Followers

Friday, March 05, 2010

Sambal Ayam Penyet


Salam...

Hasil skodeng 'rumah' Kak Amal... Cepat-cepat ucap terima kasih sebab bukan hanya skodeng, tapi jugak resipinya dah masuk dapo. Dah jadi menu dan jadi baje pun... ehehehee....


Sambal ni sebenarnya Kak Amal buat untuk resipi ayam pengetnya, tapi aku buat untuk makan dengan ayam bakar yang kat atas tu. Sorry ye Kak Amal... pepandai je tuko gandingan. Tapi lebih kurang jugak, kan...


Minta izin kopipes ye kak....


Bahan-bahan :

* Sedikit minyak masak
* 20 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)
* 10 biji Cili padi
* 10 biji Bawang kecil/merah, hiris
* 3 biji Bawang putih, hiris
* 5 biji Tomato, potong 4
* 5 cm Belacan
* 2 sudu Ikan Bilis-kite lebihkan cikit
* 3 sudu gula merah/secukup rasa

Cara-cara :

1. Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.
2. Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan.
3. Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.
4. Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.
5. Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.
6. Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan.
7. Masukkan gula merah dan gaul rata.
8. Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.* Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk. Panaskan sambal sebelum disajikan.

1 comment:

el said...

smbal ayam penyet ni bkn ke smbl belacan kak

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
whatsapp: 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)