Followers

Wednesday, November 26, 2008

Cara Bluberi


Kalau diikut2kan resipi ni untuk kaya ball. Tapi disebabkan kaya tak ada stok, gantikan dengan blueberi. Resipi kaya ada. Dah salin kat blog Noreen tp santan pula tak ada.
Manalah ada acuan kaya ball. Jadi pakailah acuan cara ni. Jadinya jadilah resipinya 'Cara Blueberi' hehehe

Bahan-bahan
250g tepung gandum
1s/k serbuk penaik
Garam secukupnya
125g mentega
75g gula kastor
4 bj telur
200ml susu segar
1/2s/k esen vanila

Cara-cara
Ayak tepung gandum, serbuk penai dan garam.
Dalam mangkuk putar mentega, gla dan telur hingga kembang.
Masukkan 1/4 susu segar dan putar lagi. Kemudian masukkan 1/4 campuran tepung.
Ulangi proses berselangseli hingga habis. Akhir sekali masukkan esen vanila.

Panaskan acuan di atas api dapur. Gunakan api perlahan. Lenserkan acuan dengan minyak. Isi separuh adunan, sudukan bluberi dan sudukan separuh lagi adunan menutup filing. Tutup dengan penutup periuk. Biarkan dalam 3 minit atau hingga bahagian permukaan tepung kekuningan dan masak.

3 comments:

nasz said...

ish, nmpk sedap la kak za...

Rafizah Nordin said...

sedapppp & mudah.mesti try k...

~Atie~ said...

aduh kak...terkedu jap atie nengok...kreatif gilerrrr

nak try..nak try

Perkahwinan Kami Bersama 3 Cahayamata

Daisypath Next Aniversary PicDaisypath Next Aniversary Ticker

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
email : sofie2_za@yahoo.com & call 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)