Followers

Monday, August 01, 2011

Devil's Food Chocolate Cake


Kek coklat yang dibuat minggu lepas ni.... sorry le terlambat n3 & sorry klu ada yg terliur pulak... kuatkan semangat, puase2... takmo taip manyak2... nak celoteh2 kontot2 je... ehehee ayat Kak CT Delima cantik manis tu...

Moh layan resipi & gambar yang tak sehebat mane ni.... ape2 pun sgt2lah terinspirasi dengan gambar2 dari blog Noorsha. Selalu jugak PM Noorsha kat FB... tanye itu ini, begitu begini hikhikhikkk moga Noorsha tak boring layan karenah hakak yang manyak soal ni yek.. and nak ucap terima kasih banyak2 jugak kat Noorsha sebab berkongsi2 resipi kek ni. Akak kopipes dan edit sikit ye...

Ehhhh, terlebih sudah celotehnye...tadi kate nak celoteh kontot2 jek kan....


Bahan²
1 cawan tepung gandum
1/4 cawan serbuk koko
3/4 sk soda bikarbonat
1/4 sk garam
1/2 cawan gula halus
1/2 cawan gula perang
65 gm butter
1 biji telur Saiz A
1 sk esen vanila
1/4 cawan buttermilk*
1/2 cawan air suam


Bahan² untuk homemade buttermilk :
1 cawan susu segar
1 sb cuka masakan
* susu mesti berada pada suhu bilik @ suam. campurkan cuka pada susu dan ketepikan sebentar selama kira² 20 minit. ia akan mengental sedikit.guna 1/4 cawan sahaja dari buttermilk yang terhasil untuk resepi ini.


Cara²
1. panaskan oven pada suhu 170 C - bergantung pada oven masing2
2. griskan loyang dengan margerin @ butter dan tabur sedikit tepung. ketepikan.
3. ayak tepung, serbuk koko, soda bikarbonat, garam dan ketepikan sebentar.
4. dengan menggunakan mixer, pukul butter dengan gula hingga berkrim, masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.
5. Masukan adunan tepung yang diayak tadi, buttermilk dan air suam, berselang seli sebanyak 3 kali turutan. kacau rata.
6. masukkan vanila esen dan kacau sebati.
7. bakar selama 30 minit @ sehingga betul2 masak... gunakan lidi satay dan cucuk permukaan kek pada 30 minit pertama untuk menguji kek sudah masak @ belum.
6. jika kek sudah masak, keluarkan kek dan sejukkan sebentar.


Bahan² Untuk Cream Cheese Frosting
250 gm philapedia cream cheese
125 gm butter
1 cawan icing sugar
1 tsp esen vanila
1 st lemon jus

Cara² untuk Cream Cheese Frosting :
pukul kesemua bahan hingga berkrim. sapu pada kek yang telah sejuk tadi. kemudian rehatkan kek yang telah dosapu frosting ini ke dalam peti ais sebentar.


6 comments:

Ummu Aqil said...

macam best je...nak2 kalu org lain yg buat...sendiri buat kompen bukan mkn pon...

Kakcik Seroja said...

Kalau dapat terus masuk ke mulut, laaaagiiiii sedap! :)

Deliah's Deli said...

salam ramadan n slmt bpuasa utk fiza n keluarga.

Fiza Nordin said...

Aishah,
samela... akak pun tunggu anak2 buah datang umah baru boleh buat hikhikk

Fiza Nordin said...

kak chik,
marilah saya suapkan hehehee

Fiza Nordin said...

kak del,
terima kasih :D ucapan untuk del dan keluarga juga ye...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
whatsapp: 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)