Followers

Friday, August 07, 2009

Ikan Cencaru Sumbat Sambal Kelapa


Salam...

Okey, ini lauk semalam. Semalam tak sempat nak upload sebab bateri kamera kong la pulak. Bila dah malam sangat, mata pulak mengantuk walunpun selalunya aku ni jenis tidur lambat. Tapi semalam masuk bilik cepat pulak. Heheheee...

Secara jujurnya, inilah kali pertama aku buat jenis masakan macam ni. Sebelum ni kalau teringin nak makan, p kedai je cari dan terus makan kat kedailah. Kwang3x! Atau pun dedolu mase arwah mak belum sakit, arwah mak yang buat. Alhamdulillah, walau tidak sesedap di kedai apatah lagi dari air tangan arwah mak, cencaru Sumbat Sambal Kelapa ni memenuhi selera aku dan suami dan menjadi menu kami makan malam semalam.

Ikan ni aku bakar dalam oven je.

Resepi Untuk Sambal Kelapa

1/2 biji kelapa parut
3 ulas bawang kecil
2 biji cili merah
sedikit udang kering
2 btg serai - dihiris
1 1/2 cm kunyit hidup
1 helai daun kunyit - dihiris halus
Garam secukupnya

Semua bahan ditumbuk hingga sebati. Perasakan dengan garam.
Ikan cencaru yang dah disiang dan dibelah belakang disumbatkan dengan sambal kelapa ni. Letak dalam loyang yg dilapik dgn aluminium foil dan bakar 40 minit dgn suhu 170 c.

Agaknye boleh kot gunakan blender kering tu tp aku lebih suka guna lesung batu walaupun aku ni duduk umah flat. Ingat yek... sape2 yg tinggal umah lapis2 ni, klu nak pakai lesung batu, lapiklah bawah lesung tu dengan kain agar tidak mengganggu ketenteraman orang bawah. Kesianlah kat jiran... :D

4 comments:

ummu_hanis said...

kak ummu paling suka sambal kelapa. tunggu la bebudak sehat sok. ade cencaru dlm peti ais tu. tak brani masak sebab anak anak tak sehat.

Ibu Mifzal Arsyad said...

wah sedapnya

Fiza Nordin said...

k ummu,
sy ni suker tp hb tak bape suker.tp smalam cume ade lauk tu je,hb makan le juga.buat 2 ekor, licin!hehehee

ibu mifzal arsyad,
sedappppp....betul....hahaha sapelah nak puji kalau bukan diri sendiri jugak,kan...? :D

el said...

mak den kan kak..sllu buat ikan seksi kelapa ni kalo time pose..dia jual kat pasar romadan...yg tu paling tip top..hehehe

kat sini..mil sllu buat yg sumbat cili jo...tu pun sodap gak

Perkahwinan Kami Bersama 3 Cahayamata

Daisypath Next Aniversary PicDaisypath Next Aniversary Ticker

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
email : sofie2_za@yahoo.com & call 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)