Followers

Friday, March 12, 2010

Watermelon Smoothies

Salam tengahari...

Musim2 panas sekarang ni, sane sini sinun orang tayang air. Sume yang sejuk2 belake. Yang bisa menyegarkan tekak sampai ke isi perut. Hehehee....

Hasil skodeng ke rumah Cik Mat Gebu, bawaklah balik resipi ni. Nak pintak secawan kat CM belum tentu dapat. Bukan dekat weih... kalau dekat, aku buat muke sekupang lime duit jek serbu umah dia tumpang minum. Bukan minum aje aku rase, siap bersila makan rojak petisnya yang menggiurkan itu... kwang3x!!!


Tak ape CM, tak dapek tak po...den buatlah sendiri. Nak mintak izin plak kopipes resipi ni kat umah maya den ni yo...

BAHAN-BAHANNYA :-)

500 g isi tembikai merah
2 - 3 camca besar gula pasir
1/2 cawan susu cair
1/4 cawan air masak
3 cawan ais kiub
Secubit garam (sikitt jee tau!!)
Tembikai yang dibentuk untuk hiasan (optional)
Ais kiub secukupnya (tambahan)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan semua bahan di atas kecuali tembikai untuk hiasan. Kisar dengan kelajuan tinggi hingga semua sebati dan halus. Kalau boleh biar kisaran menghasilkan buih..
  2. Bentuk kan tembikai untuk hiasan mengikut kreativiti masing, dan selit tepi gelas yang telah disediakan. Letak kan 3 - 4 biji ais kiub (tambahan) dan tuang watermelon smoothies tadi secukunya. Hidangkan sebagai pembasah tekak....

4 comments:

Yat Maria said...

salam Fiza

Bukan sajer membasahkan tekak..ni akan ku minum bergelas2 sebab watermelon tu fav fruit..so apa2 berkenaan watermelon Yat suka..cuma potong watermelon from 1 biji besar tu yg tak suka langsung, k..harap malum ;)

Yat

Watierman, rmanbkr said...

Salam Fiza tak sempat nak buat smooties....dah habissshhhh!!!huhuhu!Siap batuk2 dah ni pun!

larra said...

huiii..ang pun dok belawan ngan mat gebu ekkk..apepun memang bestt..

Fiza Nordin said...

yat maria,
kite asal namenye tembikai memang tak tolak...teringatlah kan jaman bebudak dulu, asal makan tembikai malam mesti membese kat tempat tido.sampai arwah mak kite sorok2 klu beli tembikai pasai biler kite makan tak hingat donia.hadap selagi tak habis ekekeee pst, jgn bitau org tau... wakakaaa

k watie,
bebaik batuk jgn sampai tersedak.kang terkeluar tembikai.sayang je heheee

larra,
siap lawan pedang lagik ngan CMG tu...weheheee bio betui noooo

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
whatsapp: 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)