Followers

Friday, October 31, 2008

Wantan Mee Kicap


Hari ni hari Jumaat. Malam en somi main badminton. Kalau dia main badminton tak leh masak nasi. Nanti perut dia kenyang, dia main badminton termengah-mengah. Aku pun tak sudi nak masak nasi sebab kalau masak mesti nasi tak habis. Bila nasi tak habis, lauk pun tak habis. Dan bila lauk dan nasi tak habis... aku sakit hati! Mulalah nak bebel satu rumah dan penyakit M senang sangat menyerang keesokkan harinya.

Jadinya hari ni masak mee. Menunye Wantan Mee Kicap.

Kalau sesiapa ada perasan, aku ada tinggal pesan kat Cik Mat Gebu bertanyakan resipi ni sebab Boy (anak yg sulong) suka sangat makan Wantan Mee Kicap ni. Sampai suruh mama dia belajar buat. Hehehe anakku... Cik Mat Gebu ada bagi link kat Merpatiputih66 tapi b4 that aku dah search resipi ni dan dapat dari resipidiana. Bila compare2kan antara dua resipi ni, akhirnya daku memilih untuk membuat resipi dari resipidiana.

Bahan-bahan
1 ekor ayam
2 s/t minyak bijan
1 s/t kicap cair
1 gumpal mee wantan
1 s/b sos abalone (aku guna sos tiram)
1 s/t kicap cair
1/4 cwn air rebusan ayam
secubit serbuk lada putih
garam secukup rasa
sayur pak choy - direbus

Cara untuk menyediakan ayam
- Ayam direbus. Angkat dan celupkan dalam besen air sejuk. Proses ini adalah untuk menampakkan cantik pada kulit ayam. Toskan betul-betul. Setelah itu letakkan minyak bijan dan kicap cair. Sapukan ke seluruh ayam. Perapkan selama lebih kurang 10 minit atau lebih. Gorengkan dengan minyak yang panas.

Cara untuk menyediakan mee
- Didih air. Celurkan mee wantan. Angkat dan tos. Lalukan di bawah air sejuk. Tos lagi. Campurkan sos abalone, kicap cair, air rebusan ayam, serbuk lada putih dan garam. Masukkan mee wantan dan gaul.
Angkat dan dihidangkan bersama ayam dan sayur.

3 comments:

♥ Eda ♥ said...

klau pakai minyak biasa bole tak???hehe

Fiza Nordin said...

minyak biasa maksudnya gantikan minyak bijan tu ke?tak taulah eda...tp mmg ada beza antara minyak bijan dan minyak biasa.minyak bijan harum baunye & minyak kelapa tu tengik sikit.
hehehe pepandai je aku...tp itu pendapat peribadi aku la...

Unknown said...

yang nie pakai kicap cair ke? tk nmpk hitam mcm wantan mee biasa.. apa pun nmpk menyelerakan :)

www.mnmforlife.blogspot.com

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
whatsapp: 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)