Followers

Monday, August 15, 2011

Sambal Kelapa



Buat sambal kelapa ni kawankan dengan ulam raja. Dalam gambar, ulam raja tu macam malu2 je nak enterframe hihihii...

Petang semalam, masa ronda2 kampung... terfikir2... nak singgah bazaar ramadhan ke tak... rase2 mcm nak... tapi fikir2 balik, singgah pun tak tau nak beli ape... nak beli kuih, kureng sambutan. Nak beli air, dah janji dengan anak2 mamanya buat air bandung sendiri je di samping air teh yg memang tak pernah lepas dibancuh setiap hari. Hemp... sudahnya singgah pasar malamlah. Teringat pulak stok ikan masin dah habis.

Jalan2 kat pasar malam, lepas beli ikan masin, tengok ada ulam. Masa tu rasa hati nak makan pegaga. Tapi betui2 ada 1 daun ulam yang tinggal - ulam raja. Hah, ambiklah... sebelum orang lain sapu hihihiii...

Balik umah, terus keluarkan kelapa parut yang tersimpan dalam peti ais. Lebih buah melaka minggu lepas. Bau2 dulu, takut tengik. Tapi alhamdulillah, elok... rezeki2!

Resepi kat bawah ni aku bagi roughly aje... kuantiti bahan2 bergantung pada berapa banyak kelapa parut yang digunakan ye... kenalah pandai2 nak sukat dan mengagak sendiri.

Bahan2
1 1/2 genggam kelapa parut
1 biji cili merah
15 biji cili api (ikut tahap kepedasan sendiri)
1 biji bawang kecil
15 ekor ikan bilis @ udang kering
garam secukupnya

Cara2
1) Cili merah dibuang biji. Basuh semua bahan kecuali kelapa parut dan tumbok. Dimulai dengan cili api, bawang kecil, cili merah dan diakhiri dengan ikan bilis.
2) Dah lumat, masukkan kelapa parut. Tumbok seketika sambil disebatikan kelapa dan sambal tumbok. Perasakan dengan garam dan tumbok lagi hingga betul2 sebati.

Siap!!!



No comments:

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
whatsapp: 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)