sepatutnya. Tapi keknya sedap masuk ke tekak. Cuma masalahnya karamel tu tak naik ke atas seperti kata Kak Yani di MyR. Tak tahu di mana silapnya. Tapi aku bace komen kat resipi mmg ada dua tiga orang yang menerima nasib yang sama seperti aku (aku yang menerima nasib macam diaorang sebenarnya... :-)).
Aku tepek jugaklah resipinye kat sini ye. Kepada yang berani...silelah buat dan sile laporkan laporan anda nanti. Kite berkongsi tips dan sama-sama belajar okehhhh...
Bahan-bahan (Krim)
250 g cream cheese - suhu bilik
3 biji telur
1 cwn (200ml) sour cream (aku gantikan dengan yogurt)
1 cwn (200ml) fresh cream
120g gula
2 s/b tepung jagung
esen vanilla
Lapisan bawah : 100g biskut marie dan 50g mentega yang dicairkan
Karamel : 1/4 cwn (50ml) fresh milk dan 80g gula
Cara-cara
Buat lapisan bawah : Hancurkan biskut. Gaulkan dengan mentega hingga menjadi doh. Padatkan dalam loyang.
Buat Karamel : Masak gula dengan 1 s/b air dengan api perlahan hingga keperangan. Padamkan api dan tuangkan fresh milk. (berhati-hati semasa tuang fresh milk dari percikkan gula hangus yg panas) Ketepikan.
Buat kek Cheese : Pukul cream cheese hingga berbentuk krim. Tambahkan gula >> esen >> sour cream(yogurt) >> telur >> Tepung jagung >> fresh krim. Ikut turutan sambil dipukul Hingga jadi bentuk krim. Tuang adunan dalam loyang.
Tuangkan karamel dalam adunan.
Tuang air dalam loyang pembakar dan letakkan loyang adunan dalam takungan air.
Bakar 30 minit pada suhu 200c. Turunkan ke suhu 160c dan bakar lagi 30 minit. Tutup loyang kek dgn aluminium foil atau tudung periuk untuk mengelakkan permukaan kek hangus.
*saya mengambil masa 1 jam selepas menurunkan suhu ke 160c. Mungkin step ini bergantung pada kapasiti oven masing-masing.
No comments:
Post a Comment