Followers

Thursday, June 04, 2009

Alhamdulillah...


Salam kawan2 sekalian...

Alhamdulillah berkat ingatan, ucapan, doa dan pengharapan... emak kite dah keluar dari hospital tadi. Kite dengan Mak Ina (kakak kite yg no.2) yang bawa balik. Anak2 kite dan anak2 dia tinggal kat rumah sebab payahlah nak bawak g spital. Budak2 tu bukannye reti duduk diam. Ditegur sekali tak dengar, dua kali pun tak dengar. Lama-lama kang kite yang naik darah. So, better dia orang duduk rumah je la dengan suami Mak Ina (abang ipar kite).

Mungkinkah ada yang tertanya2 kenapa emak kite dimasukkan ke hospital? Okey meh kite cerite...

Seperti yang sesetengahnya sudah sedia maklum, mak kite ni ada kencing manis dan darah tinggi. Penghujung tahun lepas, emak dah menjalani operation memotong kaki kirinya separas atas lutut kerana masalah gangren (urat saraf terputus, mati). Okey... setelah menjalani pembedahan tu, mak memang berharap pada kaki kanannya yang masih ada tulah walaupun kaki tu tak kuat mane pun sebenarnya.

Sepatutnya, emak perlu masuk wad pada 2-6-2009 di Unit Jantung untuk melakukan pemeriksaan dan rawatan kerana sebulan sebelumnya emak ada masalah paru2 berair. Tetapi pada 31-5-2009 (Ahad), emak dah dihantar ke hospital kerana emak kelihatan tak bermaya dan lemah. Rupa2nye mak diserang strok. Bile dah diserang strok, pemeriksaan jantung tak dapat dilakukan. Terpaksa ditunda 2 bulan lagi. Doktor terpaksa beri tarikh baru.

Setelah diperiksa, doktor mengatakan yang strok tu menyerang di peti suara mak. Emak macam nak bercakap tali suaranya tak keluar. Hanya mulutnya yang kumat-kamit. Strok itu pun dalam proses untuk menyerang bahagian anggota badannya sebelah kanan. Tangan dan kaki emak dah mula kaku. Emak langsung tak nak gerakkan. Cuma jari2nya yang nampak bergerak, itupun sikit2 saja.

Tapi alhamdulillah... hari ni mak menunjukkan perubahan yang baik. Dah boleh senyum dan respon dengan apa yang orang kata. Tangan kanannya pun dah digerak2kan. Cuma kakinya tu masih tak daya. Kata doktor, mak kene banyak exercise di rumah. Kaki dan tangan kanannya tu kena banyak2 digerak2kan. Emak pun tak boleh dibiarkan baring2 saja. Mesti selalu didudukkan. Jangan bagi emak malas dan yang lebih penting orang yang menjaga emak tu tak boleh malas.

Insya Allah... emak akan ikut Mak Ina balik Bagan Datoh hari Sabtu ni. Mak Ina nak bawa dan cuba berubat di kampung pula. Manalah tahu kalau ada perubahan. Sayanglah... kaki palsu emak dah siap. Dah ada pada kami pun. Kalau kaki kanan emak tu tak kuat, pembuatan kaki palsu tu sia2 sajalah.

Akhir sekali... kite nak ucapkan TERIMA KASIH banyak2 pada kawan2 semua. Doa dan harapan kalian semua amat2 kite hargai! Sayang korang!

14 comments:

ana itu saya said...

salam fiza...alhamdulillah..mak fiza dah beransur baik dan dah kluar hspital...k.maz doakan smoga mak fiza sntiasa dlm rahmat Allah..fiza n kluarga msti tabah..krn ini jg adalah dugaan dr yg Maha Esa..berdoa bnyk2..kita hnya mampu berikhtiar..selebihnya kita tawakal pdNya...

Atie.Rashid said...

alhamdulillah..mak kak fiza dah bernasur pulih..atie doakan mak kak fiza akan pulih sepenuhnya...amin

fazilzura said...

sykur alhamdulillah ..
semoga family akak tabah dgn dugaan ni .. hope mak akak cepat sembuh

Suzi said...

alhamdulillah...moga fiza n famili terus tabah.

Anonymous said...

Alhamdulillah moga mak ko sihat ye Fiza. Pagi tadik aku nampak laki ko la!! Heheheh sibuk je aku dok tertengok laki ko hehehe.

Mizz_Ila said...

Alhamdulillah kak.. semoga mak kak za cepat sihat. xpela kita tawakal je la berubat sebaik mana yg boleh. hati sapa x risau bila lihat orang yg dah mengandung..melahirkan..membesarkan kita dlm keadaan x sihat.

semoga ALLAH sentiasa memberi kekuatan kepada mak kak za & adik badik kak za semua... InsyaALLAH...

A.I said...

Syukur Alhamdullilah....

FaizAmY said...

Alhamdulilah kak pza..mak ko dah beransur pulih..smg mak kak pza n adik beradik kak pza pon tabah la dlm menjage die erk...ape yg penting..kerjasama (ikut nada wonderpets..ehehe)

Fiza Nordin said...

terima kasih semua... :)

Anonymous said...

Salam Fiza; Maklong happy Maklong dah boleh balik. Ni Maklong titipkan link untuk pemulihan stok (http://www.ehealthmd.com/library/stroke/stroke_recovery.html). Kalau ubat kampung Maklong sarankan HPA, dapat minyak but-but harganye murah dan dapat membantu memulihkan blood circulation dengan segera.

Anonymous said...

sori maksud Maklong Mak Fiza dah boleh balik.

Fiza Nordin said...

mak long,
terima kasih bg link tu...nnt sy g jenguk ya...

Unknown said...

Piza..syukur dengar..smoga kesihatan mak ko bertambah baik ye!

Fiza Nordin said...

bibu,
thanks...aku pun harap2 begitu...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
whatsapp: 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)