Followers

Tuesday, July 12, 2011

Happy Birthday Mierza...



Semalam birthday abang dia... hari ni birthday adiknye pula... Tolong jangan muak dan keliru ye... huhuhuuu...

Alhamdulillah anak2 aku jenis senang nak dibesarkan dari segi kesihatan. Mereka jarang demam, batuk dan selesema. Syukur pada Allah s.w.t. kerana memberikan kesihatan yang terbaik kepada kami sekeluarga. Alhamdulillah sekali lagi!

Tidak seperti abang dan kakaknya, aku melahirkan Mierza di Hospital Serdang. Kalau diikutkan, aku tak layak melahirkan di hospital tu. Hanya mereka yang tinggal di Puchong dan kawasan terdekat yang boleh sedangkan masa tu aku tinggal di Taman Medan (rumah arwah mak). Tapi demi kerana nak juga bersalin di hospital tu atas 1 sebab utama itu, aku guna alamat sepupu en hubby yang tinggal di Puchong. Sanggup!!! Memang sanggup sangat sampaikan cek bulanan pun aku buat di Klinik kesihatan Bt 14, Puchong. Berulang-alik dr Tmn Medan - Puchong setiap minggu-masa dah dekat2 bersalin tu.

... my very kacak boy ...


Sebab utama itu adalah... aku nak en hubby masuk dalam labour room masa proses melahirkan. Alhamdulillah, hajat itu tertunai. Berbaloi rasanya. :D Kalau ikut hajat hati, masa sakit pun aku nak en hubby ada di sisi tapi prosedur hospital, suami hanya akan dipanggil masuk ke labour room apabila proses melahirkan tiba. Tak apalah, itu pun dah cukup memadai.

... candid ...

Sama seperti mengandungkan Boy, ketika mengandung aku ada diabetis. Jadi cukup 40minggu, aku dah disuruh melapor diri di hospital. Tapi pihak hospital bagi masa 2 hari. Dalam 2 hari tu aku ditahan di hospital. Berulanglah en hubby dr rumah ke hospital. Still tak sakit tapi dah ada tanda lendir darah. Masuk labour room petang sekitar pukul 5 (12/7) diiringi en hubby. Masuk air (induce) sekitar pukul 7++ barulah terasa sakit. Menanggunglah sakit sorang2. Huhuhuuu....

... suka dengan gambar ni ...

Ketika proses bersalin hampir, en hubby pun masuklah. Siap dengan video cam di tangan. Tapi bila dah masuk dalam dan lihat keadaan dan situasi yang sedang berlaku terus blank. Hasrat nak rekod proses kelahiran anak terus terkubur begitu saja, hahahaa

Pukul 11.16 malam selamatlah lahir seorang lagi putera kami. Masa nurse letak baby atas dada aku dan aku tengok muka dia terus terdetik dalam hati, "lain betul muka anak aku sorang ni..." hehehee...

Alhamdulillah, hari ni genap usia Mierza 4 tahun. Anak mama membesar dengan jayanya. Moga Mierza jadi anak yang soleh. Berguna kepada bangsa dan negara.

Mama & papa sayang adik!

3 comments:

HaSue said...

Happy birthdayyy mierza..semoga membesar mjadi anak yg soleh dunia akhirat..
happy belated birthday juga buat abangnya,boy..dah besa anak2 kak pija nih..
muka mierza masa kecik mesti ramai org ingatkan dia baby girl ek?cuteee!!

part tak terambik video tu mesti sbb kes cuak sgt kot?hehe..kalo kat sini suami x dibenarkan pun masuk labour room sms isteri bersalin..hukhuk

dZana said...

happy belated birtdy mierza.. smga mjadi ank soleh n bijak pandai..suke tgok mierza rmbut pjg. hihihi

Fiza Nordin said...

hasue,
terima kasih :D
kat sini pun ada2 hospital yg boleh. tp kebanyakkannya tak bolehla.... itu yg sanggup berulang walaupun jauh...

k dzana,
terima kasih untie zana :)
amin...!

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
whatsapp: 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)