Followers

Wednesday, July 06, 2011

PENSONIC Warehouse Sale


Sekadar berkongsi info....

PENSONIC akan mengadakan jualan gudang bermula 8hb Julai, 2011 (Jumaat) - 10hb Julai, 2011 (Ahad) selama 3 hari berturut-turut. Jangan lepaskan peluang untuk berbelanja di sana ye - Lot 11B, Jalan 223,Section 51A, 46100 PJ, Selangor

Hari Jumaat lepas aku ke pejabat PENSONIC untuk ambil mixer yang aku hantar untuk repair. Sebab under gurantee, kosnya tidak berbayar a.k.a. FREE. Then kerani Pensonic tu bagitau aku yang pada tarikh di atas, Pensonic akan buat warehouse sale. Owh, thanks for the info. Walaupun takde dalam kepala hotak aku nak memborong ape pada warehouse tu nanti, tapi boleh jugalah jadi modal nak update blog. Macam n3 ni ha..... heheheee....

Beberapa tahun lepas aku pernah jugak ke Pensonic Warehouse ni hasil uar2 bekas kawan sekolah - Islindah. Masa tu aku memang teruja beno nak ada breadmaker. Jadinya di warehouse sale itu aku belilah breadmaker. En hubby pula beli televisyen 29 inci.

Lo ni BM jadi tukun, sejuk semedang - berselimut dok dlm stor. Syian dia.... bukan rosak. Tapi tuannya malas nak meroti. Huh, teruk kalau kena penyakit tadak ubat tu.... TV pulak baru sat2 hari ni padam. Tak taulah apa masalah. Lo ni pakai tv game Boy untuk tonton tv. Udahlah ujung2 minggu bergaduh anak beranak. Yang papa mama nak tgk tv. Yang anak sibuk nak main game. Tu dia aihhhhhh.... Tapi tiada perancangan pun kami laki bini nak beli tv baru. Rasa macam tak berape penting je selagi masih ada sesuatu yang boleh digunakan. Walaupun dok berkelahi dengan anak. Heheee...

Ok, pada yang pergi warehouse sale tu nnt, selamat shopping yep... :D

6 comments:

Cheq Sue said...

jauhnya nak pi..

Fiza Nordin said...

cheq sue,
klu dekat boleh borong :)

Normaliza said...

terima kasih atas info. agak2 kipas siling ada tak? tgh duk usha mende tu nih..hehe

Fiza Nordin said...

normaliza,
mase sy pergi beberapa tahun lepas ada... sy pun ada beli 1....ok gak :D terasa anginnye...

Misz-ella said...

bagus ni. boleh la kita cari apa yg tak ada yer. thnks for sharing, fiza.

Fiza Nordin said...

kak chik,
same2 :D

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
whatsapp: 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)