Followers

Friday, July 01, 2011

Akan ke Langkawi....


.:: hasil carian google ::.

As Salam,

Tengok gambar kat atas ni sure ramai yang tahu kat mane... yup, kat Langkawi...

Insya Allah andai dipanjang umur, dimurahkan rezeki dan sekiranya tiada aral melintang, kami sekeluarga akan bercuti & shoping raya di Langkawi pada 11 August, 2011. Semestinyalah berholiday pada bulan Ramadhan yang mulia, kami akan merasa berpuasa dan berbuka dengan suasana berbeza tahun ini. Harap2 semuanya dipermudahkan olehNya, amin!

Percutian ini agak panjang juga - 11 August, 2011 (Khamis) hingga 16 August, 2011 (Selasa). Kami akan menaiki penerbangan Air Asia pergi dan balik, Insya Allah.... tapi klu nnt percutian itu agak membosankan, kami bercadang untuk pulang lebih awal dengan perkhidmatan kenderaan yang lain. Tengoklah, naik bas ke, naik keretapi ke.... apa2pun tengok keadaan nnt...

Apahallah, holiday di bulan puasa, kan???
Sebenarnya tiket ni dah lame aku book. Dari tahun 2010 lagi... kalau korang ingat holiday aku ke Sarawak dengan En hubby haritu, tiket ke Langkawi ni dah terlebih dahulu aku booked. It's a free seat promotion by Air Asia masa tu. Tapi setelah dicampur dengan pelbagai charge kena jugalah RM105. Oklah tu, jangan manyak bunyik, kan....! Heheheheee....

Aku memang sangat teruja masa mem'booked' tiket masa tu... tu yang aku tak perasan bulan 8 tahun 2011 adalah bulan Ramadhan Al-Mubarak. Bila everything dah done, barulah one of a friend kate, bulan 8 puasa. Habis nak buek camno????
Tak apalah, kan.... redha ajelah.... Harap percutian ini bukan hanya percutian biasa nnt....

Semasa n3 ini ditaip, kami belum lagi decide nak menginap di mana semasa di Langkawi nnt. And actually, anak buah en hubby ada tinggal, bekerja dan berkahwin dengan orang Langkawi. Tapi kalau nak menumpang di rumah dia (walaupun dia ada pelawa) tapi kami agak keberatan juga nak terima pelawaan tu. Nama pun holiday, takkan nak menempek kat umah orang, kan.... nak juga privasi. Lagi pulak aku dengan anak2 yang hiperaktif, ni. Bukan senang weihhhhh... kena pulak kawan tu dah biasa rumah senyap sunyi, aman damai sbb dia belum dikurniakan cahayamata. Tetiba anak2 aku mengharu-biru. Takutlah juga. Kite bukan biasa sangat bertemu muka. Selalu sembang2 kat fb je & bertahun sekali baru jumpa... huhuhuuu tak kenal hati budilah, senang cakap!

Boleh dikatekan, holiday kami membajet jugaklah. Jadi kami decide nak cari motel aje rather than sewa apartment atau hotel. Ada 2/3 motel yang dicadangkan kawan2 dan aku pun dah surf tengok2 apa yang ditawarkan. Ada juga yang aku dah email tanye rate dan sebagainya. Insya' Allah akan tiada masalah dengan hal ni...

Tapi kalau ada kawan2 nak suggest, suggestion anda adalah amat dialu2kan :D
Begitu juga kalau ada aktiviti, kedai makan yg best, tempat shopping yang berbaloi, barang yang patut aku beli mahupun yang tak berbaloi aku beli ketika di sana, tempat2 menarik yang boleh dilawati dan apa2 saja berkaitan Langkawi, bolehlah berkongsi dengan aku ye... Ucapan terima kasih didahulukan! Komen anda amat aku hargai :D


Ok, jumpa lagi di next n3, Insya Allah...

3 comments:

Anonymous said...

kami juga kan ke sana insyallah klw xde aral 29-30 july

Anonymous said...

eh silap smpai 31 july

Fiza Nordin said...

nana,
balik2 terus pose ek....

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
whatsapp: 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)