Followers

Saturday, August 13, 2011

Friso Growing Up Together - Miracle Of Love - Womb Scan

48 hours sticky mood entry

Scrool Down For The Latest Entry



Bila dah jadi mak orang ni, tak dapat tidak, web atau portal keibubapaan adalah tempat di mana kite akan singgah di alam maya ni. Even kalau masa sebelum jadi mak orang pun, kite mesti ada jugak hoping sane sini, baca itu ini bab2 keibubapaan. Selain untuk pengetahuan juga boleh kita jadikan panduan kemudian hari. Ye lah, life change, right??? Hari ni aku nak share dengan korang tentang satu portal keibubapaan yang pada aku sangat bagus dan berguna. Korang boleh klik kat link ni ==>> http://www.growinguptogether.com.my Program ini dianjurkan oleh Friso iaitu jenama sejenis susu yang satu-satunya mengandungi prebiotics iaitu bakteria baik yang ada dalam usus kita. Ianya juga mengandungi probiotics iaitu makanan kepada bakteria baik itu Kedua2 zat makanan ini berganding bahu untuk memberikan imun yang baik kepada tubuh badan.

Yang aku suka sangat, portal ini seimbang rencananya. Ianya bukan hanya ditujukan kepada si ibu tetapi juga untuk si bapa. Secara tidak langsung, si bapa pun kena take part sejak si manja tu dari peringkat fetus lagi. Barulah chemistry antara bapa dan anak tu kuat, kan.... janganlah semua nak serah kat maknye saja.


Untuk ibu yang macam aku, anak dah 3 orang,
tak bekerja pulak tu… portal ini menyumbang idea untuk aku menghabiskan masa dengan anak2 di samping aktiviti yang tidak membosankan. Tau ajelah anak-anak ni, kan.... kalau dia orang boring, mulalah nak buat perangai. Dapat mak yang bila dah marah boleh bertukar jadi macam harimau, kesian kat anak tu. Dan bercakap tentang emak yang garang macam harimau ni, melalui portal ini juga, kita boleh link terus ke facebook untuk bercakap mengenai hal itu. Mungkin korang ada pendapat dan cadangan. Bolehlah kongsi2kan kat situ. Secara tak langsung bolehlah menambah friends list :D


Baru-baru ni Friso menganjurkan satu program yang dinamakan Miracle Of Love - Womb Scan. Of coz’ program ini ditujukan khusus untuk korang yang sedang mengandung. Pada korang yang 1st pregnant, program ini pasti akan meninggalkan satu memori indah untuk dikenang kemudian hari nanti. Program ni ala2 macam kita buat scan baby kat klinik tu. Tapi yang ni lagi best sebab kita boleh buat bersama suami terchenta secara private kat rumah. Wahhh romantik gitu, kan? Tapi program ni simulasi grafik yang memaparkan gambaran fetus aje ye, of coz bukan scan sebenarnya! Program berbentuk 3D ini juga ada memberikan tips dan nasihat kesihatan kandungan mengikut usia kandungan.

Apa yang diperlukan sehelai t-shirt Womb Scan yang boleh didapati semasa membeli Friso Mum Gold Promo Pack, komputer atau laptop dan web cam. 3 barang ni saja. Mudahkan???



Lepas dan ready 3 barang tu, silelah log on ke http://www.growinguptogether.com.my dan klik pada tab "register". Nanti akan keluar register form macam yang aku sertakan contohnya di bawah ni. Isi semua details dan submit. Nanti korang akan dapat activation link kat email.


Sesudah aktifkan link yang diberi, klik kat "Growing Up Together" dan pilih "Miracle Of Love Womb Scan".


Ok, dah mula masuk part yang syiok ni. Yeeeehaa!!! Tapi sebelum tu, aku sarankan korang luangkan masa seketika tengok video kat bawah ni. Atau linknya - http://www.youtube.com/watch?v=b3AN5uxD76o&feature=player_embedded



Semoga boleh dijadikan panduan masa korang buat womb scan tu sendiri nanti. Lagipun syiok jugak tengok video tu. Feelin' sekejap... macam aku lak perempuan yang sedang mengandung tu ehehehee...


Dah selesai menonton, klik kat "Experience It Now".



Ok, dah nak start. Make sure korang pakai baju yang disertakan dalam Friso Mum Gold Promo Pack tu ye. Kat sini korang kenalah isikan serba sedikit details penting. Unique Code tu di datang sekali dengan baju percuma itu. So, jangan risau ye... Setiap pertambahan minggu pada usia kandungan, womb scan ini akan disertakan dengan tips dan nasihat kesihatan kepada korang dan suami. Amat berguna tu. Canggihnya, womb scan ni akan trace usia kandungan korang tu. Means kalau korang nak buat womb scan kali kedua lepas 2 minggu ke contohnya, dia boleh detect usia kandungan korang secara automatik. Senang gitu, kan...


Tengok2... tengok gambar kat bawah ni... macam nilah gambar fetus yang akan ditayangkan kat t-shirt korang bila korang buat program interaktif ni. Teruja tak??? Mestilah, kan!!! Bertambah best sebab gambar scanning ni boleh di snap untuk simpanan peribadi korang. Juga boleh divideokan. Ikon kamera ada disediakan di sebelah skrin tu je. Juga.... boleh terus diupload ke facebook korang. Ha, kan amazing tu...?! Selain boleh berkongsi kegembiraan bakal menimang cahayamata bersama suami tercinta, secara tak langsung juga boleh berkongsi kegembiraan dengan kawan2.


Korang2 yang pregnant tu, bolehlah dapatkan susu Friso Mum Gold Promo Pack tu dan silelah scan si manja korang dengan suami korang yang dicintai itu ye...

Have fun!

5 comments:

Rosmaniza @ Ogy said...

adakah anda pregnant seperti BFF yg lain?? kehkeh..

Fiza Nordin said...

surprise, surprise... kene belanja aku kat intai2 dulu baru buat announcement hehehee

Anonymous said...

sy ade bli pack tu smlm.. tp xde pn unik kod..Kt mane ye letaknye unik kod tu..huhu

Fiza Nordin said...

anonymous,
camne lak takde ek... ok, cuba u ke link http://www.growinguptogether.com.my/ atau klu ade fb boleh ke link ni http://www.facebook.com/FrisoGrowingUpTogether terus berinteraksi dgn mereka

moga dapat membantu :D

Unknown said...


It read your article every thing is clear , Thanks for sharing.
Do check
Paypal Login
gemini login

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
whatsapp: 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)