Followers

Friday, July 22, 2011

Cornflakes Choc


Buat untuk kudap2.... syiok! Anak2 pun suke...

Dah ingat nak buat ni untuk raya nanti. Sure jadi pilihan utama budak2 selain duit raya! eheheee And for sure, inilah kuih yang habis dulu. Kalau tak tetamu yang menghabiskan, anak sendiri yang punya kerja. Tapi takpe... memang buat untuk makan pun, kan....?


Bukan untuk dijadikan tatapan. Sangat mudah nak sediakan. Sambil masak2 aje, pun boleh digodek2. Bahan2 pun tak banyak. Bahan utama hanya coklat bar dan cornflake. Selebihnya ikut sukalah nak tambah apa. Boleh aje nak tambah kekacang ke, kismis mahupun dry blueberi. Terpulang ikut tekak dan stok yang ada.


Bahan2
Coklat bar (aku milk coklat Beryls)
Cornflakes

Kekacang atau kismis
Taburan manik warna-warni


cawan kertas saiz kecil


Cara2

Double boil coklat bar hingga cair.

Masukkan cornflakes dan gaul sebati.
Sudukan ke dalam cawan kertas.
Biarkan coklat mengeras atau boleh masukkan dalam peti sejuk.
Sedia untuk di hidang.


10 comments:

tun_telani said...

haaa... dh kuar dh calon biskut raya.. hihi.. kt umah tun tiap2 thn ada cornflake madu.

Sofea said...

Fiza..sama mcm Tun..tiap2 tahun wajib buat, seisi rumah suka..siap ada yg sorok balang kuih dlm bilik...!

nOOrsha said...

haaaa..dah boleh masuk kak... pelik bin ajaib.. org len blh jer masuk, saye selalu x sempat nk mengomen pun... sedap nih.. bebudak, mak budak sume suke konflek ceklat ni :)

Naz said...

Fiza, boleh jadi salah satu calon kuih raya tahun ni.. Senang nk buat & bhn2 pun x bnyk.. I like!:))

Juwita Jamaludin said...

kak fiza suka buat juga biskut ni sedap makan tak ingat berapa ketui laju je ambl .. tup2 dah kosong balang..:)

Fiza Nordin said...

tun telani,
krup krap krup krap tu buat syiok menghabiskan dr 1 ketui ke 1 ketui, kan....

Fiza Nordin said...

sofea,
siapelah yg punye ke tu ye...? sampai sorok dalam bilik, ek....

Fiza Nordin said...

noorsha,
alhamdulillah... akhirnya dapat jugak masuk yek... jemput, jemput :D

Fiza Nordin said...

naz,
sile, sile... :D

Fiza Nordin said...

ita,
balang akak dah kosong dah... hehehee 'perniagaan' laku!

Perkahwinan Kami Bersama 3 Cahayamata

Daisypath Next Aniversary PicDaisypath Next Aniversary Ticker

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
email : sofie2_za@yahoo.com & call 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)