Followers

Monday, August 08, 2011

Iftar 7 - Ayam Kicap Lada Hitam


Semalam, kakak aku (Mak Ina) yang tinggal di Bagan Dato' tu datang. Datang hantarkan jem nenas yang dibuatnya dan yang aku jual tu... Untuk sesiapa yang ade PM dan buzz aku bertanyakan tentang jem nenas tu, silekan PM & buzz aku semula ok.... stok terhad. Siapa cepat dia dapat. Yang tak dapat stok yang ni kenalah tunggu minggu depan, insya'Allah...

Telahkan datang tu, teruslah dia berbuka di rumah aku. Tapi kakak aku datang dia berdua laki bini je. Anak2 dia (anak2 buah) aku tinggal di Bagan Dato'. Alahai rindu sungguhla aku dengan anak2 buah aku yang memang macam2 keletah tu. Ntah bilelah dapat kumpul2 adik beradik dan anak2 buah sekalian. Harap2 raya nantilah...


Untuk buka puasa iftar hari ke 7 ni, aku masak Ayam Kicap Lada Hitam. Simple aje masak ni. Semua main campak2 je... tapi hasilnya tak menghampakan. Anak2 suka. En suami pun suka. Aku pun suke!!!

Resipi ni aku tengok sekali imbas kat blog mek Hana Kanazawa yang dah balik ke tanah air tu... sibuk benar mek tu sejak dah balik ke tanah air... sonyap sunyi blog dia... rindu betui aku aihhhhh kat dia... baru2 ni Hana sambut hari kelahirannya. Selamat hari lahir Hana... moga ko sihat2, gembira2, bahagia2 dan semua kebaikkan untukmu, Hana...


Jom tengok resipi yang dikopipes dr blog Hana. Tapi aku banyak skip bahan2 sebab ikut mana2 stok yang hado je... Minta izin ye mek!



AYAM KICAP LADA HITAM source : hanamemories.blogspot.com Bahan-bahan
  • 400-500g ayam - potong kecil2
  • 2 inci halia muda - hiris halus
  • 3 ulas bawang putih - parut
  • 2 sudu besar kicap pekat manis
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2sk maggi seasoning
  • 1/2 sk lada hitam
  • cili padi ketuk *optional jika ingin pedas
  • 1 batang serai - titik *optional
  • 1/4 cawan air
  • garam jika perlu
Cara-cara
  • Gaul semua bahan dalam mangkuk kecuali air. Perap sebentar 10-20min.
  • Panaskan kuali non stick dengan sedikit minyak. Masukkan ayam tadi dan juga sedikit air. Tutup dan biarkan masak hingga air kering dan terbit minyak dan sticky seperti ayam bakar.Sesekali balik2kan.
  • Sebelum matikan api, pastikan ayam masak, jika belum tambahkan lagi air dan masak lagi hingga kering.Angkat dan hidangkan.

5 comments:

tun_telani said...

salam kak fiza.. tun pun suka resepi ni.. mmg berulang2 kali wat time xde idea nk masak ape. hihi

kakcik said...

Di rumah kakcik, boleh kata tiap2 hari lauk ayam. Kalau kakcik sendiri, ikan masin pun dah cukup. :)

Fiza Nordin said...

tun telani,
sonang kojokan....?

Fiza Nordin said...

kak chik,
rumah ni ayam kureng...tp ikan laju.tp pun tgk jugak ikan ape hihihii

el said...

ni menu tetap kt umah tu kak
sng nak wat kannzz

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
whatsapp: 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)