Followers

Friday, August 05, 2011

Iftar 4 - Tak Masak & Cerita Tart Nenas


Iftar 4 aku tak masak. Bukan malas. Menu dah ada. Ikan dah keluar dari peti sejuk. Lebih kurang 3 lebih, en hubby call. Tanya aku di mana - di rumah. Kemudian katanya, tak payah masaklah hari ni. I beli lauk aje... Rasa nak lompat-lompat atas tilam macam Baby dan Mierza di petang hari dia merengek2 kelaparan dan kehausan hari tu. Hahahahaa!!!

Lauk2 yang dibeli aku terlupa pulak nak snap. Tapi takde yang istimewa pun, lauk2 biasa aje. Beli di kedai minang. Biasalah, rendang daging, kentang goreng berlado, paru goreng rangup, kuah timun asam dan telur asin. Ha, lauk biase2 aje tu, kan... Oh yes, tambah 1 lagi. Sup tulang. Sup tulang yang betul2 tulang. Haram ada daging racik2 seketul pun. Siap aku sound kat en hubby, "lain kali jangan beli!" Perghhh mcm queen control!

Bercerita tentang gambar tart nenas di atas. Sungguh... tahun ni merupakan tahun malas aku. Masa dekat2 nak puasa hari tu, bersoal jawab dengan diri sendiri... nak ke publish kat blog ni dan blog ni - TEMPAHAN TART NENAS DIBUKA. Sampai dah puasa pun aku buat deek je... Bila orang tanye aku jawab - "tak tau lagi..." Sampaikan orang pun dah tanye, fed up agaknya. Cumanya aku publish jualan JEM NENAS. Tu pun atas permintaan kakak aku (Mak Ina tinggal di Bagan Dato'). Dia yang buat jem tu, bukan aku.

Sudahnya aku buat keputusan sempoi, "takpelah. ramadhan tahun ni aku duduk diam2 aje. Kalau ada orang tempah kek, apam dan lain2 tu baru aku buat. Kalau buat cookies pun, buat untuk diri sendiri aje."

Tup2 aku dapat sms dari seseorang dari putrajaya. Balas membalas sms, set nak 200pcs tart nenas. Lepas tu sepupu aku dari Bangi pulak... nak 500pcs tart nenas dan 250pcs almond london. Lepas tu... lepas tu... lepas tu... sudah!!!

Terima kasih Allah S.W.T. .... atas rezekiMU... Terima kasih juga kepada yang percaya.
Syukur Alhamdulillah...

Kepada mereka yang dah tempah jem nenas, harap bersabar ye... Insya Allah Isnin depan dah ada stock. Hujung minggu ni kakak aku datang hantar stok. Terima kasih banyak kepada yang dah beli dari tahun lepas. Yang baru nak rasa, harap puas hati dan beli lagi tahun depan (klu ada umur & rezeki) :D

4 comments:

el said...

rezeki jgn ditolak kak...hehehe

Fiza Nordin said...

l,
betui tu hikhik

Watierman said...

Hrmmm Salam Dik Fiza....Akak pun dok cakap entah beberapa kali..cam tak ada kerajinan pulak nak mengukis raun ni....kalau ada pun akak ambil tempahan kek jer !Dah makin berusia ni...makin nak duduk santai aja!

Fiza Nordin said...

k watie,
sungguhla... malas sesaje.tp dah rezeki mai tergolek2, sy sambutlah dgn 2 tangan ni hehehee

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
whatsapp: 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)