Followers

Monday, June 15, 2009

Cerita Semalam...

Salam korang...

Semalam seharian tak update blog ni sebab semalam tak masak. (N3 masak2 utk hari ni jap lagi menyusul ye... :D)

Ni cerita semalam...

Pepagi dah keluar ke Subang Jaya berurusan perihal rumah teres yang kami beli dan terbengkalai tu. Entahlah... memacam hal. Nak aku terangkan status rumah tu pun amatlah berbelit-belit which is aku ni pun tidaklah terlalu familiar sangat. Jadi aku berserah sajalah kepada Puan Zulita Saad - AJK bergerak yang juga merupakan salah seorang pembeli rumah teres itu. Dia perlukan salinan S&P dan details berkaitan loan bank untuk dikumpulkan. Kalau perlu, pihak pembeli nak lantik peguam untuk lawan Continental Height (tuan tanah) projek La Cottage. Kalau nak saman Talam memang tak bolehlah sebab Talam & Metro Tegas (Pemaju) dah bankrup.

Serba sedikit yang aku faham, Continental Height akan melantik liquidator baru (yg ni aku tak berapa faham...). Dan kalau Continental Height melantik liquidator baru, liquidator baru itu akan minta kita tambah mungkin RM10k, RM20k atau mungkin lebih lagi kalau kita nakkan rumah itu siap. Apa2pun kita mesti nak rumah tu siap sebab kita dah tersangkut dengan bank. Lainlah kalau pihak bank boleh main cancel2 gitu. Memang dah lamalah aku dan pembeli2 lain cancel saja rumah tu. Tak kuasa nak tanggung beban. Nama saja ada beli rumah tapi rumah ditumbuhi lalang. Kita tetap juga duduk menyewa. Hutang bank tetap jugak nak kene bayo. Hati ni panaszzz jek...

Sebelum balik rumah kami singgah di Old Town White Coffea atas permintaan anakanda sulong - Boy. Papanya ikutkan saja. Kalau ikutkan mamanya suruh singgah kedai makan betul-betul sebab jam pun dah pukul 1 tengahari. Apalah sangat yang dimakan di Old Town White Coffea tu tengah2 hari rembang tu. Lebih baik makan nasi betul2, tentu2 kenyang.

Degil... pukul 3.30 petang papanya dah mengaduh lapo. Tu la... padan muka! Bawak2lah tido sementara nak tunggu petang. Pukul 5.30 petang hb dah g usha pasar malam. Balik-balik bawak durian 3 biji, apam balik kering yg saiz beso 1 keping, keropok nipis satu plastik beso dan 1 bungkus nasi lemak.

Beli durian tu pun sebab memenuhi janji pada Boy. Masa dia demam sebelum cuti sekolah hari tu dia nak makan durian. Tapi sebab masa tu dia deman, pospondlah. Semalam dah bayar janji. Ada satu lagi janji pada Boy belum tertunai. Emp... jap2 lagi kite gtau eh...

1 comment:

MUMMY ILA said...

bestnye mama dia.. ayah dia pun..

kalau demam dpt habuan

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
whatsapp: 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)