Followers

Wednesday, July 20, 2011

Talam Labu


Jom minum petang dengan talam labu resipi Kak Hanieliza :D
Sedap, lembut aje... nyap3 dah habis seketui. nyap3 lagi dah habis seketui lagi...

Actually aku ni bukan peminat tegar kuih2 talam. Setakat makan gitu2, bolehlah. Tapi aku suka melihat hasilnya. Lazimnya aku akan buat kalau ada sebarang acara. Juga tidak ketinggalan, kalau ada rajin ;P . Talam labu ni aku buat untuk bawa buah tangan ke kelas fardhu ain pukul 3 petang nanti, insya Allah... (n3 autopublish ni ye..)

Sekalian buat bekal anak2 bawa ke sekolah. Berbagi sikit sorang dengan kawan2 dan cikgu2nya yang sudi menjamah. Alhamdulillah dapat panjang2kan rasa. Moga Allah s.w.t. ikhlaskan hati dan mendapat keredhaanNYA, amin.

Jom tengok resipinya.



Lapisan Bawah

Bahan2
1 cwn labu - diparut (aku potong kiub & rebus)
1 cwn tepung beras
2 sb tepung kastad (aku gantikan dgn tepung jagung)
1/2 cwn gula (aku + 3 sb lagi)
3 cwn santan cair (aku guna 1 cwn santan pekat + 2 cwn air)
garam secukup rasa

Cara2
- Panaskan kukusan dan lenser loyang saiz 8 inc dengan minyak. Aku guna loyang saiz 10 x 10inc dan lapikkan dengan plastik.
- Masuk semua bahan kecuali labu. Kacau rata. Tapis.
- Masak adunan dengan api kecil hingga naik wap.
- Tuang dalam loyang dan kukus selama 30 minit.

Lapisan Atas

Bahan2
1 cwn tepung beras
3 cwn santan pekat - 1/2 biji kelapa (aku guna 1 cwn santan pekat + 2 cwn air)
garam secukup rasa

Cara2
- Gaul semua bahan dan tapis.
- Masak sekejap adunan atas api perlahan hingga naik wap. Sentiasa kacau supaya adunan tidak berketul.
- Sebelum tuang adunan atas, permukaan adunan bawah dicakar menggunakan garfu terlebih dahulu. Barulah tuang adunan atas.
- Kukus 25 minit.
- Sejukkan betul2 sebelum dipotong.


* kak Lieza menggunakan pewarna hijau untuk adunan atas. Aku biarkan warna putih saja... boleh tengok yang Kak Lieza buat kat SINI.

Alhamdulillah, puas hati dengan hasilnya. Terima kasih kepada Kak Lieza yang sudi berkongsi resipi.

8 comments:

izahdaut said...

woooo kk fiza.. rumah tinggi gak ke? hihi..itu yg menarik tu bukn nk tnya pasal tlm labu ek. hihi... sedap nmpk tu kak. warne mewah tul kan

ady said...

AS-SALAM
npk sedap talam labu tu...warna oun cantik ..

Aymy With L♥ve said...

Adoiii kuih talam la plak kak fiza... sedap nehhh... :)

Fiza Nordin said...

izah,
tgkt 9 zah oiiii, klu lif rosak, merangkak sampai atas adush!!!

ady,
terima kasih sudi singgah :D

aymy,
lame tak dengar khabar...sihatkah??? alhamdulillah, sedap!

Anna Qawina said...

amboi..cantiknya kuih...

Fiza Nordin said...

anna qawima,
terima kasih :D

Juwita Jamaludin said...

talam labu sedapnya.. asyik nampak rumah orang je.. bila nak sampai rumah ita..:)

Fiza Nordin said...

ita,
bile2 rajin nnt, adola tu....hehehee

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
whatsapp: 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)