Followers

Thursday, July 21, 2011

Puding Jelly Oren


Orang buat, aku pun nak buat jugak, kan... tambah2 biler orang kate sedap... lagilah berkobar2 semangat ni! ehehehee... Alhamdulillah memang sedap kat tekak aku. Tak ralat mencuba.

Terima kasih banyak2 pada cik adik cantik molek, Juwita yang nun jauh kat Jepun tu... juga pada Kak Nor yang menginspirasi. Tak pula pada Kak Sheila, Kak Yani & Kak Rose yang membakar semangat membara. Semalam 3 orang sekali tayang puding ni (seingat aku...). Mane tak terbakar semangat aku, hahahaaa. Dan alhamdulillah, hari ini di sini pula - di 'rumah' sendiri.

Walaupun rupanya taklah secantik dan tak cun mcm akak2 punye sekalian, tapi oklah tu ek. Pada aku, buat puding ni, memerlukan tahap kesabaran yang tinggi. Kena ada masa yang cukup. Kalau dalam keadaan tergesa-gesa dan sedang dikejar waktu, jangan buat. Boleh highblood dok atas kapla kehkehkehhh


Okeh2, hentikan kalutan, jom layan resepi. Kopipes dari rumah Kak Sheila dan Kak Sheila ambil dr rumah Kak Nor. Thanks akak2 sekalian!

Lapisan Jernih
4 g serbuk agar-agar

500 ml air

5 sudu besar gula (mengikut kemanisan masing-masing)

sebiji oren diperah airnya( dalam 50 ml)

sedikit pewarna kuning


cara-cara
Masukkan air, gula dan serbuk agar-agar didalam periuk.
Setelah sebati masukan perahan oren yang telah ditapis dan pewarna kuning. ketepikan

Lapisan Puding

4 g serbuk agar-agar

200 ml air

300 ml susu

5 sudu besar gula ( mengikut kemanisan masing)

sebiji oren diperah airnya( dalam 50 ml)

sedikit pewarna kuning


Cara-cara

Masukkan air, gula dan serbuk agar-agar didalam periuk.
Setelah sebati masukan, susu, perahan oren yang telah ditapis dan pewarna kuning. Masak sebentar dan ketepikan cara-cara untuk melapis. sediakan bekas yang sesuai. masukkan lapisan puding dahulu biarkan sejuk hingga lapisan tersebut keras kemudian masukkan lapisan jernih buat kaedah yang sama sehingga habis. Boleh la disimpan didalam peti sejuk sehingga benar2 keras
Jika ingin dipotong sila kurangkan kandungan air bagi jelly ini kerana jelly ini agak lembik.

Tips dr K. Nor, terima kasih :D
** Cara yg K.Nor buat, letakkan gelas yg nak digunakan dlm loyang besar yg berisi air dan ketulan ais. Dgn cara ni, boleh mempercepatkan puding tu mengeras dan tak perlu masukkan dlm peti ais. Masa menuang layer seterusnya, guna belakang sudu kecil dan letakkan di dinding bahagian dalam gelas dan tuang slow2 supaya adunan tak terjerlus ke dalam adunan sebelumnya.
** Bila adunan puding yg belum dilayerkan (balance dlm periuk) nampak cam mengeras, panaskan sekejap tp jgn sampai terlalu panas. cukup sekadar nak mencairkan balik adunan supaya mudah dituang. (biasanya bila tinggal 2 layer terakhir adunan akan mula mengeras, boleh la dipanaskan sekejap ya)


18 comments:

Anonymous said...

cantik dah tu fiza.. yg penting rasa dia sedap kan :)

Anonymous said...

opss lupa nak tinggalkan nama, sori tak leh nak log in google acc lagi buat masa ni, blog masih sdg dlm rawatan doc pakar :)

k.nor@secubitgaram :)

Juwita Jamaludin said...

salam kak fiza.. cantik .. suka tengok ita pun suka puding ni... thanks cuba ye kak..:)

Juwita Jamaludin said...

opps lupa plak.. ita rasa akak tak perlu upgrade dulu.. hanya kalau nak beli lens yang panjang sikit kalau nak murah guna tamron pun ok 18-200 mm murah rasanya dalam Rm500 kot.. kalau nak guna nikkor punya mahal sikit sebab ita guna kalau outdoor yang 55-300mm tu rasa puas hati sikit nak menembak walaupun tak pandai lagi .. banyak kena belajar..:)sekadar share dgn akak sebab kamera kita sama..:)

tun_telani said...

hihi.. kak, kalau tun wat lagii laa xkn nmpk belang2 dia.. kui kui

che'iza said...

Cantik belangnyer fiza....

Pstt... kipochi ni... Fiza guna camera apa?

Kak Rose said...

dah terjangkit virus puding jelly oren ni ya... tp mmg sedap kan dan cantik jugak!

Fiza Nordin said...

k nor,
terima kasih...ingatkan siapalah yg berselindung di sebalik 'anoynamous' tu... ehehee

Fiza Nordin said...

ita,
terima kasih kembali sbb berkongsi resipi.
lens yg ita cakap tu klu beli di Jepun dapat murah sikit tak? hahahaa tanya ada makna tersirat dan tersurat tu kehkehkehhh

Fiza Nordin said...

tun,
belum cuba belum tau... kot2 lagi cunnnn!!!

Fiza Nordin said...

che iza,
kite x puas hati sangatlah dgn belangnya. gelabah!

Fiza Nordin said...

k rose,
penyakit berjangkit yg i very2 the like eheheheee

Unknown said...

sedapkan puding ni... kat dapaur saya pun dah ada...tak rugi mencubanya:)

Fiza Nordin said...

nieza,
sedap... mmg tak rugi mencuba :D

Yani said...

kat sini pun dah ada puding jeli oren.. kita buat semalam tu time cbuk dgn anak2. Elok je letak periuk atas dapur.. 2-2 org berbunyi serentak. Nak cepat punya pasal sampai tersenget gelas dlm bekas yg diletak ais bg cepat sejuk tu.. Alang-alang dah tersenget tu, teruskan ler melayer dgn senget2.. hihi bila siap xsangka jd cantik gak..

Fiza Nordin said...

k yani,
kekadang gitulah ek... yg secara tak sengaje tu elok pula kejadiannye hehehee

el said...

tgk gambar pun rs dah lidah ni cam rs oren..hahah apatah lg nak bila mkn kan..huhuhuhu cantek puding kak za siap bergelas2 lg...

Fiza Nordin said...

l,
mmg pekat rase orennye :D

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
whatsapp: 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)