Followers

Tuesday, August 04, 2009

Udang Goreng Tomyam


Tak ingatlah lauk ni buat bile tah... lupe dah harinya. Tapi yang pasti minggu lepas le... heheee...

Memula sekali tgk kat rumah Kak Nor Ganu. Lepas kian lama nampak lak kat rumah Ida. Tapi Ida buat guna sotong. Aku jek memandai tukar2 guna udang. Tak pe... yang penting sodap! Walaupun aku tak letak sayur melainkan karot semate. Stok tadak... nak buat camno...?

Jom layan resipi. Ida, minta izin kopipes yekkk...

Bahan2:
300gm sotong yg dah dibersihkan
3 ulas bawang putih ~ diketuk
3 btg serai ~ diketuk
3 hiris lengkuas
1 sudu besar paste tomyam
2 helai daun limau purut ~ dicarik2kan
sayuran spt: carrot, putik jagung, tomato
1 labu bawang besar ` dipotong bulat
3 - 5 bj cili api (jika nak lebih pedas)
garam dan gula
sedikit airminyak

Cara2:
1. Panaskan minyak dlm kuali dan tumis bawang putih dan serai hingga wangi.
2. Masukkan sotong dan kacau sekejap.
3. Masukkan lengkuas dan tomyam paste. Kacau hingga sebati.
4. Kemudian masukan garam dan sedikit gula. Kacau lg dan tutup kuali.
5. Biarkan sekejap, baru la dimasukkan sayur2. Boleh juga kalau nak guna kacang panjang dan bunga kobis. Terpulang pd citarasa masing2.
6. Masukkan sedikit air, supaya lauk tidak terlalu kering.
7. Last sekali masukkan bawang, cili api dan tomato. Kacau2 kejap, tutup api dan boleh la dihidangkan dgn nasi panas..

7 comments:

cikmanggis said...

sedapnya udang ni fiza..tp cm tak bleh makan udang buat sementara ni..doktor dah larang..huhu..kolestrol ni jahat!!

ai said...

boleh lak digoreng itu tomyam ye...

Fiza Nordin said...

cik manggis,
alahai ye ke...xpe...control dulu.nnt dah ok leh la makan yek :D kesihatan kite utamakan...

ai besan,
kite yg buat dia... ye tak...?

kak ina kl said...

salam fiza..leh try ni..

alhamdulliah bertambah kencang bisnes kamu..semuga bisnes kamu bertambah maju..

Fiza Nordin said...

k ina kl,
wsalam kak...alhamdulillah.hrp2 gitulah yek...

MAK TEH said...

hai disana.lama tak jumpa.

Fiza Nordin said...

mak teh,
lame tak dengar kabo...ke mana menghilang?

Perkahwinan Kami Bersama 3 Cahayamata

Daisypath Next Aniversary PicDaisypath Next Aniversary Ticker

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
email : sofie2_za@yahoo.com & call 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)