Followers

Monday, August 31, 2009

Merdeka! Merdeka! Merdeka!


Salam...

Biarlah gambar berbicara...

Ditujukan kepada semua...

Di mana juga anda berada...

Banggalah menjadi anak Malaysia!

Sunday, August 30, 2009

Biskut Tart Nenas


Salam...

Ni sebenarnya bukan buat untuk raya... tapi nak mencuba. Besh! So lepas ni barulah buat tuk raya...


Resepi dari Chef Liza Zainol. Ikut resipi Sehebat Chef Daisy Corn Oil. Di sini aku kongsikan resipinya. Pada yang nak buat silakanlah... tak yah pakai butter... pakai minyak Daisy jek...

Bahan A
110g tepung gandum

60g tepung naik sendiri

50g tepung jagung

30g tepung kastad

30g gula aising

1/2 sk serbuk penaik

1/2 sk kulit oren - diparut (tak letak)


Bahan B
1 biji kuning telur - Gred B

1 sk air ais (pakai air suam jek...)

1 sb air oren (aku letak oren sunquick)

Bahan C
*140-160g minyak jagung daisy (aku letak 140g saje)

*1/8 sudu garam (aku letak 1/2 sk)

* campur kedua-dua bahan dan kacau sehingga garam larut


Cara-cara :-
1. Campur kesemua bahan A dalam mangkuk - putar selama 1 minit dengan kelajuan perlahan.
Edit - aku campurkan semua bahan dan gaul dengan senduk supaya semua bahan bercampur. 2. Masukkan bahan B dan putar lagi.
3. Akhir sekali masukkan minyak jagung Daisy dan garam ke dalam adunan tepung - sebatikan. Edit - Aku masukkan semua bahan B dan bahan C sekali. Gaul sekali je hingga bahan2 sebati dan membentuk doh.
4. Adunan tadi dimasukkan ke dalam acuan tart dan picit memanjang, lebih kurang 4cm-5cm.

5. Jem nenas dibentuk bujur dan diletakkan di atas tart dan digulung kemas.

6. Sapukan telur glaze dan hias dengan kepingan gula berbunga (aku tak letak kepingan bunga ni).
Bakar pada suhu 170c selama 25-30 minit.

Friday, August 28, 2009

Biskut Kaktus Coklat dan Kopi

Salam...

1st biskut untuk raya tahun ini... itupun kalau sempat sampai rayelah yek... kalau lepas berbuka pose, si Boy dok ngadap sambil tengok biskut... tak tau nak kate apelah... :D
Align Center
Buat lepas sahur subuh ni tadi ni ha... tengah anak2 nyenyak tidur... mama dengan tangkasnya di dapur. Kalau boleh memang nak siapkan sebelum anak2 bangun. Pasal kalau dah bangun tu kang, lagi banyak kije... nak mandikanlah... itulah... inilah...

Resipi dari Kak Zana cayang... tq kak, sebab sudi berkongsi resipi. Sedap ke idak tak taulah sebab aku pose nih... tapi masa dok susun biskut ni dalam bekas, memang rase macam rangup tuh... mase membako tu pulak semerbak bau kopi... huhuuu sedap le tu erk...

Jom layan resipi simple nih... sonang... cepat... kos bajet!!!

Bahan2

200g mentega
240g tepung naik sendiri
2sb serbuk koko
Sedikit garam
100g gula kastor
*2sb nescafe
*1sb air panas
Sedikit esen vanila

Cara2

Pukul mentega dan gula hingga kembang.
Masuk semua bahan kering, bancuhan kopi dan esen vanila. Gaul sebati.
Masukkan dalam piping beg bernozle bintang. Paipkan memanjang dalam dulang pembakar yang dialas dengan baking paper.
Bakar bersuhu 180c selama 15-20 minit atau hingga masak.

Wednesday, August 26, 2009

Ayam Goreng Berempah Serai & Taugey Goreng Biasa


Salam...

Tengah menghitung waktu nak masuk waktu berbuka puasa ni... kat luar sane hujan. Nasib baiklah sempat hb g merayau kat bazaar melunaskan hasrat tekak isteri terchentanya ni nak makan murtabak. Hehehe.... Hari masak dua jenis lauk saje udah. Jangan banyak2 sebab for sure tak habis makan. Lagi pulak dengan buah tembikai, kurma, air epal (pastu pepandai campak 5 butir asam boy) dan murtabak. Banyak dah tu...

Malam ni giliran aku g sembahyang terawih... oh ya... lupa nak habaq... kami suami isteri pergi solat terawih secara bergilir-gilir. Memandangkan anak2 masih kecil. Ya, betui... ada yang kata, bawa ajelah anak2 tu bersama. Sekurang2nya boleh gak anak2 tu tgk orang solat. Moga2 sikap2 positif tersemat di dadanya.

Tapi bagi kami suami isteri tak begitu. Cukuplah dia tgk & ikut kami solat kat rumah. Kalau nak tersemai sikap2 positif tu, dah lekat dah pun.
Bukan apa... aku takut bila anak2 ikut ke surau, aku/hb tak dapat kosentrate nak solat sebab duk risau kat anak2. Kat surau tu pun, ada lebih 10 orang budak (aku pun tak tahu mane mak ayahnye...) bile time 'aminnnnn' lepas bacaan Al-Fatihah tu saje menjerit lepas tu gelak2. Ya rabbiiii... budak2 nih... dia orang buat main2 pulak. Orang2 tua tegur pun adalah diam untuk satu rakaat pastu balik buat camtu...

Jadi amatlah aku takut, kalau anak aku terikut2 begitu. Benda yang negatif ni cepat jek ikut, budak2 ni, kan... Jadi biarlah dia berakal betul2 barulah aku atau hb bawa ke surau/masjid. Sekarang ni dia ikut kami solat kat rumah sajalah...

Okey, berbalik pada menu kite hari ni... Ayam Goreng Berempah Serai resipi daripada Love ni merupakan kali kedua aku buat. Jadi rasenya tak payahlah aku tepek resipi. Kalau ada sesape nak tau camne, carilah kat tag lauk pauk tu ha... sure adoooo...

Cuma kali ni aku tak letak daun kari. Kes malas nak turun ke bawah petik kat pasu tepi wakaf tu... nak suruh hb tadi lupe lak... jadilah togel jek. Tapi tak po... yang penting kerak tu haaaaa!!!


Ni kawannya... taugey masak kicap... ade tauhu...ada udang...
Taugey feveret Baby nih...
Tadi dia pose 1/2 hari jek... bukan main beria dia makan nasi depan si Boy.
Sian anak jantan aku terkulat2...
Sudahnya aku suruh dia duduk dalam bilik.
Mujurlah dia faham...

Sayang anak mama!!!

Tuesday, August 25, 2009

Rich Chocolate Puding

Salam...

Diam2 dah hari ke 4 kite berpuasa... alhamdulillah... kami sekeluarga dapat menjalani ibadah ini dengan baik. Hari pertama puasa, anak sulong aku si Boy tak puasa. Hari ke 2 sampai hari ni, alhamdulillah... even semalam mamanya terlajak tidur sampai tak bersahur kami, tapi Boy gigih menghabiskan puasanya. Syabas, anakku! Dan yang paling penting, walau pun tak bersahur, aktifnye tetappppp membuatkan darah mama mendidih marahkannya. Adoiiilaaaa anak...! Betul2 menguji kesabaran...

Buat Rich Choc Puding ni... actually bukanlah kali pertama. Cuma pada pertama kali tu macam tak besh jek. Lembik... kene makan dalam mangkuk tu jugak. Bila lembik sangat, anak2 pun tak berape suke. Sudahnya 'pom' masuk tong... ish...

Tapi yang ni alhamdulillah... tak lembik sangat. Bolehlah dipegang dengan tangan. Tapi masa nak keluarkan dari acuan, memang agak payah sikit. Kene jolok sikit dengan hujung sudu supaya dia renggang dan ketuk2 keluar dari acuannya tuh... huhuhuuu tu yang nampak macam cacat sikit satu penjuru puding tu... ke... ada cara lain untuk keluarkan dari acuannye tanpa mencacatkan rupa puding tu... habaq sikit kawan2...
Bahan-bahan
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 1 cawan gula
  • 1/2 cawan susu tepung
  • 1/2 sudu teh garam
  • 4 1/4 cawan air
  • 4 sudu besar tepung jagung
  • 1/2 sudu teh esen vanilla
  • 3 sudu besar butter
  • 1 paket serbuk agar2 (10-11gm)
Cara-cara
  1. Campurkan semua bahan kecuali butter dan kacau selalu hingga mendidih.
  2. Masukkan butter, kacau hingga pekat.
  3. Angkat dan masukkan kedalam loyang atau acuan yg disukai.
  4. psssttt! ni akak tambah cara yer..untuk puding ni n puding2 lain, kalu nak senang keluarkan bila dah beku, basahkan dulu acuan sebelum memasukkan puding..bila dah beku, insyaAllah senang nak keluarkan.

Monday, August 24, 2009

Tempahan Almond London


Salam...

Atas permintaan...

!!! TEMPAHAN DIBUKA !!!

Saya menggunakan tepung ready made sedap yang ada di side bar saya...

50 pcs - RM22.00 - 1 botol
(TIDAK termasuk kos pos)

kos pos adalah seperti berikut :-
- Botol pertama RM4.00 -

- Botol kedua dan seterusnya RM2.00 untuk setiap botol -

Tempahan ditutup :-
6/9/2009
Ahad

Jom Order!

Sunday, August 23, 2009

Order - Kek Lapis Asam Manis & Kek Lapis Prune Dari Cikgu Farah



Salam...

Hari ni dah hari kedua kita berpuasa. Alhamdulillah... bagi aku semuanya berjalan dengan baik.

Order kali ini daripada Cikgu Farah Norzee, guru kelas Boy. Cikgu Farah order 2 biji kek - kek lapis hawflakes dan kek lapis prune. Dan sebenarnya order ni adalah pada hari Jumaat yang lepas. Tapi barulah hari ni dapat masuk n3 kerana "m". Heheheee... biasalah tu...

Terima kasih cikgu... harap cikgu puas hati dan orderlah lagi... :D

Bekas Cookies Cantik Menawan

Salam...

Kita layan gambar dulu then baca n3 kat bawah okey
;D

Aku suka yang ni... cantik...
hahahaaa aku memang suka warna2 yang garang. Tapi aku tak garang tau... bengkeng jek kakakakaaa

Purple you... sangat lembut kalernye tu...
Sis Lin... suker tak??? Penggemar ungu tegar akak aku sorang nih!
Sampai dapur pun dia nak kaler ungu...adeh akak cayang!

Coklat Gold
Nampak sangat elegant, kan...?

Biru Cyan...
Design simple tapi tetap menarik pandangan...

Coklat
Pun design yang simple... tapi cantik...

Cantik tak? Menawan erh...

Tak... tak... yang ni aku tak buka untuk jualan dan tempahan. Sekadar nak berkongsi seronok dan cuci2 mata di pagi Ahad yang indah nih...

Sebenarnya ni kawan aku (kami kawan dari sekolah rendah tau...), Azlina Ali yang buat. Dia memang ambil tempahan untuk hari raya ni. Dan sebenarnya aku memang berhajat nak tolong dia jual online kat blog aku ni memandangkan dia tak ada blog. Tak de internet pun tapi selalu guna internet kat rumah adik dia je. Itupun kalau dia balik rumah mak dia.

Tup-tup dia call aku dan kata suruh tutup tempahan. Mulanya dia tak bagi pun aku nak masukkan gambar2 bekas cantik menawan ni dalam blog aku sebab dia tak nak terima tempahan lagi. Dah banyak sangat tempahan yang dia terima. Dia takut tak terbuat, naya nanti. Marah orang...

Tapi aku cakap tak apalah... aku masukkan saja. Mana tahu kalau tahu depan ada yang teringin nak order sebab dah tengok tahun ni. So, n3 ini sekadar berkongsi saje yek... kalau2 ada yang terinspirasi, bolehlah buat sendiri. Cantik gak tu letak atas meja terhias cantik dengan warna pilihan sendiri...

Friday, August 21, 2009

Jom Order Kerepek!



Salam...

Last minit, Cikgu Noriah datang rumah dan minta jualkan kerepek pada kawan2 aku. Aku kata aku ni kalau kawan2 kat luar ni tak ramai sangat. Kalau kawan2 internet tu insyaAllah. Tapi itu pun tak leh le janji ade tempahan ke idak sebab kirenya dah lambat ni, kan... dah pose dah ni ha... Cikgu Noriah kata tak apa... Okeylah...

So, pada kengkawan sekalian.... sesape yang rasa nak order kerepek silelah berbuat demikian yek...

!!! BUKA UNTUK TEMPAHAN !!!

Di bawah ni senarai harga untuk rujukan.

Harga yang dinyatakan TIDAK termasuk kos penghantaran. Kos penghantaran sebanyak RM6/= dikenakan untuk setiap 2 pek kerepek 2 kg yg ditempah. Maknanya setiap pek kerepek dicaj RM3/= lah ye, untuk kos pengeposan.


Semua jenis kerepek dalam berat 1/2 kg

1) Pisang Masin
- RM10.00

2) Pisang Manis
- RM10.50

3) Pisang Tanduk (Tiada gambar)
- RM10.50

4) Ubi Masin - Bulat
- RM10.00

5) Ubi Pedas - Kering (Tiada gambar)
- RM10.50

6) Ubi Pedas - Basah
- RM10.50

7) Ubi Masin - Panjang
- RM10.00

8) Kerepek Bawang
- RM10.00

9) Kacang Dhal (Tiada gambar)
- RM10.00

10) Kuih Siput (Tiada gambar)
- RM10.00

11) Kuih Sepit - Gulung (Tiada gambar)
- RM10.00

12) Sukun (Tiada gambar)
-RM10.00


pesanan :


Untuk kawan2 blogger luar malaysia yang berhajat nak order pun boleh berbuat demikian. Atas dasar kepercayaan, setiap order saya poskan terlebih dahulu dan bayar kemudian setelah dapat tahu berape charge pengeposan. Yang penting barang on the way dan harap2 dapat tiba sebelum takbir Syawal bergema...

Himpunan Kad Ramadhan Lagi... lagi... dan lagi...

Salam...

Setelah berhempas pulas menyediakan n3 untuk contest, buat lak n3 himpunan kad ni ha... jalan2 ke blog kawan2 ucapkan selamat menyambut ramadhan dan sekali kolek kad yg disediakan. Kalau ada sesiapa yang tak nampak kadnya di sini jangan ingat daku tak sudi tapi mungkin tak perasan dan terlepas pandang....

daripada Kak Ina KL

daripada Kak Ayu Singapore


daripada Kak Ita, Johor

daripada Ijah Bangkok

daripada HaSue

Daripada Hana, Jepun

Daripada Aymy aka Ayu, Kuwait

Daripada Atiechumel

daripada K Nor Ganu...

Daripada AlongRoz

Daripada Linda Fendi

"Happy Family Contest"


Salam lagi...

Mata dah ngantuk tapi hati punye berkobar2 nak join Happy Family Contest daripada Ieda nih... kelopak mata ni dah rase separuh terbuka ni ha...
So layan je la yerk...


Syarat2 yang dikenakan oleh Ieda untuk menyertai contest ni same macam2 penganjur2 yang lain tu. Rasenye aku dah ikut semua tapi kalau ada yang terlepas pandang harap Ieda boleh tegur dan beritahu yerk... :D

>> Gambar ini diabadikan pada Syawal tahun lepas (2008) bertempat di rumah kakak aku yang sulong di Pantai Sepang Putra, Sepang. Pada aku, masa ni semua kami dalam mood yg elok termasuklah my Mierza yang ketika ini baru berusia 1 tahun ++. Kerjasama yang baik amat2lah dihargai! Semua senyum dan pandang kamera kecuali Mierza sebab dia tengah pandang anak buah aku yang sedang mengagah dia...<<

Beautiful Baby Search Contest - Looking For Beautiful Prince & Princess

Salam...

Lagi... tolonglah jangan muntah hahahaaa!!!

Tak adillahkan... contest yang sebelum ni cuma abang dan kakak dia je enterframe. Iyolah... dah syaratnye 2 kanak2 jek. Kalau ikutkan aku nak enterframekan gambar dia orang 3 beradik. Tapi kenelah ikut syarat yg dah ditetapkan. Jadi aku masukkan Mierza dalam Beautiful Baby Search Contest - Looking For Beautiful Prince & Princess ni ha...

Contest ni anjuran Myra - mummy Zara Iris Delisha yang sangat cumey itu. Hadiah2 yang ditawarkan sangat menarik. Harap2lah kali ni ada luck. Contest dah macam2 masuk tapi nampaknye belum ada luck lagi... hukhukkk tapi tak ape...suke suki jek...bukan kene bayo pun... hakhakkkk

Syarat2 yang HARUS diikuti...

1. jd follower Mommy_Zara
>> Dah... <<

2. sila add banner di atas pada sidebar..
>> Dah... <<

3. Buat special entry utk contest ini dan sertakan sekali satu picture baby uols yg comey! dan satu picture baby bersama mommy atau daddy! kedua2 gambar akan diambil markah..

Mierza wif mama...

4. sile nyatakan skali nama baby dan umur baby. tips: gambar baby comey dgn aksi bersahaja tp masih mengekalkan kecomelannya mungkin menjadi pilihan juri

Nama Baby :-

Mohamad Mierza Isqandar Binti Mohamad Sofie

Umur :-
2 tahun 1 bulan 17 hari

5. sila nyatakan bila gambar diambil.
>> Kedua2nya boleh dikatakan gambar latest jugakla...kurang 3 bulan yang lalu... <<

6. link kn blog Mommy_Zara . sila tinggalkn comment bila dh siapkn entry k...
>> Dah link... <<

MOBS - ConfyBebe "Most Loving Sibling" Contest

Salam...

Contest lagik.... Tapi kali ni berkaitan dengan anak2 pulak - "Most Loving Sibling" Contest. Syiok gak nak enterframe permata hati hati nih... teruja sungguh daku kala membuat n3 ni ha...

For the 1st time, aku join contest dengan MOBS dan ComfyBebe. Dan secara jujurnya juga 1st time aku masuk dua blog ni. Hadiah2 yang ditawarkan nampak menarik. Tapi semuanya bergantung pada rezeki jugaklahkan... kalau ada rezeki adelah. Kalau tak de... sekadar seronok2 sajelah. Yang penting secara tak langsung dapat teman baru di alam cyber nih.

Okeylah... jom kite tengok syarat2 yang dikenakan oleh kedua2 penganjur ini.

1. Be a FOLLOWER of ComfyBebe at http://comfybebe.blogspot.com
>> Sudah... <<

2. Be a FOLLOWER of MOBS at http://malaysianonlinebabyshops.blogspot.com
>> Sudah <<

3. Choose your best children's SIBLING photo and BLOG about it on your blog.
>> Gambarnya di bawah ini <<

Tell us a bit about why you chose the pic with your kids name and ages (min 2 kids)

>> Dalam gambar adalah anak aku yang pertama- Boy dan kedua - Baby. Aku memilih gambar ni sebab aku nampak dia orang ni ceria dan rapat sangat. Padahal hakikatnya anak aku yang dua orang ni pantang bersama. Ada2 saja yang digaduhkan. Ada2 saja yang nak direbutkan. Semasa gambar ini di snap, mereka tak posing beria pun. Tapi dalam keadaan selamba. Jadi you alls boleh nampak background kat belakang tu... tilam bujang tak berlipat dan tersandar kat dinding. Hish... manelah aku tahu hasilnya akan nampak selamba macam nih... <<

MOHAMAD SYAHMIE ISQANDAR BIN MOHAMAD SOFIE
- 8 TAHUN -

AUNI BATRISYA IRDINA
- 6 TAHUN -

4. Make sure it has a back link to both MOBS & ComfyBebe blogs
>> Dah check... <<

5. Leave a comment on MOBS with your name, email and blog link (very important!!)
>> Okesss <<
6. Make sure you add this on your sideblog with a backlink to MOBS.
>> Okess <<

6. For those who don't have a blog, email us your kids picture at comfybebe@gmail.com together with name, email and address, why you choose the pic, kids names and ages :)
>> Tidak berkaitan dengan aku <<

Himpunan Kad Ramadhan Lagi...

Salam...

Nak n3kan kad2 cyber ucapan Ramadhan dari teman2 blogger. Terima kasih untuk semua.

Daripada Rakan Novelis - P3Imaneisya

Daripada Mak Hayam Syafawati

Daripada Miemiey

Daripada Cik Mi

Thursday, August 20, 2009

Himpunan Kad Ramadhan

Salam...

Dua tiga hari ni berderet2 kad ramadhan yang diterima. Aku percaya bukan hanya aku yang menerimanya tetapi juga teman2 blogger yang lainnya. Terima kasih banyak-banyak atas ingatan teman2 blogger. Sangat2 menghargainya.

Jadi di sini aku tepekkan kad2 itu untuk tatapan pengunjung ke blog aku yang tidak seberapa ini. Juga sebagai tanda penghargaan daku kepada kesungguhan teman2 mengadakan kad2 yang cantik dan gambar yang penuh makna tersirat mahupun yang tersurat.
Semoga ramadhan ini membawa seribu erti dan sejuta rahmat buat kita semua.

Juga di kesempatan ini, aku ingin memohon ampun dan maaf kepada sesiapa saja yang membaca n3 2 yg ada di sini. Kadang2 seronok dan ralit menaip sampai tidak sedar ada hati yang tersentuh. Tetapi hakikatnya tidak terniat hendak menyinggung hati sesiapa melainkan sekadar bersuka-suka sahaja. Tidak kira sama ada teman2 blogger, teman2 fp, teman chatting YM, teman chatting pingbox yang datang dan pergi juga tidak ketinggalan pembaca2 senyap. Tegurlah daku walau sekadar ucapan 'salam'...

drpd Cik Min & Family

daripada Noorsha

dr Kak Ct Delima

drpd Kak Ana & Kak Ayu

drpd Amy German

drpd Wawa

Terima kasih semua...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
whatsapp: 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)