Followers

Wednesday, July 13, 2011

Bingka Roti Berlauk


Masa nampak resipi dan gambar bingka roti berlauk ni kat blog Mama Hawa Nani, hati terus terpikat. Terus masukkan dalam list of menu untuk kenduri doa selamat, baca yassin dan sambutan birthday anak2 kelmarin. Alhamdulillah kejadiannya sedang2 elok aje. Rasanya not bad. Aku sendiri makan 3 ketui. Sambil potong sambil ngap masuk mulut, hehehe.... jom tengok resepinya.

Terima kasih kepada mama. Kita kopipes je resipi dr rumah mama ni. Tak lupa terima kasih juga kepada tuan punya resipi - Chef Hanieliza. Entah bila boleh bertemu dan bersembang2 lagi agaknye kite ek, Kak Liza...



BINGKA ROTI BERLAUK
sumber: Chef Hanieliza

BAHAN BINGKA ROTI :-

10-12 keping roti (Aku guna 16 keping)
800 ml santan
3 camca besar tepung gandum
3 camca besar mentega, dicairkan
3 biji telur
Garam secukup rasa

BAHAN LAUK :-

400 g daging cincang (aku guna ayam kisar jenama RAMLY)
2 biji bawang besar, dicincang
1 biji kentang, kupas & didadu kecil
1 biji lobak merah, didadu kecil
2 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*(*ditumbuk halus)
3 camca besar rempah kari daging
3 camca besar sos tomato
3 camca besar sos cili
500 ml air
Serbuk lada hitam (jika suka)
Garam secukup rasa

BAHAN HIASAN :-
Hirisan daun sup
Hirisan daun bawang
Hirisan cili merah
Bawang goreng

CARA MEMBUATNYA :-
  1. UNTUK BINGKA ROTI:- Panaskan oven pada suhu 190C, lenser tin berukuran 10 x 10 inci. Ketepikan. Roti disiat2 kecil dan rendam dengan santan tadi hingga kembang kemudian masukkan semua bahan untuk bingka kecuali garam, dan kacau hingga sebati. Perasakan dengan sedikit garam. Tuang dalam tin tadi dan bakar 30 minit.
  2. UNTUK LAUK :- Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bahan tumbuk hingga harum, masukkan rempah kari, sos tomato dan sos cili. Kacau rata dan masukkan daging, kentang dan lobak merah. Tuang air dan masak hingga kentang dan lobak lembut. Tambah garam secukup rasa dan masak hingga kering. Kalau suka boleh tambah lada hitam. Angkat dan sejukkan.
  3. UNTUK BINGKA ROTI BERLAUK :- Keluarkan bingka dari oven tadi. Tabur bahan lauk (n0.2) atas bingka dan ratakan, kalau dapat, baki minyak dari bahan lauk jangan dimasukkan sekali. Sambung membakar selama 30 - 35 minit lagi. Bila masak sejukkan sepenuhnya. Tabur dengan bahan hiasan dan boleh potong untuk disaji sebagai minum petang atau sarapan pagi.

10 comments:

Sari Yusa Ibrahim said...

sedap2 nak kopipes, rupanya rsepi tak abis, hehe.. mana cara2 membuatnya??? huhuhu... hehehe

che'iza said...

Fiza nak sikit... Cur arr... meleleh air liur den tgk....

Naimatul Hafizah Nor Rodin said...

mcm sedapnya... ye la, mana cara membuatnya.

Ayu said...

Assalam fiza, memang sedap bingka roti ni akak pun pernah cuba juga..
hehe..banayk juga menu yang fiza buat untuk tahlil tu ya..
minggu ni rumah akak pulak nak kena buat, masih tak tahu menu apa yang nak di hidangkan..huhu..
thanks fiza for the wishes tu ya..
Sorry juga akak terlamabt tiba nak ucapkan selamt hari lahir buat anak2 fiza tu ya..maklum ler, sekarang ni akak pun jarang2 dapat ngadap depan pc..
Semuga anak2 mu membesar dengan sihat, menjadi anak2 yang membanggakan ibu bapa dan berjaya diduinia & akhirat ya..insyallah..

Fiza Nordin said...

k sari yusa,
hahahaa camne leh tertinggal ni??? adeh.... jap sy update ye...

che iza,
ambik le....

naimah,
sory selori hahahahaa jap g sy update ye...

k ayu,
wc kak... owh ujung minggu ni umah akak ye... i'Allah sy nak ke PD terus lajak JB & masuk s'pore lah hahahaha mcmlah dekat sangat ek....

Deliah's Deli said...

cantiknya gambar..sedapnya mskan! :)

tun_telani said...

baru tgk kt umah mamahawa, akak dh wat =)

Fiza Nordin said...

k del,
thanks dear! :D

tun,
kite terpesona tgk kat umah mamahawalah yg terus masuk list buat utk kenduri hehehee alhamdulillah hasilnya tak menghampakan :D

hanieliza said...

TQ sbb sudi cuba resepi kkkliza..
akak pun teringin nak geder2 lagi...ributttttt...

Fiza Nordin said...

k hanieliza,
thanks, dlm sibuk2 pun boleh singgah sini...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
whatsapp: 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)