Followers

Thursday, August 18, 2011

Iftar 17 - Ikan Masak Gerang Asam Linda Onn


Semalam sambil2 duduk menggentel jem nenas, tengoklah tv1. Menontonlah program masak2 no. 1 negara (katenye...) Ketuk2-Ketuk Ramadhan yang dihoskan oleh artis sensasi hakak Sheila Rusli. Tetamu jemputannya adalah Linda Onn. DJ radio yang begitu sibuk dengan empayar kedai nasi ayamnya. Tahniah... aku belum pernah p makan kat kedai Linda Onn lagi. Even aku ni mmg peminat nasi ayam. Lalu depan kedai, pernah... hihihiii

Ok, ini resipi yang Linda Onn masak dalam rancangan tu. Aku tak salin pun. Setakat ingat2 gitu je. Rasanya takdelah bahan2 yang tinggal. Cuma dalam masakan tu Linda ada letak hirisan cili merah dan cili hijau. Aku memang sengaja tak letak. Tak de fungsi pun aku rasa. Sekadar nak bagi cantik je sebab ada kaler maler gitu. Jadinya aku hanya letak hirisan cili api je... cili api aku tu pulak kaler merah. Macam tak berfungsi jugak klu untuk kaler maler. Tapi klu nak kasi pedas sikit, ok... ada fungsi. ;P

* Gambar di atas adalah sangat tak semenggah. Dahlah snap 2 keping je, 1 keping lagi blur tak hingat pulak. Jadinya enterframe 1 keping ajelah...

Jom layan resipi...

Bahan2
> 3 potong ikan merah (aku guna ikan kerisi)
> sedikit minyak untuk menumis
> 2 sb cili kisar
> 1 biji bawang merah - dipotong bulat2
> 2 ulas bawang putih - dihiris
> 1 batang cili merah - dihiris (optional)
> 1 batang cili hijau - dihiris (optional)
> 5 biji cili api (ikut kepedasan sendiri) - dihiris
> sedikit belacan
> 1 gelas bancuhan air asam jawa

Cara2
> Panaskan minyak. Tumis cili kisar hingga garing.
> Masukkan bawang merah dan bawang putih. Gaul.
> Masukkan hirisan cili merah, cili hijau dan cili api. Goreng seketika.
> Tuang air asam yang dicampurkan dengan belacan. Goreng hingga kuah pekat sedikit.

*Perasakan dengan garam dan gula sedikit (jika perlu). Part ni aku tak perasan pula Linda Onn ade letak atau tidak. Tapi aku letak sikit.

Selamat mencuba :D

6 comments:

anymz said...

eh sedap masak simple ni.akak pun bila jemu selalu gak buat masak asam gaya gini.gandingkan dgn telur dadar..:)

che'iza said...

Assalam Fiza.... Memang sedap masak gerang asam ni... Popular gerang asam ni kata area johor n melaka... Tapi biasa org melaka guna tetel buat gerang asam....

tun_telani said...

kat ganu xde kot gesang asam.. hihi.. 1st time dengar.. arini nk tgk laa ketuk2 ramadhan tu =)

Fiza Nordin said...

k anymz,
masak biase je yg benonye ni, kan kak... tp biler masuk tv dan dimasak oleh selebriti, rasa macam luar biase pulak hihihiii

Fiza Nordin said...

che iza,
owh ye ke...ye lah gamaknye sbb linda onn tu kan orang johor. owh...boh tetel ek....

Fiza Nordin said...

tun telani,
akak pun 1st time dengar gak hiks!

Perkahwinan Kami Bersama 3 Cahayamata

Daisypath Next Aniversary PicDaisypath Next Aniversary Ticker

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
email : sofie2_za@yahoo.com & call 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)