Followers

Thursday, August 18, 2011

Iftar 17 - Lopes Pulut


Lama sangat tak buat lopes pulut ni... berhajat nak buatnya pun memang dah lama. Kuih ni dan ada beberapa kuih lain macam kuih koci, keria, ketayap dan beberapa jenis kuih lain tu adalah amat nostalgia untuk diri aku. Jangan makan, sebut aje pun terus ingatan menerpa pada arwah mak.

Satu masa ketika arwah masih sihat dan baru2 berhenti kerja, mak buat kuih2 ni bagi jualan untuk memenuhi masa lapang. Arwah mak bukan jenis suka duduk diam. Sakit2 badan katanya. Dan beliau memang seronok dapat kumpul duit dr kederatnya sendiri.


Dan satu masa sebelum ni, ketika aku ambil tapak jualan di bazaar ramadhan, kuih yang arwah mak buat aje berjenis2. Belum lagi kuih2 aku. Ditambah pula dengan kuih2 orang hantar, memang penuh meja jualan. Sampai bekas2 kuih tu terpaksa ditindan2 dan satu2kan dengan kuih2 yang seangkatan dengannya. Huhuhuuu memori sungguh!


Ok, berbalik pada kuih lopes pulut ni... aku sertakan resipi yang dikopipes dari blog Ijah@Kurniaanmu. Terima kasih ye Ijah... minta izin ye... walaupun aku tak ikut 100% resipi Ijah ni tapi sedikit2 ada sama.


Bahan2
  • 2 cawan beras pulut
  • 2 cawan santan cair
  • 1/2 cawan air pandan (dikisar)
  • 1 st air kapur
  • 1/2 st garam
  • beberapa titik pewarna hijau
  • kelapa parut yg di gaul dengan sedikit garam
  • *** air gula ***
  • 3 ketul gula melaka
  • 5 sb gula
  • 3 cawan air

Cara-cara

  • Cuci beras pulut,rendam beras pulut dgn air selama 3jam, masukkan juga pewarna hijau & air kapur.

  • Kisar daun pandan bersama 1/2 cawan air dan tapiskan airnya.Kemudian toskan dan masukkan pulut dalam loyang. Kukus selama 20minit.

  • Lepas tu, masukkan santan & air pandan kukus lagi selama 30minit. Angkat dr pengukus.

  • Alas bekas 4segi/bulat dengan plastik/daun pisang. Ambil pulut tekan padat2 dgn plastik/daun pisang. Biarkan sejuk,kemudian potonglah ikut bentuk yg anda suka.

  • Kemudian golekkan dalam kelapa parut.
  • Semasa kukus pulut,boleh buat air gula. Masukkan semua bahan dalam periuk,bila dah mendidih kecilkan api dan masak hingga agak likat. Bila dah sejuk boleh dimakan bersama pulut.
  • *** air gula nih bergantung pada saiz gula melaka yg anda gunakan, jika guna yg besar blh kurangkan gula.


8 comments:

Sheery Dream Cakes said...

Assalamualaikum fiza...
sedaaapnya kuih lopes... suka sesgt makan... buat sndiri mmg puas ati kan ... sedapnya tgk

quinnie said...

salam kakfiza..saya pun baru je buat kuih lopes hari tu...tengok kuih akak ni rasa nak buat lagi lak..hehhe..saya buat yg bentuk 3 segi tuh...ada daun pisang beli...sayang lak daun tu kalau tak pakai...hehhehe

el said...

kuih pebret gak ni kak
nak kukus pulut tu lama x kak...

makcikkantin said...

Alahai lopes menggoda tu....rajinnya buat

Fiza Nordin said...

k diana,
w'salam...mmg puas sangat!

Fiza Nordin said...

quinnie,
akak pun nak cari daun pisang esok lusa...cadang2 nak buat koci & nak bakar ikan.inti dah buat tu...

Fiza Nordin said...

l,
akak buat tak banyak...kukus dalam 25minit je... tgk kuantiti jugak untuk masa mengukus tu...

Fiza Nordin said...

makcikkantin,
terasa nak makan, buatlah...tp dah kena angin malas kite p cari kat bazaar jela hihihii

thanks sudi singgah sini :D

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
whatsapp: 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)