Followers

Tuesday, August 02, 2011

Sosej Puff


Alhamdulillah, puasa hari yang pertama telah selamat dihabiskan dengan jayanya semalam. Moga amalan itu diterima olehNYA, amin! Semalam sekolah agama (anak2 aku sesi petang) bercuti. Jadinya, lepas balik dari sekolah kebangsaan, anak2 boleh terus berehat. Aku siap bentangkan toto depan tv. Baring2 sambil tengok tv, Baby terus tertidur. Boy pulak mengambil alih depan pc, main games. Berebut2 dengan adiknya - Mierza. Sebagai abang, kenalah dia beralah. Kembali depan tv layan kartun. Mamanya kenalah layan sekali kartun tu... huhuhuuuu

Sosej Puff - beberapa bulan kelmarin, sana sini nampak kawan2 blogger buat. Tapi masa tu angin malas sedang melanda. Walaupun masa tu sosej ada, puff pun ada dalam peti ais. Kalau dah malas tu, satu sen tak guna, kan! Jadinya aku layan mata ajelah.... Dah reda demam sosej puff di blog kawan2 barulah kerajinan aku nak buat. Heehehee betul2 ketinggalan... Bukan susah mana pun membuatnya. Antara rajin dengan malas aje.

Sosej yang aku gunakan jenama Ayamas perisa lada hitam tu. First time aku try. Oklah, not bad. Sosej tu kontot2 kan... puff pastry tu kenalah potong 2. Jadinya bila balut sosej tu, sedang elok aje saiznya.


Tadi singgah rumah CMG, tgk Cik Mat tayang Sausage Curry Puff... Dah minta izin cik mat nak letak teks di bawa ni kat sini... bukan hanya untuk tatapan dan info pembaca yang bekunjung ke blog aku ni... tapi jugak untuk diri sendiri. Terima kasih CMG :D ada edit sikit kat hujung teks tu ye...

Puff pastry dikalau kita bakar dengan betul, ianya akan jadi cantik, berlapis dan setiap lapis akan garing dan rangup. Hendak membentuknya tak boleh puff terlalu lembut, tapi kalau terlalu keras ianya akan patah. Jika oven anda memiliki kipas, sila on kan masa membakar puff pastry, mengikut petua makcik Marta Stewart yang femes tu, masa membakar pastri berlapis kita harus on kan kipas, ini akan menambah kerangupan dalam puff pastry tadi, kerana udara panas akan membantu ianya menjadi lebih gebu dan garing...

12 comments:

ijayuji said...

Salam ramadhan buat akak n family! kalau puff2 ni kita jeling tepi jer lah kalau guna paratha puff leh jugak cuba :D suke mkn puff tp kalau kena budak2 yg makan tak suke sbb berkecah jatuh2 kat lantai huh!

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam fiza....fuh!jadi lapo lak..hihi.makasih kpd makcik marta steward yg sudi brkongsi info tuh.

Fiza Nordin said...

ijah,
betui tu... tensen den lepas tu kena nyapu serdaknye kehkehkehhh ni kes nak menghabiskan kulit puff...alhamdulillah dah finish! hihihiii

Fiza Nordin said...

kak atie,
terima kasih pada cmg jugak yg tolong sampaikan pesanan mak cik martha ehehehee

Ayu said...

akak hari ni pun nak buat berbuka dari sosje ni untuk anak bujang no 2..tapi roti gulung sosej aje..hehe
cantik sosej puff fiza ni..thanks for the tips tu baru tau buka fan ya bila membakar tu..

Fiza Nordin said...

k ayu,
roti sosej pun sodap ehehee

pasal kipas oven tu sy pun xtau sebelum ni tp oven kecik sy tu mmg tiada pilihan...klu on power je kipasnye terus putar...
oven besar sy,mmg ada pilihan nak guna kipas atau tak...

Watierman said...

Assalam Fiza...hrmmm Akak pun tertinggal jugak resepi yang sesenang ini Dik oiii...Selamat Berpuasa ya...nak buat ke tidak ni?...dalam dilema!

Fiza Nordin said...

k watie,
as salam :D selamat berpuasa jugak utk akak...ehhh dah mcm lagu nore di persimpangan dilema,ish kite suke lagu tu, lame tak dengar hihiii melalut pulak...

Juwita Jamaludin said...

salam kak piza.. sedap anak2 ita suka.. tapi tak de plak sosej punya stok kena beli la nampak nya dulu

Fiza Nordin said...

ita,
p beli, p beli hehehee

el said...

ni pun ada dlm list heheheh

Fiza Nordin said...

l,
berape panjang list ko hahahaa

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
whatsapp: 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)