Followers

Monday, July 18, 2011

Rombongan & Sukan KEMAS Nur Gemilang




Inilah aktiviti hujung minggu aku kelmarin. Seronoknya dapat main games, berkumpul ramai2, sembang2, begurau senda antara kami yang satu kepala. Anak2 apalagi seronoknya. Dapat mandi mandi dengan kawan2. Tak reti2 nak naik ke darat. Asyik berkubang dalam kolam saja.

Aku, keluarga Kak Nor dan keluarga Kak Rosni menerima pelawaan bersungguh2 Cikgu Noriah yang akan membawa murid2 tadika Nur Gemilang dan keluarga mereka ke Port Dickson. Ianya bukan setakat rombongan tetapi juga acara sukan tahunan diadakan sekali. Kerana ramai ibu bapa yang turut serta, acara dipelbagaikan. Tidak khusus untuk murid2 tadika saja. Makanya, adalah peluang anak2 aku turut serta :D Menang kalah adat bertanding. Yang penting, happy!!!




Actually aku bukan ada anak2 sekolah di tadika Kemas pun tahun. 2 tahun lepas adelah - Baby. Insya Allah tahun depan aku baru nak masukkan Mierza. Tapi Cikgu Noriah beria2 ajak aku 1 family join rombongan ni. Turut diajak sama adalah keluarga Kak Nor Kamariah dan Kak Rosni. Kami ape lagi... jalan ajelah! Cuma kami lewat sikit bertolaknya - pukul 3++ petang. Sementara Cikgu Noriah dan keluarga kanak2 pelajar Kemas dah bertolak pukul 11pg.



Sampai di Port Dickson pukul 6 petang. Anak2 biasalah... nampak kolam terus nak terjun. Salin2 baju, terus terjun dalam kolam. Risau dengan Mierza. Kolam yang ada walaupun untuk kanak2 tapi terlalu dalam untuk dia. Jadi kena ada penjaga. Tak boleh lepas dan sambil lewa saja.

Malamnya ketika en hubby keluar untuk beli sikit barang, dia belikan sekali life jacket saiz Mierza - RM10. Oklah, lega sikit untuk esok hari kalau Mierza merengek nak pergi mandi kolam.




Malamnya ada aktiviti bakar2 ikan dan menyambut birthday Shamsul (adik Cikgu Noriah) dan Cik Din (Penasihat Tadika KEMAS, Nur Gemilang). Cikgu Noriah tempat kek chiffon salji daripada aku. Terima kasih. Actually memang Cikgu Noriah tempah 2 biji kek tapi sebab 1 lagi kek dia nak bawa balik untuk makan sendiri, dia suruh Kak Nor belikan kek di kedai.

Sambil2 makan ikan bakar, nasi impit, ayam & sosej bakar, aktiviti karaoke dan santai diteruskan. Ada yang duduk di tebing mengadap laut dan sebagainya. Anak2 berlari2an ke taman. bebas sungguh deme. Itulah yang Mierza nakkan sangat. Lepas bebas....

Oh yes, kami menginap di Bourgenvilla Resort @ Teluk Kemang. Tempat tu agak dekat juga dengan pantai. Dan ada jetti berdekatannya. Sangat sesuai kalau nak memancing pun. Cikgu Noriah ambil 1 family room untuk kite semua. Besar juga bilik tu. Memang Cikgu Noriah dah pesan, bawa bantal dan toto. Jadi memang tiada masalah dengan tempat tidur. Bentang saja dan baring :D



Di Port Dickson musim durian. Merata2 sepanjang jalan jumpa orang jual durian. En hubby keluar dengan geng2nya. Aku pun memesankan belikan durian. Balik2 bawa 5 biji durian. Dengarnya dengan harga rm60, 5 biji tu. huhuhuuuu mahal gak eh... tapi isinya.... amat puas hati! Semuanya sedap2 belaka. Takde satu ulas pun yang reject. Sume habis masuk perut! Berbaloi-baloi!!!

Awal pagi hari Ahad, pukul 6.45pg aku dah terjaga. Pukul 7 aku keluar. Masing2 masih tidur. Terus pergi tepi pantai. Hasrat hati nak shoot sunrise. Tapi hampa... sunrise di balik teluk. Tak nampakla.... :( Jadi aku amik gambar ombak membelasah tebing batu je la....




Breakfast kami disediakan cafe berdekatan. Bihun dan nasi lemak bersama kari ayam. Air teh tarik dan kopi. Anak2 datang juga makan. Sebab dah kelaparan agaknye. Semalamnya pun bukan makan beria sangat ikan & ayam bakar tu... asyik berlari2 ke sana ke mari aje. Tapi lepas makan, balik sambung mandi kolam.





Bila acara sukan nak dimulakan, terpaksa panggil berulang2 kali budak2 & mak2 budak naik dr kolam. Aiyooo.... Aku memang tak mandi kolam tu. Hajat tu ada tapi macam2 hal nak diurus, malaslah pulak rasanya. Bila acara sukan dan habis, sibuk pula mengemas sebab sebentar aje kemudiannya, dah nak check out. Hemp... memang pakat tak merasalah, kan... en hubby dapat juga berendam sekejap itu pun sebab geng2 lelaki berendam sama. Kalau tak, entahlah. Ditambah lagi en hubby tu bukan suka sangat mandi2 camtu....




Dalam acara sukan, anak sulong aku - Boy menang tempat pertama acara tiup belon sampai pecah. Good! Aku menang tempat ke 3 dalam acara hulla hoop! Dan lagi satu acara berpasangan balingan mesra (belon berisi) air, aku dan en hubby menang tempat pertama. Acara tarik tali campuran kumpulan aku (grup 2) tempat kedua. Kesian, sampai berbirat lengan en hubby tergesel dengan tali tu....




Pukul 12++ check out. Perjalanan pulang ke destinasi masing2. 7 buah kereta (penduduk Blok N saja) konvoi kembali ke Blok N...

Percutian singkat yang menyeronokkan... tapi fenat!!!


2 comments:

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam Fiza..sonoknya brkubang di PD yer?TP best klu ikut rombongan sekolah anak2 kita nie...sambil makan angin,keselamatan anak2 pon trjaga.

Fiza Nordin said...

k atie,
betui tu.... uishhh mmg seronok le kak... kurang2 dpt juga eratkan silaturahim sesame ibu bapa, kan....

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
whatsapp: 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)