Followers

Sunday, August 02, 2009

Kek "TQ Cikgu!"


Salam di petang Ahad...

Apa khabar? Tak ke mana2 ke hujung2 minggu ni? Aku... emp, entahlah. Sebab n3 ni aku buat 'auto publish'. Ketika aku taip n3 ni jam menunjukkan pukul 12.31tghari, hari Sabtu bertarikh 1/8/2009. Ketika ini aku baru balik dari menziarah kubur arwah emak.

Alkisahnya tadi masa pergi menziarah kubur arwah mak, aku ternampaklah ada satu kubur yang nampaknya masih baru dan tercacak2 bunga harum sundal malam. Sebelum ni aku memang tak kenallah bunga ni. Bila tengok cerite 'SEPET' barulah aku kenal bunga tu dan tahu ada bunga yang namenye begitu. Ataukah aku tersilap, tolong betulkan yek kawan2...
Masa tu aku dah nak berjalan ke kereta bersama hb. Dah selesai baca yassin dan taburkan daun pandang dan bunga2an di pusara arwah emak.

Then aku cakap kat hb, "tgk kubur tu... banyaknye pokok bunga harum sundal malam..."Hb pun pandang jek. Lazimnya kubur2an di situ dipancangkan dengan kayu (kene bayar kat penjaga/pekerja pusara utk buat pancang tu - RM150/=) keliling pusara dan di kayu itu akan dituliskan nama si mati bersama dengan nombor tapak pusara serta tarikh kelahirannya. Ada juga yang tuliskan tarikh lahirnya sekali.

Ohohoooo... tahukah name siapa yang aku lihat pada kayu pancang pusara tu? Nama YASMIN BINTI AHMAD yang telah kembali ke rahmatullah pada 25/07/2009 yg lalu. Kerana amat teruja, kami tak jadi ke kereta tetapi terus mendekati pusara allahyarhamah. Kami duduk seketika dan sedekahkan Al-Fatihah dan berdoa semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang2 yang soleh dan disayangi olehNYA. Insya Allah, amin....

Okey, berkenaan dengan gambar kek di atas. Actually kek ni mengiringi cc ball yg cumey dan cute hari tu. Ingat lagi tak? Kalau sesiapa belum tgk, bolehlah scroll ke bawah dan tenang2 sekejap yek... :D

Cc Ball tu untuk pelajar2 sekelas dengan Boy sementara kek ni aku buat untuk guru2. Bukan hanya guru yang mengajar kelas 2 Biru (kelas Boy) tetapi untuk semua gurulah. Untuk keknya masih menggunakan adunan muffin Choc Chip dari Kak Ummi dan Kak Jun. Buat sementara ini, adunan muffin ini memang menepati hati aku. Kalau lepas ni ade resepi lain, kite cube yang itu pulaklah yek...

Krim putih tu dari fresh krim. Dan yang hijau tu filling perisa kiwi. Beli kat Bagus dah agak lame gak. Tersimpan jek dalam peti es. Ni pun pakai sikit jek, simpan balik dalam peti bhgn chiller tu ha... xpe, tempoh tamat guna masih jauh di hadapan. Dok diam2 dalam tu yek... heheeee

7 comments:

miemiey said...

akak,bagus laa akak ni selalu je ada resepi nk dcuba..bahagialah somi akak kans....untung dpt wife pandai masak..

Anonymous said...

Memang cantik kek tue... nape lah tgn kite tak mcm tgn akak nie... kalo buat kek tak reti benor nak deco2 cantik cenggini...

hana said...

weihh pija! BINTI la...

Azita Zain said...

ye la hana! YASMIN BINTI AHMAD la...bukannya BIN...! tak baik tau!

Fiza Nordin said...

miemiey,
xle pandai mane...

ijan,
deko biase2 aje tu...

hana,
aduilaaaa typing error.ok dah betuikan.thanks hana... :D

k ita,
saya bukannya sengaja taip gitu.tak sengaja dan tak perasan. ingat sy ni saje main2 ke nak tulis name orang cam tu??? lagi2 pulak orang yang dah tiada...sy tahu tak baik tp SAYA TAK SENGAJA DAN TAK PERASAN!

Anonymous said...

Ooo kuburan tu kat USJ la yea?

Fiza Nordin said...

is,
aah kuburan tu kat USJ. agak mengelirukan jugak la...dkt signboard simpang masuk dr jalan besar tu tulis "TANAH PERKUBURAN ISLAM BATU 13, PUCHONG" tapi kat pintu masuk tanah perkuburan tu pulak tulis "TANAH PERKUBURAN ISLAM USJ 23"... tak tahulah mane yg betul. tp yang penting ianya tempat yg same...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
whatsapp: 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)