Kat tv dulu2.... bulan Julai, bulan melawat Kamdar. Tapi untuk aku dan en hubby, bulan Julai adalah bulan menyambut hari lahir anak2!!! Di samping mengingati tarikh pemergian arwah mak.... Ramailah yang mengusik, pandai aku plan... asal bulan tujuh aje beranak, asal beranak aje bulan tujuh! Dan macam2lah usikkan lain. Aku terima dengan senyum meleret. Jauh dalam hati, bangga dan syukur alhamdulillah. Sungguh, aku dan en hubby tak merancang. Semuanya terjadi dengan kebetulan. Dan kebetulan itu ditambah pula dengan tarikh pemergian bonda sehari sebelum anak sulung aku - BOY genap berusia 8 tahun. Selamat hari lahir, sayang :D
Tidak sesenang melahirkan Baby... melahirkan Boy begitu jerih. Masuk labour room dengan tak ambil breakfast. Menahan sakit sehari semalam dengan perut yang lapar. Mujurlah ada nurse yg prihatin dan kasihan. Dapatlah 2 keping biskut dan secawan milo. Aku masuk pukul 8 pg 10/7, pukul 7.11pg keesokkan harinya (11/7/2001) barulah bersalin. Date dan waktu kelahiran yang sama nombornya. Cuma dipusing2kan saja...
Date : 11/7/2001
Time : 7.11pg
Anak sulonglah katekan, tak ada pengalaman. Sakit pula tanggung sengsorang. Suami tak boleh masuk labour room. Sangat tak 'mesra alam' Hospital Universiti ni! Kerana terlalu lama sakit, aku ambil suntikan epidural tengah malam tu. Tapi sebenarnya tetap sakit juga. Dalam lalok2 mengantuk nak tertidur pun, tetap mengerang kesakitan. Dahlah dengan alat ECG melekap je kat perut. Sampai naik hangat pijau pinggang sebab asyik mengereng aje. Masa tu memang rasa serik sungguh nak beranak lagi. Hukhuk...
Yang menyambut kelahiran Boy seorang doktor berbangsa Cina - Doktor Yip. Hingga sudah dia yang selesaikan. Tetapi dugaan tidak habis di situ. Boy dimasukkan ke NICU (Neonatal Intensive Care Unit) kerana tersedak susu pertama. Nurse bg dia susu formula sbb aku tidur dan berehat. Kan semalaman dah tak tidur, bertarung nyawa. Seluruh badan Boy berubah jadi biru seperti lebam. Terpaksalah aku berulang alik ke hospital menghantar susu. Bila Boy dah boleh keluar dari NICU dan ditempatkan di wad, dia kena pula jangkitan jaundis (demam kuning). Masa tu aku yang dah keluar dari hospital kembali tinggal di hospital sebab nak breasfeed baby sepenuhnya untuk cepat turunkan jaundisnya.
Tapi makin lama makin tinggi. Sampaikan doktor ingat aku ada campur susu pada baby. Doktor hairan kenapa bacaan jaundisnya semakin menaik. Sampaikan tahap nak tukar darah dan tebuk di kepala baby sbb urat di mana2 bahagian badannya dah tak kelihatan. Aduh... masa tu jangan ceritalah aku menangisnya. Sampai arwah mak masa tu risau aku kena angin meroyan. Hehehee.... Atas nasihat seorang nurse secara senyap2 dia suruh berikan susu kambing pada Boy. Sebenarnya petua tu memang kami dah tau tp en hubby takut nak bagi sbb pada mulanya Boy memang dah tersedak susu (sampai masuk NICU). Bila dah sampai nak tebuk kepala, dia nekad jugaklah bg Boy susu kambing tu.
Pukul 1pg doktor datang ambil darah, terkejut doktor2 tu tgk ada penurunan bacaan jaundis pada Boy. Terus tak jadi proses penukaran darah dilakukan mlm tu tapi akan dipantau hingga keesokkan harinya. Alhamdulillah, lepas tu aku terus bf Boy dan sulam dengan sesudu 2 susu kambing, bacaan jaundisnya semakin menurun dan ok.
18 hari aku berkampung di Hospital Universiti. Berpantang pun ala kadar aje masa tu... Dah balik rumah barulah betul2 berpantang. Bertungku, berurut dan sebagaimana sepatutnya.
Itulah pengalaman yang tak mungkin kami lupakan kalau cerita pasal pengalaman kelahiran, merawat dan membesarkan Boy. Sekarang dah semakin besar anak mama... dah sunat, dah dewasa! Dan berakal tapi selalu tak berfikir dulu sebelum buat sesuatu. Selalu bikin hati mama panasssss je kat dia... Tapi dia memang manja lebih dengan aku. Kalau nak apa2 pun minta dengan mama. Mamanya pukul2 dia pun, bebel2 kat dia pun... lepas tu nak mama jugak! Hehehee alahai anak omak!
Happy birthday to you, Boy. Jadilah anak yang mendengar kata. Jadilah anak yang berjasa. Bukan hanya untuk mama & papa tapi untuk semua, untuk negara, untuk bangsa, untuk agama. Mama doakan yang baik2 untuk Boy sepanjang kehidupan Boy di muka bumi Allah s.w.t ni... Moga kamu selamat di dunia dan di akhirat kelak, amin!
Mama sayang Boy!

2 comments:
As'salam Fiza
Selamat ulang tahun buat Boy. Semoga apa yang didoakan mak tu akan termakbul hendaknya...aminnn
Lain betul muka Boy bila dah besar tu fiza, makin ensom pulak dia. mesti dah besar banyak awek yang kejar2 dia nanti..hihi
k ct,
terima kasih,amin... tu la.... ramai dok kate gitu.kening sambung & lebat, ramai awek hahahahaaa
Post a Comment