Berjumpa lagi kite... :D
Disebabkan semalam dan hari ni tak masak, aku ambil peluang untuk masukkan n3 terkandas semasa PC aku rosak hari tu yek... Jadi, harap maklum.
Cookies ni aku buat sebelum aku buat kenduri bacaan yassin dan tahlil untuk arwah mak hari Sabtu 2 minggu lepas. Lame sangat dah, barulah dapat masa dan kesempatan nak publishkan kat sini. Cookies ni aku packetkan dalam plastik kecil dan letakkan dalam plastik berisi kain batik yang kami adik-beradik sedekahkan bagi pihak arwah mak kepada wanita2 pembaca yassin hari tu. Di samping tu juga aku letakkan satu potongan kek lapis hawflakes dari resipi Kak Fida. Tapi yang tu aku tak sempat nak amik gambo.
Aku tak ingat dari mana aku dapat resepi cookies sebab dalam kitab resepi aku tak tulis pulak sumbernye dari mana. Tapi cookies ni memanglah amat rangup dan sedap dimakan. Ada lebih 2 balang, memang aku sengaja buat lebih sebab aku tahu, lepas tu kakak2 aku dan anak2 buah aku mesti nak makan juga. Sudahnya dengan balang2nye sekali dia orang bawak balik. Heheheee...
3 comments:
tentu sedap!
tu la ngn balang2 nya sekali disapu...
macam raya la plk kn...
takziah dr leyza,maaf tlewat...
k leyza,
xpe kak...akak sihat?
kak fizah..pos la sikit sini...mesti lagi cedap dari chipsmore nih :)
Post a Comment