Followers

Monday, March 22, 2010

Donut Coklat


Salam...

N3 tertunda ni... aku buat donut coklat ni hari Jumaat (19.03.2010).


Terlebih rajin, bukan aje buat bentuk donat biase2 tu, siap buat bentuk LOVE lagi tu... bukan itu aje pulak... siap suntik dalam 'perut' donut LOVE tu dengan fresh krim yang ada siap dipukul dalam peti es tu. Eheheee...



Cuba resipi baru ni... (rasenye le...) amik kat blog Ita. Ita ade tambahan letak water roux kat dalam adunan donut dia. Aku tak berkesempatan nak wat water roux tu. Maybe next time la... suker jugak nak cuber next time tu... next time yang tak taulah bile,kan... hiks!!


Bahan-bahan

200g tepung roti
20g gula

1/2 sudu kecil garam

1 sudu kecil dry yeast

40 g water roux - tak letak le...

100ml susu segar

20g butter (ita guna shorterning lebih gebu) - aku pun guna shortening jugak le...

minyak masak untuk menggoreng
coklat bar kacang atau manik hiasan - guna coklat rice & coklat cip

Cara-cara


*ita guna home bakery so pilih menu dough. (BM tadek, menguli le haku weiiii...)


1.Masukkan tepung, gula dan garam ke dalam mangkuk. Kacau.
2.Buat lubang ditengah. Masukkan susu dan dry yeast. Kacaukan sedikit.
3.Masukkan pula butter
4.Uli sehingga tak melekat ditangan

5.Tutupkan dengan plastik wrap atau kain lembab. Biar naik 2 kali ganda

6.Buat finger test untuk uji doh naik ke tidak. Kalau lekat kesan jari, bermakna dah naik. 7.Bahagikan kepada 8 bahagian. Rehatkan selama 5-6 minit
8.Terap menggunakan donut cutter
9.Penaikkan lagi sehingga 1.5 kali ganda. ( kalau tak sabar tak buat step yang ni pun ok)
10.Goreng dengan api sederhana sehingga nampak perang. Sekali-sekala perlu dibalik-balikkan supaya betul-betul masak.

Step untuk coklat ganache


1. coklat bar dan susu satu sudu di panaskan didalam microwave dalam 10 -15 saat atau hingga cair. @ double boil hingga cair.

2. Letakkan coklat dia atas donut tersebut dan hiaskan dengan hiasan yang disukai.


3 comments:

cikmanggis said...

amad suke donat ada coklat ni..budak budak asalkan coklat je tak tolak.Nampak gebu ni

Datin El said...

ngencesssssss pepagi ni..sedapnye.

Fiza Nordin said...

cm,
boleh try le...amad pun suker tu...sure habis kene ngap...tak risau 'jualan' tak laku eheheee

datin el,
hikhik nak ajak makan sekali pun,bende dah habis...jamu mate je la datin el... :D

Perkahwinan Kami Bersama 3 Cahayamata

Daisypath Next Aniversary PicDaisypath Next Aniversary Ticker

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
email : sofie2_za@yahoo.com & call 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)