Followers

Thursday, March 18, 2010

Seri Muka


Salam...

Minum petang kami... pagi tadi jalan2 ke umah CM. Tergoda sangat dengan kuih serimuka yang cik manggis buat. Sebenarnya pun aku dah lame teringin nak buat. Tapi bak kate orang tu, belum sampai seru... eheheee...

Cik Manggis mendapatkan resipinya dari MyR dan aku dengan senang lenangnya mengkopipes dari blog Cik Manggis ajelah ye... Minta ijin ye Cik Manggis... tompang lalu...



Bahan-bahannya:

Lapis bawah
500 gm beras pulut.
400 ml santan cair
1 tsp garam
2 tbsp minyak masak

cara-caranya:
( Rendam beras pulut selama 1 jam kemudian toskan.)
Satukan semua bahan-bahan diatas kedalam loyang dan kukus selama 20-30 minit atau sehingga pulut masak.Kemudian tekan-tekan pulut biar rata dan padat.Ketepikan.

Bahan-bahan lapis atas:)
120 tepung gandum
3 tbsp tepung jagung
3 biji telur
140 gm gula
450 ml santan pekat
300 ml air daun pandan
1/2 tsp garam

cara-caranya:

  • satukan semua bahan-bahan diatas. Blend hingga sebati.
  • tuangkan adunan keatas pulut dan kukus hingga masak
  • Pastikan panaskan kukusan terlebih dahulu dan masa mengukus,perlahankan api.
  • Biarkan kuih benar-benar sejuk baru dipotong.

Aku lengserkan loyang dengan minyak kelapa, kemudian lapikkan dengan plastik supaya senang nak keluarkan kuih dari loyang setelah sejuk. Pulut tak melekat kat loyang...

4 comments:

Datin El said...

waduh2 fiza dah ade serimuka pulak campak2lah sikit kat akak ni..

cikmanggis said...

dah siap ya..berseri-seri muka hehe kita punya dah habis..licin

Fiza Nordin said...

datin el,
alaaa klu nak kite bg sepiring...taknak la campak2 ehehee

cm,
bukan saje berseri dah ni...siap berkilat hahahaa

Sheila Shafea said...

hai fiza sejak dua menjak ni rajin buat kuih yee bagus tu..akk tumpang mkn yee cantik seri muka fiza pemukaan hijau atas tu npk licin..boleh tempah keee hehehe

Perkahwinan Kami Bersama 3 Cahayamata

Daisypath Next Aniversary PicDaisypath Next Aniversary Ticker

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
email : sofie2_za@yahoo.com & call 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)