Followers

Monday, July 18, 2011

Choc Banana Cake


Weekend yang baru berlalu, kami sekeluarga bersama keluarga Kak Nor & Cik Haris dan Kak Rosni & Cik Latif menyertai rombongan ke Port Dickson, Negeri Sembilan anjuran KEMAS.

Aku buat kek coklat pisang aka Choc Banana Cake resipi dari Mak Lang Azie sebagai buah tangan dan makan2.
Pisang tu, pemberian Kak Yan masa kenduri & birthday anak2 minggu lepas. Ada berbaki beberapa biji. Bila dah hitam2 kulitnya, sorang pun tak jeru. Jadi sebelum layak masuk tong sampah, lebih baik ku godek2.


Alhamdulillah, menjadi choc banana cake ni... Kek yang sangat moist. Senang pula nak membuatnya. Sekejap aje dah sedia untuk dibakar. Aku kurangkan 100g gulanya dr resipi sebenarnya. Rasanya tidak menggangu malah elok2 di tekak aku. Tidak terlalu manis dan tidak terlalu tawar dan pahit. Jom, jom tengok resipi :D Terima kasih, Mak Lang...



Bahan2
400g gula halus (adjust) - aku letak 300g saja
*245g tepung gandum

*75g serbuk koko

*1 1/2 st baking powder

*1 1/2 st soda bikabonat - aku tak letak

*garam


* ayak
2 biji telur 1 cwn pisang - dilenyek
240ml air suam
120ml susu cair

120ml minyak masak

1 st esen vanila


Cara2

Masuk semua bahan kering dalam bekas. Gaulkan sebati dan ketepikan.

Masuk bahan basah dalam bekas lain dan kacau sebati. Guna whisker saja.
Campur semua bahan dan sebatikan. Masuk dalam loyang yang telah dilengser dengan minyak dan dilapik dengan baking sheet.
Bakar 35 - 40 minit - hingga masak.


4 comments:

cerita siti said...

aduhhh terliuq.... terliuq....

bila la aku nak rajin baking camni :)

Fiza Nordin said...

cerita siti,
sabaq no... p jalan sane sini...dah banyak terlioq sure rajin baking pasni hehehee

*thanks sudi singgah :)

Anonymous said...

salam kak fiza,

saya selalu baca blog akak n suka sbb banyak resepi2 yg best...n also cite2 akak yg menarik...saya ni sbb selalu baca blog2 pasal makan2 n masak2 ni teringin lak nak try masak....budak baru belajar la katakan....heheheh lepas ni nak beli oven sebab nak try buat kek n kuih utk raya ni, so ingat nak tanya kat akak la...selalu buat kek n kuih pakai api bawah ke? masa bila pakai api atas, api bawah n api atas bawah tu sume? sori....mmg baru nak belajar...thanks akak!


nabila

Fiza Nordin said...

nabila,
as salam... akak ni pun bukan pandai sangat...tp alhamdulillah :D
klu buat kek & biskut rasanya guna api atas bawah. kebanyakkan oven sekarang memang disediakan api atas bawah siap dengan button pelaras sama ada nak guna api atas bawah, api atas saja atau api bawah saja.

& baru2 ni akak baru tahu yg kalau membakar kek, jangan gunakan kipas kerana ianya akan membuatkan tekstur kek kering dan kurang moist.

wallahualam, moga dapat membantu :D
& thanks sudi jenguk2 ke blog yg tak sepertinya ni :D jemput2 jenguk selalu ye....

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
whatsapp: 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)