Followers

Tuesday, November 25, 2008

Apam Balik


Ni projek petang tadi. Lepas makan nasi, anak-anak asyik membuka peti sejuk. Mencari-cari dalam peti sejuk tu apa yang boleh dimakan. Alah kesianlah pulak mama dia tengok. Nak buat kerja pun jadi tak senang kalau tgk anak2 camtu, kan? Jadi terpaksalah berhenti buat kerja sekejap dan masuk dapur.
Kebetulan bancuhan apam ni dah buat semalam. Memang cadang nak buat apam balik hari ni tapi ingat nak buat petang2 sikit. Dekat2 waktu hb balik kerje. Nampaknya kena buat beberapa keping lebih awal untuk santapan anak-anak.



Bahan-bahan
200g tepung gandum
2 s/k baking powder
3/4 s/k soda bikabonat
1/2 s/k garam
50g gula
160ml air
160ml susu
1 bj telur
40g marjerin - dicairkan
1 1/8 s/k alkaline water (opt - aku tak letak)

Cara-cara
Campurkan semua bahan. Gaul sebati. Simpan dalam peti sejuk 2 ke atas.

Tuangkan lebih kurang sesenduk ke dalam kuali leper. lenserkan dgn minyak sedikit untuk elakkan melekat. Taburkan gula, kacang tanah yang ditumbuk. Boleh tambah jagung krim, sekaya, jem atau apa-apa yang disukai.

6 comments:

ctm-cak'on said...

k.zah...dapnye apam balik kamu nie k.zah,meh le pos sini sikit, geram nk makan nie...akak gune pe lapis bawah die tue? akak de bekas besi tu ke? makin rajin la k.zah wat kuih nie, KAGUM dgn kamu k.zah :)

Rafizah Nordin said...

yam, akak pakai kuali leper non stick tu je.tak pakai kuali besi yg cam org niage tu.klu kuali tak non stick, seletlah dgn minyak seluruh permukaan kuali tu spaya nnt tak melekat.

nak makan kene rajin la yam.klu makan sorang beli je.tp akak ni ramai.apam balik mmg feveret si boy.klu g pasar malam 3/4 keping dia sorang je.baby lagi?mama, papa lagi?sendiri mau ingat la wakakaka

nasz said...

best nye dah buat apam balik sndr. tu salah satu mknan kegemaran tu. kalo blh buat sndr, syok nye...

Rafizah Nordin said...

tu la nas...ni dah pandai buat lepas ni buat lagi la.apam balik pun kegemaran si boy "sedap giler..." aduii mama dia terangkat kembang dpt pujian dr anakanda hehehe

Eda said...

wajib ke letak peti ais tu??klau tak letak apa jadi??erh letak peti ais 2 ke atas tu apa?

Rafizah Nordin said...

aku tak tau la eda.tp klu ikut resipinye camtula.dia tak tulis lak wajib ke tidak.oh typing error tu. 2 jam ke atas tu...

Perkahwinan Kami Bersama 3 Cahayamata

Daisypath Next Aniversary PicDaisypath Next Aniversary Ticker

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
email : sofie2_za@yahoo.com & call 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)