Followers

Friday, November 28, 2008

Oreo Chilled Cheese Cake


1st time buat cheese cake yg jenis chilled. Waheeeyyyyy menjadi! Syioknye rase nak lompat sampai tingkat 15 nu, hahaha! Lebih seronok bile rasenye tidak mengecewakan. Melt in the mouth youuu, auuu!

Sebenornye kek ni adalah permintaan anak buahku, Fatyn. Dia tak mintala chilled cheese kek. Tapi dia minta 'sumting yg cheese...' (ha, ni ayat dia tau...). Jadi since aku mmg dah lame nak buat chilled cheese cake, inilah masanye kan? Esok cadang nak ke rumah kakak aku kat Sepang. Biaselah... mak ada kat sane dan tak bape sihat. So nampaknye tiap minggu kene jenguk muka la... Tetiap minggu kene lalu itu F1 circuit la nampaknye...

Resipi ni amik kat MyR dari tuan empunye Annie. Terima kasih bebanyak atas resepi yg walllahhhh ni!

Bahan-bahan untuk lapisan bawah
120g biskut Oreo - dihancurkan (blender kering)
70g unsalted butter - (aku pakai marjerin je & tak cairkan pun)

Bahan-bahan untuk lapis atas
250g krim cheese (lembutkan)
120g gula kastor
2 kpg biskut (patah2kan saja)
Krim biskut oreo
150g Dairy Whipping Cream (aku pakai UHT whipping Cream jenama EMBORG & aku letak 200g)
1 1/2 s/b gelatin
80ml full krim milk

Cara-cara untuk lapis bawah
Campurkan biskut dengan marjerin. Sebatikan hingga jadi doh. Tuang dalam acuan saiz 7". Tekan dan padatkan. Masuk dalam peti sejuk. Kalau peti sejuk korang ada bahagian 'chilled' letak dalam bahagian tu. Mmg akan cepat keras & terpelihara. Kalau tak do, korang letak je la kat mana2 bahagian. Asal jgn bahagian freezer ye...

Aku gunakan acuan yang bahagian bawahnya boleh dikeluarkan. (Aduiii tak ingat plak ape panggil jenis acuan ni...korang find out la sendiri ye). Mesti pakai loyang jenis ni sbb kek ni tak boleh diterbalikkan bila dah siap nanti.

Cara-cara untuk lapis atas
Pukul krim cheese dan gula kastor hingga sebati dan adunan nampak licin. Masuk bahan lain - biskut oreo yg hancur, isi biskut dan whipping krim). Pukul lagi.

Dalam bekas lain, campurkan gelatin dan full krim milk. Masak double boil hingga gelatin sebati dgn susu. Biarkan suam sikit baru campurkan dalam adunan krim cheese tadi. Kaup balik adunan hingga sebati.

Tuang adunan dalam acuan biskut yg dah dipadatkan tadi. Simpan balik dalam peti sejuk selama 3 jam atau lebih. Sedap dimakan ketika dingin....

4 comments:

ai said...

GILER TUL LA KAU BESEN!!!! Sebijik yg kedai punye. Meh le pindah kat umah aku ni. Senang kau hulur apa yg kau masak..huhuhu..

Rafizah Nordin said...

ai, soh ema pindah wakaka

Nur Syafawati said...

perghhhhhhhhhh..oreo chilled cheesecake tuuuu..aku penah wat..tapi x menjadi..sbb x cukup cream cheese!!!huhuh...kak za..ko pakai 250g x 2 yer creamcheese tu..ke lebih?mcm byk je..sbb dia naik tinggi aku tgk...

Rafizah Nordin said...

sya, akak cuma pakai 250g je krim cis tu.tak lebih...

Perkahwinan Kami Bersama 3 Cahayamata

Daisypath Next Aniversary PicDaisypath Next Aniversary Ticker

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
email : sofie2_za@yahoo.com & call 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)