Followers

Wednesday, November 12, 2008

Kerepek Almond



Tada... Ni projek malam semalam. Sambil menaip, sambil tgk tv cerita Dendam kat TV3, sambil chatting ngan sya, sambil usha blog kgkwn. Wahhhh banyak sambil-sambil!

Nak kongsi pengalaman buat kerepek almond ni. Seeloknya mase nak bakar tu selet nipis2 kat atas paper baking. Sebab bila dah masak, kerepek ni akan rangup dan mmglah sdap dimakan rangup-rangup. Dan bila dah masak & dah sejuk, simpan dalam bekas kedap udara sbb kerepek ni cepat masuk angin.

Bahan2 yang mudah, cara pembuatan yang mudah dan cepat. Mesti cuba...

Bahan-bahan
30g tepung gandum
70g gula kaster
Secubit garam
2 bj telur (putih saja)
25g margerin - dicairkan
1/2 s/k esen vanila
70g badam hiris

Cara-cara
Satukan tepung gandum, gula kastor dan garam. Gaul serata.
Masukkan putih telur. Adunkan bersama bahan tepung tadi hingga sebati.
Tuang marjerin dan esen. Kacaukan sebati. Masukkan badam hiris dan gaul lagi.
Seletkan atas loyang pembakar yang dilapik dgn baking paper. Bakar selama +- 15-20 minit atau sehingga dia nampak garing.

5 comments:

KiRaNa @ uMMiKMaL&iRFaN said...

wah sedap neh...mcm best je ni...
harus di buat neh...nak2 pula nak banak suke kepek2 neh...
maveles la ko ni kak..rajin bangat...

A.I said...

huiiiiiii...
rajin tul ngako!!

saveme_zero said...

walaaa...rajinnya bini sofi ni oii. kalah bini acid...wakakakakak

Mizz_Ila said...

peghhhh....

bila la aku leh serajin & sebanyak duit & masa nak beli buat & beli bahan masak macam2 ni?

Syafa said...

adoi ko ni kak..mcm mencabar aku nak ke dapur balik ni!!!setelah berehat sebentar lepas raya ni..cian oven aku.asyik panasss je..biar dia rest jap..duit aku pun kena rest gak kan.kahh..ape2 pun tahniah..kerana berjaya wat almod cookies ni...nak rase leh??

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
whatsapp: 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)