Followers

Wednesday, March 17, 2010

Tauhu Goreng Singapura


Salam...

Kopipes dari blog CMG... terima kasih bebanyak. Dah lame beli tauhu ni... beli taugey pun dah lame gak... mujur elok2 jek dok dalam peti es tu... siap letak bekas boh air lagik. Hari2 dok gantikan air supaya tak masam. Ekekekee.... dan akhirnye terlaksana jugaklah hajat di hati nak wat tauhu goreng singapura ni...


BAHAN-BAHANNYA :-)

4 keping tahu biasa
1 biji timun, dihiris nipis dan dimayang
100 g taugeh, buang ekor dan celur sekejap (mat tak celur punnn)
1/2 biji sengkuang, kupas, hiris nipis dan dimayang
4 ulas bawang putih*
5 - 6 biji cili padi*
200 g kacang tanah*
3 - 4 camca besar gula melaka*
3 camca besar kicap pekat*
1 1/2 - 2 camca besar cuka makan @ jus asam jawa*
Sedikit air*(*bahan sos kacang)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Kacang tanah digoreng tanpa minyak hingga perang, buang kulit dan tumbuk separuh halus. Kisar cili padi dan bawang putih. Campurkan semua bahan2 sos kacang dan kacau hingga rata. Tambah sedikit air jika perlu, jangan terlalu cair atau pekat, sesuaikan rasa dan tambah gula@garam@asam jika perlu. Ketepikan.
  2. Tauhu dilumur dengan sedikit garam, goreng terendam hingga kuning keemasan, jangan goreng lama sangat. Keluarkan dan tos.
  3. Ambil sekeping tauhu goreng tadi. Potong kepada 9 bahagian (bergantung pada saiz tauhu masing2), alihkan ke dalam pinggan, tabur atas tauhu tadi dengan hirisan timun, sengkuang dan taugeh. Tuang sos kacang secukupnya dan hidangkan segera...Makan macam tu pun sedap!!!!!

3 comments:

cikmanggis said...

meleleh air liur cm fiza..sedappp

Fiza Nordin said...

cm,
jage2 air liur meleleh kat baju ekekeee

Anonymous said...

I was looking for Sweater Dresses and was wondering if Tibi is the best designer for Sweater Dresses?

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
whatsapp: 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)