Followers

Friday, July 15, 2011

Talam Keladi


Salam petang untuk semua....

Talam keladi ni bukan buat hari ni. Jangan mintak2 yep... dah habis dah... bekas pun dah siap basuh & kering. Talam keladi buat hari Rabu yang lalu. Ikutkan cadangan dan perancangan nak buat talam keladi ni hari sabtu lepas - masa kenduri & sambutan birthday anak2. Tapi masa tidak mengizinkan. Demi untuk tidak membiarkan keladi yang sudah siap direbus dan disimpan elok dlm bekas dan simpan dalam peti ais itu masuk tong sampah, aku buat juga talam keladi ni.

Hari Rabu yang lalu tu, pukul 3 petang ada kelas fardhu ain di tingkat bawah. Alhamdulillah, bagus... lepas dengar ceramah, boleh dijamukan kepada ustazah dan akak2 & mak cik2 blok ni. Tapi ustazah kami tu berpuasa. Jadi bekalkan aje beliau beberapa potong. Dapatlah merasa serba sedikit. Ambil berkat, kata orang tua2, kan....


Anak2 pun tak ketinggalan buat bekal bawak p sekolah agama. Bagi kat kawan2 dan ustazah. Tapi kata baby, ustazah dia berpuasa hari tu. Takpalah, lain kali pun mama boleh buat, insyaAllah...

Resipi ambil dari rumah Kak Ayu S'pore. Terima kasih ye kak... berkongsi resipi yang alhamdulillah, kejadiannya amat memuaskan hatiku. Bahan2 pun tak banyak cerewet. Sesuai dengan adikmu yang pemalas ni huhuhuuu


Talam Keladi
Sumber : Kak Ayu S'pore

LAPISAN BAWAH
Bahan Bahan
(A) 220 gm tepung beras
40 gm tepung ubi
1 1/2 tsp garam
300 ml santan pekat
700 ml air

(B) 250 gm keladi - (lebih sikit pun tak apa) - buang kulit, basuh,(basuh dgn air garam untuk tidak hitam) potong kiub dan kukus selama 5 minit.- (kukus baru timbang) aku letak 310gm

Cara-caranya :

1. Bancuh semua bahan A hingga rata dan sebati .
2. Tapis ke dalam periuk . Masak sehingga naik wap dan masukkan bahan B
3. Kacau sebentar dan tuang ke dalam loyang 10" x 10" x 3" aku guna loyang 9" x 9" x 3"
4. Kukus selama 25 minit

LAPISAN ATAS
Bahan Bahan
150-180 gm tepung gandum
250 gm gula halus
3 biji telur
250 ml santan
500 ml air
sedikit pewarna purple

Cara caranya :

1.Bancuh semua bahan bahan diatas, tapis ke dalam periuk
2. Masak sehingga naik wap << aku skip step ni, terus je tuang atas lapisan atas & kukus.
Tuang ke atas lapisan bawah
3. Kukus selama 30 minit.(Lap 5 minit sekali) aku lap 10 minit sekali


* tips : lepas kuih masak, permukaan permukaan kuih akan bertakung air. Biarkan saja kerana air itu akan kering dengan sendiri semasa kuih sejuk.

9 comments:

Naimatul Hafizah Nor Rodin said...

wah.. sedapnya talam keladi. dah habis ke? baru nak minta!

Malay-Kadazan girl said...

Kalaulah saya boleh tanam keladi kat sini gerenti dah buat. Antara banyak talam ini paling kegemaran. Meleleh air liur tengok talam keladi you.

Hanim said...

cantiknya wa perple tuuu hehehe i likeee :)

Unknown said...

assalam kak, terguda nengok kuih talam yg menawan kalbu tu...cantik warna purple tu...my fav colour..sudah tentu sedap kan...:)

Fiza Nordin said...

naimatul,
kikikikiiii syian dia....

malay-kadazan girls,
sy juga peminat keladi. tak kira dibuat ape pun, sy mmg penggemar keladi... kat kompleks tadak juai ka???

hanim,
sy pun suka....secara tak sengaje je jadi camtu,alhamdulillah hehehee

nieza,
aku menggoda dikau terguda ek... hehehee i like the colour tulah...!

Cendana Kasih said...

sedapnyer..aku tak pernah buat kuih ni sbb kat rumah aku tak pernah masuk keladi, sbb takde yang nk beli, makan... tp kalo keladi goreng tu aku ada la gak beli setahun dua tiga kali...hehehe

ijayuji said...

Salam kak! owwhhhh sgt suke dgn talam2 giniii nak2 ada keladi sedap sungguh tergigit dia punyer keladi tuuu hihihi...

Nuwairani said...

suke sgt tengok kaler pepel tu...kat sandakan ni takde pulak pewarna pepel...nak cari kt kedai baking taktau bila boleh pergi...

Fiza Nordin said...

noorma,
i like keladi very much!!! tp pun jarang2 gak makan. hahahaa

ijah,
wsalam!tukar dgn mac boleh??? alamak akaknye dah abis... :( xpa, akak buat len!

nuwairani,
yep, sy pun suka warnanya walaupun hakikatnya purple bukanlah warna kegemaran saya....ianya menawan pandangan mata saya

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
whatsapp: 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)