Followers

Friday, July 29, 2011

Kerabu Mangga


As salam di pagi Jumaat yang dingin. Hujan rahmat di pagi Jumaat, penghulu segala hari. Moga membawa berkat yang berpanjangan hendaknya...

Hari ni en hubby hantar anak2 ke sekolah menaiki kereta. Kenalah keluar awal sikit dari biasa. Selalu tu naik motor saja untuk mengelak dari kesesakkan. Dan.... menjimatkan belanja, hehehee...

Buat kerabu mangga ni kelmarin. Selalu bz sangat sampai tak sempat nak update blog. Jenguk pun sekejap je, pagi semalam. Lepas tu terus offline...

Resipi ambil dari blog Kak Nor Secubit Garam. Alhamdulillah kena dengan selera kami. Tapi taklah ikut bulat2 resipi tu, ikut mana2 stok yang ada saja... minta izin Kak Nor diletakkan resipinya di sini ye kak... terima kasih!

Bahan:
5 bj buah mangga muda
sedikit kapur makan
3 bj bawang merah ~ dihiris halus
3 - 5 bj cili padi hijau dan merah ~ dihiris halus
2 - 3 helai daun limau purut ~ dihiris halus
1 sudu besar gula
1 sudu besar sos ikan (aku gantikan dgn sos tiram dan dibancuh dgn sedikit air panas)

Sagat halus mangga yg dah dibuang kulit dan rendam dalam sedikit air kapur utk merangupkannya.
Bilas bersih dan toskan.
Masukkan kedalam sebuah mangkuk dan masukkan kesemua bahan2 lain.
Gaul hingga sebati dan biarkan sebentar supaya semua bahan2 mesra.
Boleh lah dihidangkan.

Sedap... memang kena dengan selera kami. Dah habis nasi dalam pinggan, en hubby ratah aje menghabiskan sisa bakinya. Kalau simpan2 nnt takut jadi rezeki 'cik tong' pulak... lebih baik masuk perut, ye tak...???

Selamat mencuba :D


14 comments:

Diana @ Melley Mey said...

Assalamualaikum fiza..
wah nie fav dar kecik smpi skg nie... kerabu mangga mmg sedap... mmg licin kalu buat.. hehehe

izahdaut said...

wooo pagi2 nampak kerabu terus melelh ni... cam ner ni.. hehe

quinnie said...

sedapnya kakfiza kerabu...halus je potongannya....dah terasa2 je walaupun tengok gambar...hehhe

Fiza Nordin said...

diana,
yok makan!

Fiza Nordin said...

izah,
camne lagi??? kenalah buat hihhiii

Fiza Nordin said...

quinnie,
potong guna pisau tu...huhuhuuu penyagat mana tah hilangnye masa pindah randah aritu.... :D

ibundo said...

assalamualaikum fiza,
pagi2 lagi nak kecur liur ni..

Ayu said...

Assalam fiza, sedap ni kerbau mangga kalau dapat yang rangup tu laggiiilah sedap kan..kecur akak tengok..

Fiza Nordin said...

ibundo,
waalaikumsalam... :D

Fiza Nordin said...

k ayu,
w'slm...yep betul sangat :D

ijayuji said...

Salam Kak fiza! aaaahhhh! terliur sudah tgk kerabu mangga akak niii haish! mmg sedap ler kan masam pedassss eeeeee..... sedapnyer!!!

Juwita Jamaludin said...

salam kak.. bab kerabu memang tak tolak sedap sungguh ita suka sangat kerabu

Fiza Nordin said...

ijah,
resipi k nor ni mmg besh!!!

Fiza Nordin said...

ita,
jom makan! hehee

Perkahwinan Kami Bersama 3 Cahayamata

Daisypath Next Aniversary PicDaisypath Next Aniversary Ticker

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
email : sofie2_za@yahoo.com & call 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)