Followers

Thursday, August 13, 2009

Lasagna


Salam...

Macam mana sebenarnya sebutan makanan ni? L.A.S.A.G.N.I. atau L.A.Z.A.N.I.A. atau.....? Habaq sat sape2 yang tau...

Pernah sekali aku pergi SR dan aku teringin nak makan makanan ni. Di sebabkan tak reti nak sebut, aku pakat tunjuk gambo makanan ni je kat budak yang amik order tu. Pehtu aku dengo budak tu sebut LAZANIA. Bile aku tgk budak tu ramah semacam, maka dengan muke tebalnyalah aku tanye, "dik, camne sebut name makanan ni tadi?" Tapi budak tu tak jawab sebaliknya dia tersengih dan berlalu. Aku tak tahu same ade sengihannya tu sbb mungkin dia sedar yg dia salah sebut atau dia sendiri tak pasti dengan sebutan dia atau dia sengih tu sebab dia ejek aku. Wakaka!!!

Ada rajin sikit nak taip resipi. Jom tengok...

Bahan2

250g daging kisar
2 keping kepingan lasagna
3 sb cili kering kisar
4 sb tomato puree
*1 labu bawang besar
*2 ulas bawang putih
*1/2 biji lada benggala
*1/2 biji tomato
8 biji buah zaitun (kalau ada atau gantikan dengan cendawan butang)
- dihiris
Garam
Mozarella Cheese
Sedikit daun thyme kering
2 sb minyak zaiton (minyak jagung/ kelapa pun ok)

* dipotong dadu dan kecil2

Bahan2 Sos Putih
1 sb marjerin
2 sb tepung gandum
1/2 cwn susu segar
1/2 cwn air
Garam

Cara-cara
1) Rebus kepingan lasagna. Dalam air tu letak 1 sb minyak & garam.
2) Dalam kuali, panaskan minyak dan goreng bawang besar & bawang putih sampai layu.
3) Masukkan cili kisar. Goreng seketika.
4) Masukkan daging. Gaulkan dan biarkan sehingga air daging menyejat sedikit.
5) Masukkan bahan2 potongan dadu. Gaul sebati hingga agak layu.
6) Tuang tomato puree dan perasakan dengan garam. Biarkan hingga agak kering dan tutup api.

Cara-cara Untuk Sos Putih
1) Panaskan kuali. Letak marjerin. Biarkan cair tapi jgn sampai perang. Masukkan tepung dan gaulkan sebati. Tuang susu dan air. Kacau hingga sebati. Perasakan dengan garam. Bila dah agak2 pekat tutup api.

Cara-Cara Melapis
- Dalam bekas tahan panas, ratakan bahan2 daging. Lapiskan dengan kepingan lasagna dan ratakan dengan sos putih. Ulang langkah ini sehingga adunan habis.

Sebelum dibakar...

So, inilah makan malam kami semalam. Cicah dengan roti patta yang masih ada sebuku packing beso punye. Haritu beli 3 buku - 1 buku pek beso, 2 buku pek kecil. Tengok due date sampai hari Ahad ni. Tu yang berani amik sampai 3 buku.

Kat bawah nilah roti patta tu... bagi sesape yang terfikir macam manelah rupe roti patta...

7 comments:

kasihatie said...

kak fiza...lasagna tue cam ner yer bentuknyer....macam roti ker??heheh....

Nana said...

bole try ni

el said...

kak..kak dtg kan besday anak ila paiz ngan aiza ahd ni
harus bw sesuatu dr air tgn kak fiza
nak rasa...uppss aku pun dtg tauuu

blogresipi said...

Kalo order, panggil cemane pon takpe kak asal sampai yg betul.. heheh

eddie dewanaga said...

Lasagna ni memang kita sebut La-za-nia, bahasa itali dan ancient rome ada persamaan sebutan dgn latin espanola (Spain)

contoh macam pizza, sebutannya adalah Pit-za, tapi kita redah 'piza' je... dan nama keju, mozzarella, mot-za-rel-la.

dan sebutan Espanol itu sendiri adalah Es-pa-ni-ol.


huh.. mcm kelas bahasa la pulak...

lillies said...

salam kak...
wah...sedapnye..nanti nak try jugakla....tapi katne nak carik kepingan lasagna tu??pastu kan, sos putih tu macam yg creamy carbonara tu ke kak??

三杯雞Sam said...

徵信社,尋人,偵探,偵探社,徵才,私家偵探,徵信,徵信社,徵信公司,抓猴,出軌,背叛,婚姻,劈腿,感情,第三者,婚外情,一夜情,小老婆,外遇,商標,市場調查,公平交易法,抓姦,債務,債務協商,應收帳款,詐欺,離婚,監護權,法律諮詢,法律常識,離婚諮詢,找人,追蹤器,GPS,徵信,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信社

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
whatsapp: 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)