Followers

Monday, July 11, 2011

Bacaan Yassin, Doa Selamat & Sambutan Birthday Boy, Baby & Mierza


Pada 9/7/2011 (Sabtu) yang lalu... ketika sebahagian dari 'kite' sibuk mem'BERSIH'kan Kuala Lumpur, aku telah mengadakan majlis bacaan yassin, doa selamat dan sambutan hari lahir anak2 di rumah. Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar. Acara bermula jam 4 petang.



Pembukaan dengan bacaan yassin yang dipimpin oleh Kak Yan (Tingkat 12) dan Kak Yati (Tingkat 14). Ustazah Fiza yang mengajar kami mengaji tidak dapat menghadirkan diri. Juadah yang aku sediakan ala kadar saja. Nasi ayam dan bihun goreng aku minta kakak aku (Kak Yong) yang masakkan dari rumah dia dan bawa ke rumah aku.


... ramai yang datang, alhamdulillah. Sampai duduk depan pintu, maaflah ye...

Memang risau sungguh aku takut Kak Yong terkandas dalam kesesakkan jalan raya sebab memang heboh sana sini jalan tutup dan road block merata tempat. Dari pukul 12 tengahari aku dah keep calling Kak Yong dan ingatkan dia jangan bertolak lewat. Tepat pukul 4 Kak Yong sampai. Masa tu dah ada 2 orang tetamu (orang blok yg sama2 baca yassin) yang sampai. Tak pa & lega....

... kek baby ...

... kek boy - inside ada peach ...

Sudah emaknya tokey kek, of coz lah kek untuk birthday anak2 aku buat sendiri. Atas permintaan Baby, aku buatkan dia kek castle dengan toping coklat ganache. Sementara untuk 2 anak jantan aku (Boy & EJ) aku buatkan kek berlogo MU bertoping fresh krim. Permintaan jugak tu... dari Boy lah. Ej tu belum tahu menahu minta meminta ni. Apa2 yang ada aje dia ok. Cuma ralat sikit, patung orang main bola tak sempat nak belikan. Tapi Boy ok...

... me & my baby ...

Kakak aku lagi sorang (Mak Ina) tak dapat hadir dan turut sama dengan majlis ni. Sedih... rindu kat anak2 buah yang kecoh tu. Tapi apakan daya, keadaan tidak mengizinkan. Mungkin lain kali dapat berkumpul adik beradik dan anak2 buah, insya Allah :D




Selain nasi ayam & bihun goreng, aku buat biskut marie batik, bingka roti berlauk & dadih. Kak Am jiran yg agak rapat dengan aku bg sebekas kuih koci buat sedekah. Alhamdulillah dan terima kasih banyak2. Untuk biskut marie batik dan bingka roti berlauk, nnt aku update gambar dan resipi kemudian ok.

... always be my Baby ...

Mula2 cadang nak buat talam keladi. Memang dah prepare siap2. Keladi dah siap kukus. Bahan2 semua dah ada. Tapi masa pula tak mengizinkan. Tak apalah... tak ada rezeki. Insya Allah Rabu ni ada kelas fardhu ain, bolehlah aku buat nanti.

... en hubby ...

Syukur kepada Allah s.w.t. kerana majlis bermula dan berakhir dengan sempurna. Nasi ayam pun secukup2nya aje.... bihun ada lebih tapi x terbuang sbb aku berbagi dengan jiran2 blok. Memang seronok aku tinggal di sini... ikatan kejiranan sangat kuat dan akrab. Alhamdulillah :D

... terima kasih dari kami sekeluarga kepada yang sudi meluangkan masa datang ke majlis kami ...

4 comments:

Fafa said...

sama2 kasih :P

Fiza Nordin said...

fafa,
awok dok diam2 sanon :P

HomeKreation said...

Happy belated birthday to Boy & Baby. Wah, dah beso2 belaka. Baru td tingat kat Fiza pas tu terlayang sbb terlompat ke sana-kesini dlm rumah sendiri. Ni hanto sepiring kek lapis pisang tuk Fiza sekeluarga. Sedap ni moist je....hehe

Fiza Nordin said...

along roz,
terima kasih wish & sudi bwk kek lapis pisang utk kami :D
eh eh mcm ada kimia pulak kite ye...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
whatsapp: 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)