Followers

Wednesday, August 17, 2011

Sambal Tahun Tanpa Santan


Act ni lauk berbuka kami semalam - iftar hari ke 16. Tapi tak sempat nak update kat sini. Hari ni sekolah anak2 cuti sempena Nuzul Al-Quran. Jadinya pc dikongker oleh anak2. Dah cukuplah Boy dan Ej berebutkan pc sebab nak main games. Kalau mamanye pun ikut berebut sama, haru-biru!!!! Oleh kerana itulah blog tidak berupdate di siang hari. On9 pun sekejap2 je... tu pun jenuh nak mintak 'permission'... huhuhuuu

Sebelum2 ni pernah dengar pasal sambal tahun. Tapi tak ambil pot sangat. Baru2 ni (awal2 puasa) dapat semangkuk dari Ina (jiran blok tingkat 12). Dia kata, klu ikut resipi mak mertua dia sambal tahunnya bersantan tapi kalau ikut mak dia sendiri, sambal tahunnya tak bersantan. Dia pun cakaplah dengan aku macam mana sambal tahun yang fesyen dia. Lepas tu dapat pula semangkuk, kan... lagilah aku boleh imagine macam mana gaya masaknya.

Setelah berminggu2 barulah aku terasa hati nak mencuba. Alhamdulillah, rasanya lebih kurang macam yang Ina bagi hari tu. Cuma bezanya yang Ina bagi haritu ya rabbi punyalah pedas. Aku memang letak cili api sikit sbb takut perut terkejut. Al-maklumlah setelah seharian perut kosong...

Aku ada jugak google resipi kat internet tapi takde yang aku jumpa resipi tanpa santan. Semua yang aku jumpa bersantan dan letak babat dan kikil. Aku tak letak babat dan kikil plus en hubby tak makan babat. Aku...??? Makan je... hihihiiii tu pasal masa baru2 kenal dedolu, dia ingat aku orang jawa. Tempe pun aku makan! Hahahaa

Resipi tanpa sukatan ye... pandai2lah adjust.


Bahan2
>ikan bilis - digoreng
>bawang besar - dipotong
>jering (tua) - optional - direbus hingga empuk
>petai - optional
>cili padi
>air asam jawa
>sedikit garam, gula dan perisa

Cara2
>panaskan sedikit minyak dalam kuali. goreng bawang besar dan cili api seketika.
>masukkan jering dan petai. goreng lagi.
>masukkan air asam jawa. biarkan merening seketika.
>perasakan dengan garam,gula dan perisa secukupnya. Biarkan seketika atas dapur.

Ready to serve!

8 comments:

Amie said...

ada resepi sambal tahun ye... first time dengar, nampak macam sedaplah..

Fiza Nordin said...

k amie,
cubelah...mane tau kena dengan selera :D

tun_telani said...

tahun?? babatt?? kikil???? apasal semua nyer tun xtau wujud dlm kamus tu? haha.. terukkan...

Fiza Nordin said...

tun telani,
ce google, ce google...heheee apekah yg dipanggil babat dan apekah yg dipanggil kikil itu....

che'iza said...

Assalam Fiza...

Peberet mak saya ni fiza.... Tapi den makan yg tak der jering ngan petailah... Sebab den tak leh mkn ... biasa memanglah letak babat....

Juwita Jamaludin said...

salam kak fiza menu ni tak pernah masak dan makan kak.. tentu sedap rasanya..

Fiza Nordin said...

che iza,
kite pepandai tukar je tu che iza.udah mase mula2 makan, si Ina tu bg dia letak jering, kite pun letaklah camtu hihihiii

Fiza Nordin said...

ita,
ikut tekak jugaklah dik....

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
whatsapp: 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)