Followers

Tuesday, June 16, 2009

Bening Bayam wif Sambal Belacan


Adakah yang terliur melihat sambal belacan ini? Kalau terliur hari ni bolehlah p ketuk. Kalau hari ni dah ada menu, tukarlah... masih sempat. Kalau stok belacan xde, kang g pasar jangan lupe beli ye.

Sajelah nak bagi pesanan kepada mereka2 yang berkenaan (yg dok flat,dok apartment,yg dok kondo, yg dok umah kedai dan sbgnya). Kalau buat sambal belacan ke, tumbok ape2 sambal yg menggunakan lesung batu, tolonglah lapik bawah lesung tu dengan kain. Lipatlah kain tu tebal2 sikit. Jangan jadi macam jiran umah atas aku ni. Asal ketuk sambal habis satu flat bergegar. Adoi!!!! Aku yang duduk bawah dia ni yang tensen tak hingat donia. Kalau aku fikirkan esok nak pindah, memanglah aku jeritkan dia. Jadi tarzan macam Cik Kiah (jiran bawah umah aku pulak). Tapi aku entah bilerlah nak pindah. Nanti2 jumpe gak muka dia balik. Huhuhuuuuu serba salah! Perkara ni dah bawak ke mesyuarat. Ada cik kak tu siap mention name jiran atas aku ni tp dia tetap buat dek. Macam tak ada apa-apa yg berlaku.
Uwaaaaaa! Kenapalah dia tak ada perasaan???

Uuish... adalah aku mengata jiranku sendiri? Emp terpulang pada penilaian korang. Tapi pada aku ini pesanan sebagai satu contoh. Yang buruk kita jadikan sempadan. Yang baik kite jadikan teladan, tak gitu? Luahan perasan di pagi hari...

Lepas ni n3 besh tau... tunggu!!!

4 comments:

Datin El said...

fiza...menu ni mmg kena betul dgn cuaca skg ni klu ada ikan masin grg lg terangkat berpeluh2 bila mkn..pergh...

Sifu Mirza said...

salam fiza..

memang menarik sambal belacan tu...

tapi sayang kat kota kinabalu (borneo paradise hotel) ni tak jumpa pulak sambal belacan...

tension...

:-)

Ummu Aqil said...

wooo...akak ade sambal belacan tu...kalu g pasar sini mane ler ade jual bendaalah tu....buat haku nangis sengsorang carik belacan tak jumpoooo....

Cendana Kasih said...

Teringat masa aku menyewa kat flat dulu, orang atas tumbuk cili pukul 11 malam. Aku punyalah sumpah seranah. Mana idaknyer, waktu siang idak plak nk menumbuk segala bagai, bila malam mulalah berpesta...eee...tension...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
whatsapp: 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)