Followers

Wednesday, August 24, 2011

Iftar 23 - Air Limau Kasturi & Asam Boi



Tengah2 puasa ni, kalau dapat berbuka dengan air yang masam2 dan sejuk, memang heaven. Terpulang pada tekak masing2lah, kan... Ada yang suka berbuka dengan air panas dan ada yang suka berbuka dengan air sejuk. Untuk kite, boleh aje layan dua-dua pun. Kalau ada, kite telan. Kalau takde, kite telan je ape2 air yang ade hihihiii

Ada setengah orang kata, kalau berbuka dengan air sejuk, esoknya kalau berpuasa tekak rasa perit dan kering. Tapi kite, alhamdulillah... tak pula mengalami keadaan tu. Atau mungkin belum lagi ke... entahlah.

Takyah celoteh panjang lebar. Jom kite tengok resipi yang simple dimple ni... kite ni kalau yang simple dimple ni mmg suke beno. Tak suke yang banyak2 hal... pemalas le katekan hihihiii Bahan2 yang dinyatakan di bawah ni untuk sukatan 1 jug ye. Kalau nak buat sikit2, pepandailah kawan2 nak adjust.



Bahan2

600ml
8 biji asam boi putih - direbus seketika dengan sedikit air
10bj limau kasturi - dibelah dua dan dibuang bijinya
6sb gula pasir - dibancuh dgn sedikit air panas (utk dijadikan air gula)
Ais ketul secukupnya

Cara2

Dalam jug - masukkan asam boi dan air rebusannya. Picit limau kasturi untuk mendapatkan jusnya. Untuk nampak cantik sikit, bolehlah letak sebahagian kulit limau kasturi tu. Kite letak 3/4 keping je sbb takut nnt airnya jadi pahit. Tuang pula air gula dan kacaukan sebati. Masukkan air ketul. Hidangkan ketika sejuk dan dingin.

Selamat mencuba :D

8 comments:

Sheila Shafeareen said...

Salam alamak dah kuar air lahhh ni yg tegugat tekak ni..air yg sdp fv tu asam boi

kakcik said...

Kakcik sangat suka minum air ini tapi di bulan puasa ni belum sekali pun kakcik meminumnya. :)

Fiza Nordin said...

k sheila,
mmg laku sungguh air ni kat umah ni semalam... syiok...berbaloi2!!! hihihii

Fiza Nordin said...

kakcik,
kenalah buat atau kalau ade dijual, boleh beli saje :D

LadyD said...

air peberet ni...nak plak bile p bazaar tu nampak buah asam tu timbul2..tergugat...

Rosmaniza @ Ogy said...

syedappp nyeeee..tertelan ayor lior..

Fiza Nordin said...

ladyD,
perghhhh mmg tak sabo je klu tgk gitu kan...??? hihii

Fiza Nordin said...

ogy,
telan, telan...jgn dibiokan menjejeh...aje buruk! kahhhhh

Perkahwinan Kami Bersama 3 Cahayamata

Daisypath Next Aniversary PicDaisypath Next Aniversary Ticker

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
email : sofie2_za@yahoo.com & call 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)