Followers

Sunday, July 31, 2011

Selamat Menyambut Kedatangan Ramadhan...

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Selamat Datang


RAMADHAN AL-MUBARAK

Selamat Berpuasa Kepada Semua Umat Islam...

Moga Amalan Kite Diterima OlehNYA,
Amin

Friday, July 29, 2011

Kerabu Mangga


As salam di pagi Jumaat yang dingin. Hujan rahmat di pagi Jumaat, penghulu segala hari. Moga membawa berkat yang berpanjangan hendaknya...

Hari ni en hubby hantar anak2 ke sekolah menaiki kereta. Kenalah keluar awal sikit dari biasa. Selalu tu naik motor saja untuk mengelak dari kesesakkan. Dan.... menjimatkan belanja, hehehee...

Buat kerabu mangga ni kelmarin. Selalu bz sangat sampai tak sempat nak update blog. Jenguk pun sekejap je, pagi semalam. Lepas tu terus offline...

Resipi ambil dari blog Kak Nor Secubit Garam. Alhamdulillah kena dengan selera kami. Tapi taklah ikut bulat2 resipi tu, ikut mana2 stok yang ada saja... minta izin Kak Nor diletakkan resipinya di sini ye kak... terima kasih!

Bahan:
5 bj buah mangga muda
sedikit kapur makan
3 bj bawang merah ~ dihiris halus
3 - 5 bj cili padi hijau dan merah ~ dihiris halus
2 - 3 helai daun limau purut ~ dihiris halus
1 sudu besar gula
1 sudu besar sos ikan (aku gantikan dgn sos tiram dan dibancuh dgn sedikit air panas)

Sagat halus mangga yg dah dibuang kulit dan rendam dalam sedikit air kapur utk merangupkannya.
Bilas bersih dan toskan.
Masukkan kedalam sebuah mangkuk dan masukkan kesemua bahan2 lain.
Gaul hingga sebati dan biarkan sebentar supaya semua bahan2 mesra.
Boleh lah dihidangkan.

Sedap... memang kena dengan selera kami. Dah habis nasi dalam pinggan, en hubby ratah aje menghabiskan sisa bakinya. Kalau simpan2 nnt takut jadi rezeki 'cik tong' pulak... lebih baik masuk perut, ye tak...???

Selamat mencuba :D


Wednesday, July 27, 2011

Rumah Puchong


16hb Julai kelmarin, penyewa (Diana) rumah kami di Puchong tu keluar. Awal bulan Julai haritu dia dah bagitahu dah... aku pun cepat2lah masukkan iklan kat Mudah.com. Alhamdulillah, ramailah yang call dan bertanya itu dan ini. Dan saat n3 ini keluar pun, sebenarnya aku dah penyewa baru. N3 ini sekadar berkongsi info di samping alert untuk diri sendiri akan progress rumah kami tu...


Hakikatnya aku sayang nak lepaskan penyewa sebelum ni - Diana. Walaupun kami taklah mesra, tapi aku amat puas hati dengan sikapnya. Selama dia duduk menyewa di rumah kami tu, cuma sekali dia lewat bayar. Itu pun taklah lewat sangat... sehari dua je dari tarikh selalu2 dia b/in. Selalunya belum awal bulan lagi dia b/in sewa.

Lagi satu, setelah Diana sewa rumah kami tu, kami tak pernah pergi jenguk2 rumah tu. Kita takut juga mengganggu privacy orang. Sebab aku letakkan diri dia di tempat aku. Aku sendiri pun, tak sukalah tuan rumah asyik dok mengulang rumah dia... macam kite nak buat tak elok pulak kat rumah dia. Kalau tak percaya, jangan kasi sewa kat oranglah, kan.... Itu pendapat aku, lain orang lain pendapatlah ye... terpulang.


Then, bila Diana dah kosongkan rumah, aku pun dah deal dengan bakal penyewa baru, kami (aku & en hubby) pergilah tengok rumah kami tu b4 jumpa bakal penyewa. Agak terkejut juga. Banyak juga perubahan kat rumah kami tu. Perubahan yang elok, bukan tak elok. Aku dan en hubby rasa terharu sikitlah tengok perubahan2 tu.


Sebelum ni takde lampu kat balcony, Diana tambah. Sebelum ni takde air pancut kat bilik air, Diana tambah. Then Diana tambah 3 plug kat tepi sinki dan tambah lampu kat ruang makan. Ada yang dia alihkan plug dan tutup plug lama.

Pada aku dan en hubby, Diana buat rumah sewa tu macam rumah sendiri. Which is aku dan en hubby rasa, memang sayang betul kehilangan penyewa yang bertanggungjawab dan prihatin macam tu... :(


Sabtu kelmarin, kami bertemu dengan bakal penyewa rumah kami tu. Dah deal pun... deposit dah bayar, alhamdulillah. Kami pun dah serahkan kunci. Tak kisahlah dia nak masuk awal pun. Kami lepaskan sebab fikir2kan awal bulan August nnt kite umat Islam akan mula berpuasa. Susah pulak nnt dia nak pindah randah dalam bulan puasa.


Harap2 penyewa baru ni pun akan berlebih kurang macam penyewa sebelumnya. Tak banyak kisah, tak banyak karenah. Harap2lah.....

Kek Chiffon Cheese

Salam pagi Rabu...

Buat lama dah ni... masa p PD kelmarin. Alhamdulillah masing2 yang makan kata sedap. Senang hati, kembang semangkuk! Eheehee...

Jom tengok resipi. Terima kasih kepada mek Hana atas resipi kek chiffonnya. Sonang dan tak begitu banyak bahan digunakan. Yang penting, menjadik!

Aku pun ada buat jual kek ni... saiz 10inci - RM60. Kalau malas nak buat, bolehlah order dari aku ye.... hehehee promote sekali plak....


Resepi Kek Chiffon

Bahan2
(A)
*1 3/4 cawan tepung naik sendiri
*1/8 sudu kecil garam
6 biji kuning telur - gred A
1/2 cawan gula halus
1 biji oren - parut kulit (aku guna emulco)
3/4 cawan jus oren
1/4 cawan minyak jagung/sayur

(B)
6 biji putih telur
3/4 cawan gula halus
1 sudu kecil cream of tartar

Cara2
1) Panaskan oven 175c. Dalam 1 bekas, pukul kuning telur dan gula hingga larut. Masuk semua bahan A dan kacau sebati. Ketepikan.
2) Dalam bekas lain - bersih dan kering. Putarputih telur hingga berbuih, Masuk gula dan cream of tartar. Terus putar dengan kelajuan tinggi hingga kental (merigue - terbalikkan bekas, adunan tak jatuh)
3) Ambil 1/2 bahagian putih telur dan gaul no. 1 hingga rata. Masuk baki putih telur dan gaul sebati.
4) Tuang dalam tin chiffon saiz 10inci (aku guna loyang bulat biasa saiz 10inci)
(JANGAN LENGSER TIN DENGAN MAJERIN ATAU MINYAK. JUGA TAK PERLU LAPIK KERTAS)
5) Bakar 1 jam atau sehingga kek masak.
6) Terlangkupkan kek sebaik keluar dari oven dan biarkan betul2 sejuk (1-2jam). Baru disisip tepi kek dengan pisau untuk dikeluarkan.

Tuesday, July 26, 2011

Kacang Kuda Bersira Pedas




Tadek mood nak merapulah hari ni.... ngantuks la pulaknye.... adeh!!! nape tah... :(
Layan ajelah resipi kacang kuda bersira pedas ni ye.... wat kudap2 sambil sembang2, ngadap tv... amatlah sesuai...

Resipi dari Kak Rusnah kat FP. Resipi lame dah.... google punye google, pak cik google campak aku kat site Kak Rusnah. Ha, oklah tu, salam kenalan kak :D.... layan!!!



Bahan2 200 gm kacang kuda direndam semalaman
2 tangkai daun kari
sedikit minyak masak
Bahan utk dikisar:
10 tangkai cili kering digunting dan direbus
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
sedikit cuka/asam jawa/air asam limau
garam,gula dan serbuk perasa
Tak lupa kak rus masukkan sikit sos ikan (aku tak letak)

Cara2
1.Rebus kacang ,masukkan sedikit garam (sampai empuk)
2.Tumis bahan yang dikisar sampai naik minyak kemudian masukkan
bahan-bahan lain.
3.Masukkan kacang dan daun kari.
4.Sedia utk dihidang....

Apple Pie


Salam pagi Selasa semua :D

Sessi menghabiskan pastry.... ada lagi dalam peti tu tapi dah siap2 lilit dengan sosej. Nanti2 keluarkan, freezing dan terus masuk oven je.... gitulah kekdahnye orang malas macam mak cik ni ehehehee...

Apple pie ni pun aku buat weekend aritu. Siap2 masukkan inti dan masukkan dalam peti ais. Barulah pagi ni membakarnya untuk breakfast. Alhamdulillah....

Resipi kepada yang nak tau.... yg tak nak tau, boleh layan gambar aje ek....

Bahan2
Utama
3 keping pastry jenama KAWAN

Inti

1 biji epal hijau
3 sudu besar gula
1/2 sudu kecil cinnamon
1 biji telur (kuning saja)

Cara2 (Inti)
Kupas kulit epal dan potong dadu.
Panaskan kuali, masukkan epal. Masukkan gula dan goreng hingga gula bertukar warna coklat (hangus).
Masukkan cinnamon dan goreng seketika.
Biarkan sejuk sebelum digunakan.

Letak inti di tengah2 pastry.
Lipat dua dan rapatkan sekeliling pastry dengan garfu.
Kelar2 permukaan pastry dan sapu kuning telur di permukaan pastry.
Panaskan oven 200c. Bila oven dan betul2 panas, baru masukkan pastry.
Bakar 30 - 45minit atau sehingga bertukar coklat.



Selamat mencuba :D

Monday, July 25, 2011

Asam Rebus Tempoyak dengan Rebung


Lame betul tak masak gulai asam tempoyak ni... kalau ikut aku, suka kuahnya yang pekat & pedas. Tapi tak boleh masak ikut tekak sendiri aja.... tekak en suami kena ambil tahu jugak.... dia kureng sikit tang pekat2 tu. Tang pedas2 hokey! Jadinya kenalah buat cair2 sikit. Yang sedang2 saja.... yang boleh diterima oleh dia dan aku huhuhuuuu....

Lagi satu umah aku, ikan lain jarang2 masuk melainkan ikan kembung dan ikan pelaling. Ikan selar pun kureng mendapat sambutan walaupun rupanya hampir spesis dengan ikan kembung dan pelaling tu.... Kalau beli ikan tenggiri lagilah... en hubby makan macam takut2 je.... eiiii sakit jiwa tengok ikan tak habis walaupun hanya masak 2 potong je....

Jadi, adalah lebih baik kite beli ikan yang mendapat sambutan menggalakkan ye, puan2.... belilah ikan kembung aka ikan pelaling yang kecik2 dan halus2 tu. Dah itu yang sesuai dengan tekak deme, awok ikutkan ajelah....

Resipi, tadak.... aku tak reti nak sukat2. Masak2 gulai2 camni aku selalu main campak2 aje. Ikut rasa dan naluri, cewahhhhh! Aku percaya ramai jugak yang macam tu, kan.... Masak camni pun nak bersukat, haiyakkkk.... wa tatak biasa wooooo!!!!


My Baby.... Congrats!!!


Cerita pasal anak daraku nan saurang!!!

Alhamdulillah, terima kasih Allah....

Khamis minggu lalu, masa di sukan tahunan, Baby memang johan wakil kelasnya dalam acara isi air dalam botol. Good! Balik, dengan bangganya tunjukkan medal yang dimenangi pada abang dan adiknya hehehee

dah pandai posing anak dara aku ni...

Sebelumnya, Baby wakil kelasnya juga menulis & membaca karangan pendek sempena Minggu Pusat Sumber Sekolah. Baby dapat tempat ketiga. Dapat piala dan sijil penyertaan. Tapi sebenarnya karangan tu, cikgu dia yang tulis. Tugas Baby adalah bacakan saja. Tapi aku suruh dia hafal karangan tu. Alhamdulillah, dia memang dapat hafalnya dan baca di pentas.

semua nak enterfram sekali, ha gigit!

Minggu sebelum2nya lagi, mewakili kelas juga. Dapat tempat kedua dalam pelajaran matematik bersempena Minggu Matematik & Sains. Juga dapat piala dan sijil penyertaan.

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah!
Terima kasih Allah swt atas kurniaanMu...


*sekadar berkongsi cerita dan titipan kenangan*

Kek Tiramisu


Salam pagi Isnin minggu ni.... ada yang blues monday tak??? eheheee.... sabo2 ajelah yep.

Pagi ni breakfast cicah biskut kering dengan air milo je... tak ada yang istimewa pun. Jadinya aku nak kongsikan kejadian tiramisu buat pertama kalinya di dapur aku. Alhamdulillah, sedap aje di tekak aku. Suke!!!! Suke dengan gandingan lemak2 masam dari krim cheese dan pahit2 dari nescafe tu...

Kejadian ni actually bukan baru. Dah lama beno... aku aje yang terlupa nak enterframe kat sini. Mungkin sebab tangkap gambarnya pun jenis tangkap muat je, asal snap aje.... wallah! Tapi tak mengapalah ye... aku kongsikan resipinya kat sini.

Resipi cedok dari Kak Hanieliza. Terima kasih kak... izinkan saya kongsikan resipinya di sini ye....

Bahan2
1 biji kek span
250g krim keju
150ml yoqurt asli
1/2 cawan gula aising
serbuk nescafe - secukupnya

Cara2
Kek span dibelah 2 bahagian.
Pukul krim keju dan gula hingga kembang dan gebu. Masukkan yogurt, putar lagi.
Sapu adunan krim di tengah kek. Ayak serbuk nescafe di permukaan adunan krim cheese.
Lapiskan dengan kek. Sapu adunan krim cheese di seluruh kek. Ayak nescafe lagi.
Sejukkan beberapa jam sebelum dihidang.

Friday, July 22, 2011

Cornflakes Choc


Buat untuk kudap2.... syiok! Anak2 pun suke...

Dah ingat nak buat ni untuk raya nanti. Sure jadi pilihan utama budak2 selain duit raya! eheheee And for sure, inilah kuih yang habis dulu. Kalau tak tetamu yang menghabiskan, anak sendiri yang punya kerja. Tapi takpe... memang buat untuk makan pun, kan....?


Bukan untuk dijadikan tatapan. Sangat mudah nak sediakan. Sambil masak2 aje, pun boleh digodek2. Bahan2 pun tak banyak. Bahan utama hanya coklat bar dan cornflake. Selebihnya ikut sukalah nak tambah apa. Boleh aje nak tambah kekacang ke, kismis mahupun dry blueberi. Terpulang ikut tekak dan stok yang ada.


Bahan2
Coklat bar (aku milk coklat Beryls)
Cornflakes

Kekacang atau kismis
Taburan manik warna-warni


cawan kertas saiz kecil


Cara2

Double boil coklat bar hingga cair.

Masukkan cornflakes dan gaul sebati.
Sudukan ke dalam cawan kertas.
Biarkan coklat mengeras atau boleh masukkan dalam peti sejuk.
Sedia untuk di hidang.


Tuna Roll


Resipi cedok dari rumah Kak Yani. Thanks kak... Izinkan saya kopipes resipi ni di sini ye....


Senang dan mudah nak sediakan. Kelmarin masa pergi beli barang dapur, teringat nak cari pastry yang bersaiz besar seperti kata Kak Yani. Alhamdulillah, jumpa. Seronok rasa nak lompat ala2 kanak2 ribena kahkahkah Ada 5 keping 1 paket tu. 1 keping dah buat tuna roll ni... lagi 4 keping belum dapat dipastikan. Tolong suggestkan kawan2, akak2 & mak cik2.... terima kasih in advance!

Pastry ni ada 2 jenis. Aku ambil yang plain. Lagi satu wholemeal (klu x silap). Berapa harganya, tak ingat pulak hehehee tapi yang pastinya ianya juga jenama KAWAN. Rasanya brand KAWAN ni lebih murah harga pastrynya berbanding yang brand lain2 tu.

Seperti kata Kak Yani, ada beza antara pastry ni dengan pastry yang kecil2 4 segi tu. Ianya lebih nipis. Lebih kurang macam paratha segera tu. Tapi lebih kurang saja, bukan sama ye... nak tau lebih lanjut, silelah cari dan beli ye...


Bahan-bahan:
  • 2 keping all purpose pastry
  • 4 keping slice cheese
  • 1/2 tin tuna
  • sos cili secukupnya
  • mayonis secukupnya
  • segenggam sayur campur
  • 4 keping slice cheese
Cara-cara:-
  1. Sapukan tuna ke atas pastry. Taburkan sayur campur. Carik-carikkan slice cheese dan tabur ke atasnya. Letakkan pula mayonis dan sos cili. Kemudian gulong.
  2. Sapukan permukaan roll dengan telur.
  3. Bakar dgn suhu 200 degree selama 20 minit atau sehingga perang

Thursday, July 21, 2011

Puding Jelly Oren


Orang buat, aku pun nak buat jugak, kan... tambah2 biler orang kate sedap... lagilah berkobar2 semangat ni! ehehehee... Alhamdulillah memang sedap kat tekak aku. Tak ralat mencuba.

Terima kasih banyak2 pada cik adik cantik molek, Juwita yang nun jauh kat Jepun tu... juga pada Kak Nor yang menginspirasi. Tak pula pada Kak Sheila, Kak Yani & Kak Rose yang membakar semangat membara. Semalam 3 orang sekali tayang puding ni (seingat aku...). Mane tak terbakar semangat aku, hahahaaa. Dan alhamdulillah, hari ini di sini pula - di 'rumah' sendiri.

Walaupun rupanya taklah secantik dan tak cun mcm akak2 punye sekalian, tapi oklah tu ek. Pada aku, buat puding ni, memerlukan tahap kesabaran yang tinggi. Kena ada masa yang cukup. Kalau dalam keadaan tergesa-gesa dan sedang dikejar waktu, jangan buat. Boleh highblood dok atas kapla kehkehkehhh


Okeh2, hentikan kalutan, jom layan resepi. Kopipes dari rumah Kak Sheila dan Kak Sheila ambil dr rumah Kak Nor. Thanks akak2 sekalian!

Lapisan Jernih
4 g serbuk agar-agar

500 ml air

5 sudu besar gula (mengikut kemanisan masing-masing)

sebiji oren diperah airnya( dalam 50 ml)

sedikit pewarna kuning


cara-cara
Masukkan air, gula dan serbuk agar-agar didalam periuk.
Setelah sebati masukan perahan oren yang telah ditapis dan pewarna kuning. ketepikan

Lapisan Puding

4 g serbuk agar-agar

200 ml air

300 ml susu

5 sudu besar gula ( mengikut kemanisan masing)

sebiji oren diperah airnya( dalam 50 ml)

sedikit pewarna kuning


Cara-cara

Masukkan air, gula dan serbuk agar-agar didalam periuk.
Setelah sebati masukan, susu, perahan oren yang telah ditapis dan pewarna kuning. Masak sebentar dan ketepikan cara-cara untuk melapis. sediakan bekas yang sesuai. masukkan lapisan puding dahulu biarkan sejuk hingga lapisan tersebut keras kemudian masukkan lapisan jernih buat kaedah yang sama sehingga habis. Boleh la disimpan didalam peti sejuk sehingga benar2 keras
Jika ingin dipotong sila kurangkan kandungan air bagi jelly ini kerana jelly ini agak lembik.

Tips dr K. Nor, terima kasih :D
** Cara yg K.Nor buat, letakkan gelas yg nak digunakan dlm loyang besar yg berisi air dan ketulan ais. Dgn cara ni, boleh mempercepatkan puding tu mengeras dan tak perlu masukkan dlm peti ais. Masa menuang layer seterusnya, guna belakang sudu kecil dan letakkan di dinding bahagian dalam gelas dan tuang slow2 supaya adunan tak terjerlus ke dalam adunan sebelumnya.
** Bila adunan puding yg belum dilayerkan (balance dlm periuk) nampak cam mengeras, panaskan sekejap tp jgn sampai terlalu panas. cukup sekadar nak mencairkan balik adunan supaya mudah dituang. (biasanya bila tinggal 2 layer terakhir adunan akan mula mengeras, boleh la dipanaskan sekejap ya)


Sotong Sumbat Blackpepper


Arghhh... baru balik ambik anak2 dari sekolah. Hari ini sejuk sikit, hujan renyai2. Alhamdulillah...

Kelmarin2 masa jalan2 ke rumah mamahawa, nampak sotong sumbat blackpepper. Adushhh terliur... Esoknya pergi beli stok ikan, terus beli sotong. Dalam kepala memang nak resipi mamahawa ni. Saya adalah penggemar sotong! Hihihiiii...

Bahan2:

10 ekor sotong sederhana besar- cuci bersih buang kulit, perut,hitam dan asing kan kepala sotong.
di rebus sebentar bersama sedikit halia & garam. Toskan
air rebusan sotong jgn di buang blh di ambik sedikit utk kuah.
secukup toothpick

Untuk Inti:
1 biji kentang sederhana besar- dihiris kasar2
1/2 btg carrot- dihiris kasar
1 biji telur digoreng spt buat scramble egg.

Utk sos blackpepper:
1/4 cwn sos lada hitam
2-3 sudu besar sos tiram
4-5 biji cendawan butang - dihiris
1 biji bawang besar - dicincang
1 biji bawang putih - dicincang
secukup garam, gula & serbuk lada hitam & lada putih

Cara2 utk inti:
Kentang & carrot yg telah di rebus empuk di leceh2 kasar.Ada ruper cam begedil jgk. Telur di buat macam scramble egg. Satukan semua bahan tambahkan sedikit garam & serbuk lada putih. Ketepi dan biarkan ia sejuk sebentar.

Sumbatkan inti kentang & carrot kedlm perut sotong sampai nampak kembung ...tolak2 kan inti sampai kehujung bucu sotong..ati2 sbb takut sotong yg dah di rebus kang terkoyak.. Apa bila sotong yg dah agak penuh sikit masukkan kepala sotong dan cucuk kan tooth pick ..cam kat gmbr atas.Buat sampai habis.

Utk sos:
Tumiskan bawang besar & bawang putih sehingga harum, masukkan sos tiram & sos blackpepper. Biarkan mendidih sedikit.. kalau inginkan berkuah blh masaukkan air rebus sotong tadi dan masukkan sotong kacau perlahan2 dan biarkan ia masak seketika..perasakan garam, gula & lada hitam. Sesuai kan rasa. Masak sebentar saja sbb sotong dah separuh masak tadi. Siap.

Thanks mama... i like!!!
Kite kopipes resipi yep...

Roti Dinasour


Salam pagi Khamis...

Breakfast yang ringkas dan mudah saja pagi ni... layan!
Hari tu, beberapa bulan yang lalu p jimba2 dengan BFF kat cafe Lemon (milik produser terkenal) David Teoh. Bff Ogy pesan roti dinasour ni.... mak aiiii, mahai sungguh (mahai la wat aku yg sengkek ni, kennnsss, ahaks!)....

Dah orang order tu aku tumpang le makan sepotong dua.... setelah beberapa ketika berlalu, terasa nak makan pulak. Tak koselah nak ngulang p ke Lemon. Boleh je buat sendiri. Bukan susah pun....

Bahan2
2 keping roti
3 sb susu pekat manis
3 sb milo

Cara2
Bakar roti hingga agak garing.
Sapukan rata permukaan roti dengan susu.
Kemudian sapukan permukaan susu dengan milo.

* Kat Lemon, deme gunakan roti yg tebal. That's why resipi ni guna 2 keping roti. So nampaklah tebal, lalalalalalalalalala

* gambo 1 je.... jimat kodak! lalalalalalalalaa

Wednesday, July 20, 2011

Talam Labu


Jom minum petang dengan talam labu resipi Kak Hanieliza :D
Sedap, lembut aje... nyap3 dah habis seketui. nyap3 lagi dah habis seketui lagi...

Actually aku ni bukan peminat tegar kuih2 talam. Setakat makan gitu2, bolehlah. Tapi aku suka melihat hasilnya. Lazimnya aku akan buat kalau ada sebarang acara. Juga tidak ketinggalan, kalau ada rajin ;P . Talam labu ni aku buat untuk bawa buah tangan ke kelas fardhu ain pukul 3 petang nanti, insya Allah... (n3 autopublish ni ye..)

Sekalian buat bekal anak2 bawa ke sekolah. Berbagi sikit sorang dengan kawan2 dan cikgu2nya yang sudi menjamah. Alhamdulillah dapat panjang2kan rasa. Moga Allah s.w.t. ikhlaskan hati dan mendapat keredhaanNYA, amin.

Jom tengok resipinya.



Lapisan Bawah

Bahan2
1 cwn labu - diparut (aku potong kiub & rebus)
1 cwn tepung beras
2 sb tepung kastad (aku gantikan dgn tepung jagung)
1/2 cwn gula (aku + 3 sb lagi)
3 cwn santan cair (aku guna 1 cwn santan pekat + 2 cwn air)
garam secukup rasa

Cara2
- Panaskan kukusan dan lenser loyang saiz 8 inc dengan minyak. Aku guna loyang saiz 10 x 10inc dan lapikkan dengan plastik.
- Masuk semua bahan kecuali labu. Kacau rata. Tapis.
- Masak adunan dengan api kecil hingga naik wap.
- Tuang dalam loyang dan kukus selama 30 minit.

Lapisan Atas

Bahan2
1 cwn tepung beras
3 cwn santan pekat - 1/2 biji kelapa (aku guna 1 cwn santan pekat + 2 cwn air)
garam secukup rasa

Cara2
- Gaul semua bahan dan tapis.
- Masak sekejap adunan atas api perlahan hingga naik wap. Sentiasa kacau supaya adunan tidak berketul.
- Sebelum tuang adunan atas, permukaan adunan bawah dicakar menggunakan garfu terlebih dahulu. Barulah tuang adunan atas.
- Kukus 25 minit.
- Sejukkan betul2 sebelum dipotong.


* kak Lieza menggunakan pewarna hijau untuk adunan atas. Aku biarkan warna putih saja... boleh tengok yang Kak Lieza buat kat SINI.

Alhamdulillah, puas hati dengan hasilnya. Terima kasih kepada Kak Lieza yang sudi berkongsi resipi.

View @ Port Dickson

Wan - anak Cikgu Noriah

Masa short holiday ke Port Dickson kelmarin, adalah aku snap sane sini sinun.... yang paling aku tunggu adalah ketika sunset aka matahari terbenam. Bukan selalu dapat peluang camni. Yelahkan, aku ni bukan berumah di tepi pantai. Hikhik...

Tapi macam biasalah... hasilnya taklah sehebat mana. Maklum saja hasil tembakan dari seorang yang masih baru. Nak digelar amatur pun rasanya belum layak.


Marilah, tengok2... bukan kena bayar pun, hanya luangkan sedikit masa :D



Aku sangat2 tak puas hati dengan hasil 'tembakan' ombak ni... banyak sebenarnya aku snap, tapi kalau upload kat sini pun rasa macam tak syiok. Sebab hasilnya, sangat2 tidak memuaskan hati aku. Kena cari setting yang betul... mane nak cari, ntah.... :(


Seperti yang dinyatakan di atas, aku paling tunggu ketika sunset. Jadi banyaklah gambar sunset dirakam. Tapi pun macam biasalah, hasilnya biasa2 saja.... alhamdulillah!



pulang senja...





Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
whatsapp: 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)