Memang nostalgia sungguh aku kalau ternampak dan tengok kerusi roda. Rasanya kakak2 aku pun begitu juga. Of coz bila memandang kerusi roda, aku (kami) akan teringatkan arwah mak....
Nak dijadikan cerita... satu tengahari ketika aku dan Mierza keluar ke satu tempat.... dalam perjalanan kami selisih dengan seorang mak cik disorong seorang perempuan (anaknya barangkali). Perasan di pandangan aku, kaki mak cik tu tiada sebelah separas betis. Bila tengok bahagian tempat kaki sebelah kanannya tiada, lagilah meyakinkan aku bahawa kaki mak cik tu memang tiada sebelah. Tak pastilah tiada sebab penyakit atau kerana cacat sejak azali atau kerana kemalangan. Sama macam kerusi roda milik arwah mak. Lepas operation buang kakinya, abang ipar aku buka tempat letak kaki side yg potong tu.
Perbualan singkat aku dan Mierza setelah melepasi mak cik dan perempuan yang menyorong kerusi roda itu....
Mierza :
"Orang tu sakit nak meninggal ye?"
Aku :
"Emp, kenapa adik cakap camtu?" Hairan pandang Mierza dengan soalan dia.
Mierza :
"Opah macam tu... sakit dastu (pastu) meninggal. Mati."
Aku :
Telan air liur...
Masa arwah mak meninggal dunia, umur Mierza lg 2 hari nak genap 2 tahun. Mungkin dia terlalu kecil masa tu tapi aku percaya sikit2 memori tentang arwah opahnya ada dalam kepala. Cuma kerana dia terlalu kecil, dia tak pandai nak luahkan apa yang dia ingat tentang arwah opahnya.
Aku :
"Arwah opah sayang adik sayang sangat2 tau...."
Mierza :
"Adik pun sayang opah... sayang papa... sayang kakak... sayang abang...."
Aku :
"Mama nak merajuklah. Adik tak cakap pun adik sayang mama..."
Mierza :
"Eh alamak! Terlupa pulak. Adik sayang mama!"
Pandai ko berlakon ye dik......

No comments:
Post a Comment