Followers

Monday, August 08, 2011

Iftar 7 - Pajeri Nenas


Jujurnya, aku belajar masak pajeri nenas setelah berblogging. Masa tu tempat merujuk resipi aku hanya 1 - My Resipi (sampai sekarang pun masih merujuk di situ :D). Masa tu mood memasak sangat2lah tinggi. Teruja saja bila tengok orang post menu. Mesti nak cuba. Tak sedar2 berat badan kian melambung2. La ni dah suam2 kuku hihihiii. Dah banyak malas dari rajin. Ish, teruklah!

Takpalah, kan... yang penting masak jugak. Walaupun tak ikut resipi, sekurang2nya kalau nak masak kari, tak jadi gulai lemak. Hah, naya! Percubaan pertama aku dulu masa masak pajeri nenas, alhamdulillah menjadi. Lepas dari tu, mulalah derhaka. Gitulah... pantang pandai sikit... mulalah skip bahan2. Ikut ape2 yang ada dalam peti ais je...

Aku ni lebih suka gunakan nenas dalam tin tu dari beli nenas biji. Tak kose nak menguruskan nenas biji tu hihihiii... kalau guna nenas tin, tinggal nak bukak penutup aje. Siap!


Aku kopipeskan resipi dari Tulip kat MyR. Bahan2 & caranya memang serupa macam yang aku masak. Bezanya aku cuma guna rempah kari Babas je. Lame tak dengar khabar Tulip aka Fiza. Masih di Dublin atau dah kembali ke tanah air agaknye....?
  • rempah 4 sekawan
  • nenas - dipotong sekeping2
  • pes rempah kari daging
  • udang kering
  • garam,pak aji & gula
  • bawang putih
  • bawang merah
  • halia

Cara-cara

  1. Bawang putih,bawang merah & halia ditumbuk lumat. Panaskan sesenduk minyak tumis rempah 4 sekawan naik bau. Masukkan bahan yg ditumbuk lumat,masak kekuningan.
  2. Masukkan rempah kari daging, kacau rata & masuk pula udang kering. Masak api perlahan hingga pecah minyak.
  3. Masukkan air sedikit (utk kuah) kemudian perasa dgn garam,aji & gula. Last masuk nenas & masak lagi selama 15minit.
  4. *** Pajeri nih mmg masak dgn minyak yg banyak, lepas dah sejuk sikit,buangkan minyak dalam pajeri nenas.

8 comments:

Amie said...

pajeri nenas sebenarnya sedap, teringat masa kenduri-kendara di kampung mesti ada pajeri nenas hidang dengan nasi minyak, sedap sangat kalau bubuh lebih kerisik & udang keringkan...

tun_telani said...

sedapnyer pajeri nenas. tun pun malas betol nk mengerjakan nenas sebijik tu. mmg lg suka guna nenas dlm tin. hihi

Juwita Jamaludin said...

sedap2.. ita suka pajeri nenas

Fiza Nordin said...

amie,
betul tu... tp sekarang org dah jarang masak pajeri nenas masa kenduri kawin,kan....?

Fiza Nordin said...

tun telani,
ade keje yg senang, dipergunakan... ye tak hihihiii

Fiza Nordin said...

ita,
jom makan :D

el said...

kt esbok tu ada setegah ketul nenas..balance wat udang nenas smlm insyallah kalo rajin nti nak wat pajeri

Fiza Nordin said...

l,
silekan :D

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
whatsapp: 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)