Followers

Thursday, March 18, 2010

Cheese Hamburger


Salam...

Dah lama teringin nak buat ni sebenarnya. Daging kisar memang ada je dalam peti es tu. Keluar masuk, keluar masuk peti ais je dalam beberapa minggu lepas. Mane taknye... malas datang secara tiba-tiba... Alhamdulillah hari ni terlaksana hajat di hati.

Yang tak beshnye, tang cheese tu. Anak2 tak suka pula. Beria-ia si Baby yang banyak mulut tu merungut. "Kenapa mama pakai cheese yang ni...? Kita tak suke tau... lain kali mama buat lagi, pakai cheese yang biase tu tau...?" Ha, iyolah anak...

Aku guna slice cheese perisa barbeque lebihan buat cheezy wedges aritu... Ingatkan nak menghabiskan stok le tu konon... upernye.... haish!!!

Disebabkan tak suke, dia korek2 cheese dalam tu dan letak tepi. Boy pun tak suka tapi dia telan jugak. Membazir dibuang, kate dia... bagus anak mama! Ehehehee...


Bahan-bahan
  • 400g daging cincang
  • 1/2 biji bawang besar - cincang
  • 1 biji telur
  • 1/4 cawan tepung
  • 2 sudu besar breadcrumbs - (aku tak letak. tadek stok)
  • beberapa keping slice cheese @ cheese lain
  • 1-2 sudu besar susu segar - hana tk ltk (aku pun tak letak)
  • serbuk lada putih
  • garam
  • 1/4 cawan air- utk steam daging
Cara-cara
  • Utk membuat hamburger : Satukan semua bahan2 daging kecuali cheese utk membuat hamburger. Gaul sebati. Ambil segenggam, penyek2kan di atas tangan, kemudian masukkan slice cheese yg telah dicarik kecil2. tutup kemas dan bulat2kan seperti bentuk humburger. (bukan leper cam beger biasa yer! agak bolat2 lonjong n gemok2 sket!)
  • Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Seeloknyer guna kuali non-stick. Balik2kan hamburger sehingga 3/4 masak.
  • Masukkan air 1/4 cawan tadi. dan cepat2 tutup kuali (kaedah nih utk steamkan daging agar masak rata dan daging lembab serta juicy). Biarkan sehingga air kering baru matikan api.

3 comments:

Mummy Chubby said...

huhuhu....mummy kena cuba wkend nih...fiza, mnyk nak goreng skit je eh? dh 3/4 msk, masukkan air? x meletop2 ke nant brcampur ngan mnyk?

A.I said...

Ayoyo! sedapnya besen oiiiii...isk.

Fiza Nordin said...

mummy,
kite tadi mase mggoreng daging tu letak minyak sikit sgt.sekadar merata kat pan aje...minyak tak takung langsung!biler letak air,mmg dia akan merecik2 sikit then cepat2lah tutup pan tu...

besan,
so juicy dagingnya besan...mmg sedap!

Perkahwinan Kami Bersama 3 Cahayamata

Daisypath Next Aniversary PicDaisypath Next Aniversary Ticker

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
email : sofie2_za@yahoo.com & call 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)